Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ini bukan kali pertama aku menjejaki kaki di Siem Reap, Kemboja tapi sudah enam kali dengan rombongan yang berbeza-beza. Ketibaan kami dengan AirAsia disambut oleh beberapa wakil Koperasi Muslim Kemboja dan terus dibawa ke D’Wau Cafe salah satu restauran halal di Siem Reap untuk sarapan pagi. Kali ini kami menetap di Hotel MyHibiscus yang dipunyai oleh Rakyat Malaysia.
Nak tengok lebih banyak gambar dan baca kisah Siem Reap boleh baca di entri “Siem Reap Cambodia Part 1“.
Program pertama setelah menjejaki kaki di Siem Reap adalah menjelajahi kota ribuan tahun Angkor Wat dan sekitarnya yang mempunyai berpuluh-puluh Angkor. Melihat kehebatan seni bina yang dibina ribuan tahun dahulu memang mengkagumkan, begitu besarnya kuasa ALLAH SWT.
Kalau teringin nak menyaksikan lebih banyak foto menarik Angkor Wat sila ke entri “Angkor Wat Cambodia Part 2“. Nak masuk Angkor Wat kena bayar dan paling best gambar muka kita ada pada tiket tersebut.
Selepas makan tengahari di Restauran Hj Musa dengan menu istimewa Lembu Naik Bukit di sebelah Masjid Siem Reap dan berehat sebentar kami meneruskan Kembara Kemboja ke Tasik Air Tawar terbesar di Asia Tenggara, Tasik Tonle Sap.
Tasik Tonle Sap memanglah tersangat besar lebih kurang 150km persegi dan menjadi sumber rezeki kepada nelayan sungai dan tempat penempatan kepada rumah-rumah rakit yang beratus bertaburan dipersisiran tasik. Ariff Shah ada snap gambar menarik sepanjang perjalanan ke Tasik Tonle sap.
Banyak sebenarnya lokasi menarik untuk dilawati di Siem Reap seperti ladang buaya tetapi masa tidak mengizinkan keran bukan ini matlamat utama Kembara Kemboja. Suasana Siem Reap memang hidup dengan berbagai lampu dan aktiviti waktu malam. Sempatlah kami singgah di Night Market mencari cenderahati sebelum pulang berehat untuk perjalanan yang jauh.
Perjalanan menuju Battambang adalah pengalaman yang baru untuk semua rombongan. Walaupun sekian kali aku telah menjejaki kaki ke Kemboja tetapi ini kali pertama atas undangan Hj Musa, Yang Dipertua Persatuan Imam. Kalau lihat di peta Kemboja sebenarnya perjalan ke Battambang adalah perjalanan mengelilingi Tasik Tonle Sap.
Di Battambang kami disambut ramai Jemaah Masjid Battambang yang kebetulan mengadakan majlis aqiqah yang disumbangkan oleh eQurban. Kami sempat bertukar-tukar pandangan dan Jemaah Masjid Battambang memohoh pertolongan untuk carikan dana membina madrasah untuk 100 pelajar dan 6 ustaz yang sekarang belajar di bawah rumah beberapa penduduk. Insyallah kami berjanji untuk mencarikan dana sebanyak USD30ribu dan kalau ada yang berhasrat untuk menyumbang sila berhubung dengan team Denaihati.
Setelah berehat beberapa jam di Battambang, Kembara Kemboja diteruskan. Insyallah ini bukan kali pertama dan terakhir kami menjejaki kaki ke Battambang. Melihat pada batu tanda kami akan meneruskan perjalanan sejauh 300km menuju ke Phnom Penh. Macam ada yang mengeloh je di belakang tu dengan perjalanan yang jauh dan pemandu yang patuh had laju 80km/jam. Kembara Kemboja gabungan muda, senior, bujang, dah kahwin satu, dah kahwin dua, Malaysia dan Indonesia memang menyeronokan. tak percaya bacalah entri “Kenapa Saya Suka Berkawan Senior“.
175 Comments
wah bagus bro dapat ziarah saudara islam di luar negara.. sekurang2nya dapat melihat cara kehidupan mereka.. kita ingat kita susah disini.. rupanya disana ramai lagi yang susah.. jadi kita kena sentiasa bersyukur disini
Curahan rasa Myvitrd @ ..Akhirnya Berjaya Juga Harraz Meniarap
setuju.. sekurang-kurangnya dapat lahirkan rasa syukur pabila ke negara orang
Curahan rasa KiD @ ..Rasailah Kehebatan LG Cinema 3D Smart TV
melihat kesusahan org lain membuatkan kita lebih bsyukur dgn apa yang kita ada…
Curahan rasa Nana @ ..Awas! Banduan lari dari penjara di Miri
Peluang untuk pergi ziarah negeri2 seperti Kemboja dan yang seangkatan dengannya membuatkan kita insaf dan bersyukur kerana Malaysia jauh lebih baik daripada mereka. Tapi bila kita tidak pernah ziarah tempat2 seperti ini, kita hanya akan burukkan Malaysia. Jauh perjalanan, luas pandangan. Baru jadi wise-man. Tak gitu Bro Denaihati? 🙂
Curahan rasa mohamad halif @ ..Blogger famous tidak akan beritahu anda rahsia ini!
wide-man.. denaihati juga seorang gentleman..
