Assalamualaikum dan salam sejahtera,
pada 7 dan 8 Ogos yang lalu, telah berlangsung satu kelas WordPress for Business di Akademi Denaihati. Seramai 7 orang telah hadir ke kelas ini dan yang paling mengejutkan ada yang sanggup datang dari Jitra, Kedah semata-mata untuk menimba ilmu dua hari tersebut.
Mungkin ada yang hanya menganggap pelbagai perkara sudah diketahui mengenai penulisan di blog, tetapi masih ramai lagi yang tidak mengetahui tentang kepentingan pemasaran melalui penulisan di blog. Hakikatnya ramai yang hanya belajar dengan tutorial dan penulisan di laman carian tetapi tidak berguru dengan yang mahir di dalam bidang tersebut.
Di kelas WordPress for Business ini, telah diajar banyak perkara seperti:
- Penulisan artikel berpengaruh
- Bagaimana memasarkan artikel di Social Media
- Pelan dan strategi penulisan artikel
- Bagaimana membina perhubungan dengan pembaca
- Teknik pemasaran blog
- Strategi pengurusan blog untuk perniagaan
Ada lagi beberapa perkara lain yang turut dikongsi dan diajar di dalam kelas ini dan yang penting adalah general support selama 24 bulan yang diberikan oleh tenaga pengajar.
Kejayaan untuk menjadi seorang usahawan tidak semestinya terhad kepada sistem pemasaran secara offline. Pada masa sekarang, sudah diketahui trend masa kini adalah juga secara atas talian di mana jutaan manusia menggunakan gajet pada setiap masa. Apa yang dapat dilakukan oleh usahawan juga adalah membuat penulisan yang berpengaruh mengenai produk atau perkhidmatan yang diberikan.
Yuran murah dan berbaloi
Dengan yuran hanya RM850 untuk kelas selama dua hari, sememangnya amat berbaloi. Peserta kelas pertama WordPress for Business telah melalui aktiviti praktikal yang cukup memberikan impak kepada pelbagai aspek. Bagi menguasai enjin carian untuk produk atau perhidmatan yang kita tawarkan, sudah tentu ia akan dipelajari di dalam kelas tersebut.
Kelas seterusnya akan diadakan pada 17 dan 18 September 2016 di tempat dan masa yang sama. Bagi yang berminat, boleh terus membuat pendaftaran di http://akademi.denaihati.my
36 Comments
seronoknya dapat kelas intnsif macam ni…sY pernah hadirr tp sehari shj.mmg ilmu tu digunakan sehingga hari ini
Seronok belajar kelas jika ada mereka yang tahu macam ni. Boleh terus tanya mereka jika tak tahu. Balik dah ada hasil 😉
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Rezeki Belajar Buat Duit Dengan Jobdirumah
Bagi yang nak belajar ilmu dari mereka yang tahu selok belok WP ni boleh cuba kelas ni. Insyallah boleh dapat banyak ilmu yang berguna.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Rezeki Belajar Buat Duit Dengan Jobdirumah
Ramai usahawan internet dan blogger2 hebat di Malaysia menggunakan wordpress sebagai platform untuk hartanah maya mereka…
Curahan rasa anuar @ ..Suami ku seorang ‘Cleaner’ Homestay
Ramai mereka yang berjaya dengan WP ni. Bagi yang nak cuba tak salah join kelas ni.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Rezeki Belajar Buat Duit Dengan Jobdirumah
Mungkin saya diantara blogger/usahawan internet yang masih setia bersama blogspot..
Curahan rasa anuar @ ..Suami ku seorang ‘Cleaner’ Homestay
satu peluang untuk para usahawan online menimba ilmu pengetahuan secara praktikal..memang terbaik tu.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Gambar Cantik Goh Liu Ying
Betul tu. Boleh belajar terus dari mereka yang tahu memang terbaik. Semoga berjaya semuanya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Rezeki Belajar Buat Duit Dengan Jobdirumah
Ilmu dalam online sangat penting…ia menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu bisnes
Curahan rasa mrhanafi @ ..Harapan Emas Badminton Olimpik Rio
Wah … Bagus juga ada seminar seperti ini . bisa menambah wawasan dan pengslaman yang lbih luas lagi ..
Curahan rasa Oyong Ilham @ ..Jasa Karikatur Murah dan Berkualitas
Menimba ilmu itu yang penting. Bila dah ada ilmu insyallah boleh gunakan ilmu tersebut dengan sebaiknya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Rezeki Belajar Buat Duit Dengan Jobdirumah
In shaa Allah bila sudah ada kesempatan saya akan ke seminar tuan
Bagus ikuti kelas macam ni. Boleh belaar terus dari mereka yang tahu dengan ilmu WP ini.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Rezeki Belajar Buat Duit Dengan Jobdirumah
suatu hari nanti saya akan pergi kelas begini…sekarang tengah kumpul modal dulu..in shaa Allah
Curahan rasa mrhanafi @ ..Mitos Dapat RM50 Ribu Sebulan
Semoga dipermudahkan urusan tuan nak pergi kelas ni nanti. Balik bawa ilmu yang berguna.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Rezeki Belajar Buat Duit Dengan Jobdirumah
Kepada yang rasa nak mahirkan diri dengan WP ni inilah masanya. Hadirkan diri ke kelas anjuran denaihati. Belajar dan amalkan ilmu yang diberikan.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Sambilan Di Rumah Yang Boleh Dipercayai
Bagus hadirkan diri ke kelas maca ni. Belajar sendiri dengan mereka yang tahu. Tak ada nanti tercari-cari ilmu yang betul.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Sambilan Di Rumah Yang Boleh Dipercayai
Ada juga yang sanggup datang dari jauh. Usaha tangga kejayaan. Semoga lebih ramai lagi yang akan berjaya.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Ibadah Korban Di Tempat Yang Lebih Memerlukan
Jika anda kosong, baru nak ceburi bisnes online, kelas ni baik untuk anda. Boleh terus short cut kpd ilmu yg bermanfaat tetapi anda akan ketinggalan pengalaman pahit getir perjalanan sebelum anda tahu sesuatu ilmu.
Pilihan di tangan anda.
Curahan rasa encikarman @ ..Bayaran dari program jobdirumah July 2016 – RM750
wah!! bagus kelas ni. insyaAllah, jika berkesempatan dan diberi ruang oleh Allah, mahu juga join kelas ni. Dah boleh nampak impak besar yang bakal berlaku lepas join kelas ni. insyaAllah.
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..Lee chong wei di antara 20 Athlete Olympic Games Rio Terkaya dunia
Bila belajar insyallah akan ada hasil yang menanti. Usaha yang berterusan akan membuahkan hadiah-hadiah kejayaan.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Ibadah Korban Di Tempat Yang Lebih Memerlukan
Tahniah diucapkan kepada para peserta kelas WordPress for Business… Semoga ilmu yang di pelajari dalam kelas tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya…
Curahan rasa Anuar @ ..Suami ku seorang ‘Cleaner’ Homestay
Betul tu. Bukan senang nak dapat ilmu maca ni. Berbaloi pergi kelas macam ni. Insyallah akan ada hasil yang menanti.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Sambilan Di Rumah Yang Boleh Dipercayai
memang bagus kelas ni bagi mereka yang serius dalam bisnes mereka.blogging dengan lebih professional
Curahan rasa reezluv @ ..Sengkuang Calit Rare Ada Di Ipoh
Comments are closed.