Kembara Kanada suatu hari pasti sampai

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, memang teringin sangat nak Kembara Kanada terutama sementara Blogger Affan Ruslan masih berada di sana. Berjalan di tempat baru dengan bantuan rakan yang sudah mahir selok belok setempat lebih memudahkan. Berikut sedikit review Kembara Kanada buah tangan Affan Ruslan.

Bila memperkatakan tentang Kanada, antara perkara utama yang biasa didengar tentulah mengenai keindahan Niagara Fall dan kesejukan di sini yang melampau. Kanada merupakan sebuah negara Amerika Utara dan merupakan negara kedua terbesar di dunia. Penduduknya pula kebanyakannya adalah orang luar yang berhijrah ke sini. Kerajaan Kanada bersikap amat terbuka dan amat menggalakkan orang luar berhijrah ke sini, jadi tak hairanlah banyak orang Malaysia yang sudah menetap disini.

Sementara tu, perjalanan menaiki kapal terbang dari Malaysia ke Kanada mengambil masa kira-kira 24 jam.

Tempat Menarik

Antara tempat yang wajib anda lawati adalah Niagara Fall. Niagara Fall terletak di sempadan negara Kanada – Amerika dan dari sana anda dapat melihat Amerika Syarikat. Niagara Fall terletak di Ontario dan untuk ke sana, anda boleh menaiki bas selama kira-kira 1 jam 30 minit dari Toronto. Selain itu, jika anda berada di Toronto, anda mungkin berminat untuk berkunjung ke CN Tower selain beberapa mercu tanda banda Toronto.

Niagara Fall
Niagara Fall. (Kredit: Salman)

Bagi yang bercadang melancong ke Kanada, anda boleh ke Ottawa di mana terdapat banyak bangunan dengan seni bina menarik di sana. Bagi yang menggemari pemandangan hijau bukit-bukau dan tasik biru, saya cadangkan anda ke Banff yang terletak di Alberta, bahagian Utara Kanada. Walaubagaimana untuk ke sana, anda perlu menaiki kapal terbang yang mengambil masa kira-kira 5 jam perjalanan dari Toronto.

Satu lagi tempat yang menarik untuk dikunjungi adalah Quebec. Selain Ontario, Quebec merupakan sebuah lagi province di Kanada (province lebih kurang seperti negeri di Malaysia). Jika di kawasan lain bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi, di sini, bahasa Perancis merupakan bahasa rasmi. Jika anda ingin melihat budaya tradisional Perancis, mungkin anda patut melawat Quebec!

Makanan Halal

Ketika baru sampai ke Kanada, antara perkara pertama yang dirisaukan adalah mengenai makanan halal. Jangan risau, terdapat banyak makanan halal di Kanada memandangkan ramai orang Islam dari Mesir, Pakistan, India dll yang sudah berhijrah ke sini. Di sesentengah tempat, terdapat banyak restoran yang menyediakan makanan halal seperti nasi bryani, shawarma, kebab dsb. Cuma anda perlu rajin mencari. Jika anda menggunakan telefon pintar, ada beberapa aplikasi menarik yang boleh membantu anda mencari restoran makanan halal berdekatan dengan tempat tinggal anda.

Tips Melancong ke Kanada

Sebelum melancong ke Kanada, perancangan kewangan perlulah dititikberatkan. Secara kasar, kadar pertukaran matawang Malaysia ke Kanada adalah RM 3 bersamaan 1 Cad (Canadian Dollar). Dalam kata lain, duit Malaysia adalah 1 / 3 daripada matawang di sini. Jika di Malaysia anda boleh mendapatkan nasi bryani pada harga RM6, tapi harga disini adalah 6Cad (lebih kurang RM18).

Selain itu, Kanada merupakan salah satu negara yang mengenakan cukai yang tinggi. Kadar cukai berbeza mengikut Province, dan kebanyakan province mengenakan cukai setinggi 13%. Memandangkan Kanada merupakan negara 4 musim, maka jika anda nak melancong ke Kanada, tetapkan dahulu sama ada anda ingin datang ketika musim luruh, sejuk, bunga ataupun musim panas.

Musim luruh – September
Musim sejuk – Disember
Musim bunga – Mei
Musim panas – Julai

Jika anda merancang untuk melancong ke Kanada, bolehlah hubungi saya ye. Selain itu, anda boleh membaca sedikit pengalaman saya makan angin di Niagara Fall.


Spread the love

187 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!