Curahan rasa KiD @ ..Rasailah Kehebatan LG Cinema 3D Smart TV
Tempat bersejarah: Angkor Wat.. Memang nmpk historical
Curahan rasa zhazmi @ ..The Fear Comes : Exam
dalam buku sejarah sekolah menengah pun ada sebut angkor wat
Curahan rasa KiD @ ..Rasailah Kehebatan LG Cinema 3D Smart TV
ingat juga KID dgn matapelajaran sejarah yer…
Curahan rasa Nana @ ..Awas! Banduan lari dari penjara di Miri
bestnyer DH pergi jalan2 makan angin…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
jalan-jalan dan makan banyak2 tu… hehehehe
Curahan rasa KiD @ ..Rasailah Kehebatan LG Cinema 3D Smart TV
Maaf, mau tanya kalau Angkor itu apa artinya ?
Curahan rasa Dadan @ ..Antivirus Gratis dari Facebook
Soalnya dari tadi saya baca belum mengerti artinya…
Curahan rasa Dadan @ ..Antivirus Gratis dari Facebook
macam mana nak bagi sumbangan..
Curahan rasa sukacuka @ ..WW# 12 – Belot
pengalaman baru…seronok berjalan mengenali budaya idup di negara orang
Curahan rasa lin azlina @ ..Giveaway Happy Birthday
budaya kita dan budaya mereka.. adakah ada persamaan atau sedikit perbezaan?
Curahan rasa KiD @ ..Rasailah Kehebatan LG Cinema 3D Smart TV
luasnya tasik tu sampai 150km
Curahan rasa Dadan @ ..7 Level Karakter Follower di Twitter
sememangnya luas… seluas mata memandang,.
Curahan rasa KiD @ ..Rasailah Kehebatan LG Cinema 3D Smart TV
tentu indah permandangannya…
Curahan rasa Nana @ ..Awas! Banduan lari dari penjara di Miri
makan dalam talam tu
lama dah tak praktik kat rumah
kena buat semula nih 🙂
Curahan rasa auc dot com @ ..Google Drive dilancarkan
dulu masa kecik pernah makan2 dalam talam..
Curahan rasa KiD @ ..Rasailah Kehebatan LG Cinema 3D Smart TV
ksian juga kalau tgok budak2 makan macam itu…
Curahan rasa Nana @ ..Awas! Banduan lari dari penjara di Miri
oh..patutlah destinasinya sama dengan arifshah..memang pegi satu rombongan rupanya..macam mana lah rupa menu lembu naik bukit tu kan..macam susah je nak makannya..hehe..
Curahan rasa kesoma.rai @ ..B*llsh*t water
unik kan menunya. tentu dapat menarik perhatian pelancong…
Curahan rasa Nana @ ..Awas! Banduan lari dari penjara di Miri
300km bawak 80kmj jer ? hoho..mmg mencabar kembara ni..
Curahan rasa penyubiru @ ..WW – Batrisyia & Maskot
Di Kemboja van dan bas pelancongan memang dah kena set tak boleh melebihi had laju sebab tu susah sangat nak jumpa kemalangan walaupun berjalan lebih 500km.
Curahan rasa denaihati @ ..Berapakah Margin Keuntungan Blog?
bagus lah itu jadi kita sebagai pelancong tak khawatir
Curahan rasa Dadan @ ..7 Level Karakter Follower di Twitter
itu yang tbaik…jangan main hentam saja. biar lambat asalkan selamat…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
jangan khuatir.. lambat asal selamat..
Curahan rasa KiD @ ..Rasailah Kehebatan LG Cinema 3D Smart TV
rasa agak slow 80kmj tu.. huhuhu
Curahan rasa KiD @ ..Rasailah Kehebatan LG Cinema 3D Smart TV
tak per, boleh rilex2 tgok permandangan sepanjang pjalanan…
Curahan rasa Nana @ ..Awas! Banduan lari dari penjara di Miri
Keren jalan-jalannya… kulinernya juga mantap. nyummy
Curahan rasa widhi online @ ..Cicipi Peta Untuk Android dari ArcGIS
sudah terasa lapar ya? hehehe
Curahan rasa KiD @ ..Rasailah Kehebatan LG Cinema 3D Smart TV
wah,,,indah sekali perjalanannya,,,ingin juga kesan,,hehe
kalau ada baget lebih apa salahnya…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
sudah tentu kembara yang seronok
Curahan rasa KiD @ ..Rasailah Kehebatan LG Cinema 3D Smart TV
nampak mmg best…teringin juga untuk menjejakinya…apa lah agaknya rupa “menu lembu naik bukit” tu yer…
Ada tu kat gambar yang dalam kuali daging lembu + sayur-sayuran. Elak banget tu. Tak percaya tanya Ariff Shah.
Curahan rasa Denaihati @ ..Rakan Seminar Denaihati
mesti ariff shah makan banyak nih… hehehee
Curahan rasa KiD @ ..Rasailah Kehebatan LG Cinema 3D Smart TV
Nama menu menarik tul 🙂
Curahan rasa Myra Jay @ ..Al-Quran Penawar Segala Penyakit – Sihir dan Santau
mungkin juga ada menu “ayam naik bukit” 😀
Curahan rasa Dadan @ ..7 Level Karakter Follower di Twitter
hahaha…nanti mas dadan buat menu itu ya…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
macam mana menu tu ya? hehehee
Curahan rasa KiD @ ..Rasailah Kehebatan LG Cinema 3D Smart TV
heheheh…tanya mas dadan ler…
Curahan rasa Nana @ ..Awas! Banduan lari dari penjara di Miri
Comments are closed.