Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
sejak dua menjak ini, bidang penulisan blog semakin menjadi perhatian. Apabila terdapat pengumuman mengenai blogger juga akan dikenakan GST sekiranya menepati syarat. Ini adalah salah satu daripada kesan di mana kerajaan juga mengiktiraf kegiatan blog ini sebagai kegiatan yang boleh menjana pendapatan yang banyak.
Perkembangan yang sihat ini perlu diambil positif oleh semua rakan-rakan blogger atau bakal blogger. Walaupun mungkin ramai yang berasa khuatir, sekiranya anda telah layak untuk dikenakan GST, bermaksud anda telah berada di tahap yang sangat baik dalam bidang blogging.
WordPress Essentials
Kelas ini akan diadakan pada Sabtu, 15 November 2014 di Akademi Denaihati, Seksyen 13 Shah Alam. Kelas yang berkongsi daripada mula proses memasang WordPress sehinggalah anda mempunyai sebuah blog yang sedia untuk dilawati oleh rakan pembaca.
Kelas ini juga akan berkongsikan teknik mudah bagaimana untuk mempromosikan blog pada peringkat awal dan seterusnya menambah bilangan trafik yang hadir dalam blog tersebut. Anda juga akan didedahkan dengan teknik penulisan SEO peringkat asas. Ini akan memberikan anda kelebihan menempatkan artikel anda dalam halaman enjin carian seperti Google.com
Sekiranya anda berminat untuk belajar mengenai WordPress atau baru ingin berkecimpung dalam bidang penulisan blog, mari bersama-sama Akademi Denaihati dalam menongkah arus industri blog yang semakin berkembang ini.
Daftar sekarang di http://akademi.denaihati.my/akademi/daftar-wordpress-essential/
WordPress Master Class
WordPress Master Class pula akan diadakan pada Ahad, 16 November 2014, kelas yang berkongsi mengenai pengurusan WordPress peringkat lanjutan, bagaimana membuat selenggaraan fail dan database, teknik optimasi laman WordPress, bagaimana untuk menghadapi trafik yang banyak dan penulisan SEO peringkat lanjutan.
Kelas ini sesuai untuk mereka yang telah menggunakan WordPress, tetapi ingin mendalami WordPress untuk memastikan blog berada di tahap yang lebih baik. Pengalaman menggunakan WordPress sejak 2006 akan dikongsi dalam kelas ini.
Banyak kelebihan WordPress yang tidak digunakan oleh para blogger untuk kepentingan masing-masing. Sekiranya anda ingin menggunakan sepenuhnya potensi WordPress dalam blog anda, tiba masa untuk luangkan masa untuk menghadiri kelas ini.
Anda boleh daftar di halaman berikut: http://akademi.denaihati.my/akademi/daftar-wordpress-master/
Jumpa anda semua dalam kelas bulan ini nanti.
1,125 Comments
Bagi peluang dekat generasi ICT ni untuk memanfaatkan teknologi buat kami yang dah senja,biar fikirkan masalah negara barzakh pula
betul tu,peluang tu ada ,cuma kena cari je dr,salwa.
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Blogger buat duit online
semakin maju bidang blogging ni sampai akan dikenakan GST kalau menepati syarat. hebat!
Curahan rasa Iffah Azhar @ ..Kita adalah DUTA kepada agama kita
Wah, sampai kena GST ya…hmm..memang hebat penangannya…hehe…
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
dunia blog ni memang semakin maju dan ramai dah perasan tentang tu,sebab tu kerajaan nak kenakan GST
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Blogger buat duit online
Dah terbayang banyak ilmu yang bakal diperolehi kalau join kelas ni. Kalaulah saya dapat join..
🙂
Curahan rasa Nurhalawa Md Yusof @ ..Nak Pandai Tak Semestinya Kena Duk Jepun
kan awak, kalau laaa dapat join! tapi dah dibook pada hari itu. huhu
Curahan rasa Iffah Azhar @ ..Cerita anak, athma dan nebulizer. Tiada penawarkah?
rugila kan siapa yang tak dapat nak join akademi denaihati ni.sayang pulak
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Blogger buat duit online
Tidak apa, mungkin pada masa yang akan datang bolehlah join…peluang seperti ini memang semua orang amat inginkan…
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
betul tu,mmang niat hati nak join je akademi denaihati ni.tapi banyak benda nak kena fikir
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Blogger buat duit online
ramai yang tak dapat nak join akademi denaihati.bagi yang duduk jauh ni memang susah la nak join kan
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Blogger buat duit online
untung la sapa yang duduk berdekatan orang bujang yang belum ada kotmiment tu try2 la join huhuu kalau nak menambah pendapatan sampingan sambil2 berblog
Curahan rasa adna2029 @ ..“Blogger buat duit online”
Orang bujang atau pun yang sudah berumah tangga boleh join kalau mempunyai minat kerana dengan minat semuanya pasti boleh…
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
yelah,mereka boleh la join kan akademi denaihati ni..beruntung sungguh
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Blogger buat duit online
yelah,mana tau dapat ilmu yang bermanfaat untuk dikongsikan nanti
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Blogger buat duit online
kelas begini amat bagus dan bermanfaat dalam memantapkan aktivit blogging..semoga mereka yang berminat jangan lepaskan peluang ini..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Blogger Buat Duit Online
Memang benar. kelas seperti ini sangat bermanfaat untuk menjadikan blog kita hebat dan terunggul.
Curahan rasa Vander Good @ ..Suka dengan blog saya?
betu ltu HB,memang bagus kan kalau kita dapat menjoinkan diri dalam akademi ni
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Blogger buat duit online
harap sangat dapat join kelas ni tapi jauhnya nak pergi.. ada plan nak buat di pantai timur?
Curahan rasa Safiya @ ..Apa Yang Isteri Bekerja Selalu Terlupa: Unconditional Respect
hi safiya. itulahkan. kalau ada siri jelajah akademi denaihati ni,memang PG pun nak join sekaki. hehe
wah..good idea jugak tu PG,mana tau lepas ni denaihati boleh buat siri jelajah
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Blogger buat duit online
semoga semuanya berjalan lancar.
alahai… apakan daya masih belum berpeluang lagi untuk berjumpa…
sedih nie..
hehe. bertenang awak. tak pa, inshaAllah ada rezeki, bolehlah masuk kelas akademi denaihati nanti ya.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
insha allah..ada rezeki tu nanti untuk berjumpa denaihati.mana tau kan
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Blogger buat duit online
Guna wordpress ni pun untuk kerja opis. untuk personal masih banyak yang perlu dipelajari lagi
Omega Guard minyak ikan yang penuh khasiat
Curahan rasa Zainah @ ..Cegah Arthritis dengan Omega Guard
saya masih lagi menggunakan blogspot biasa.tak tau pulak kelebihan yang ada pada wordpress
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Blogger buat duit online
semoga kelas kelas dari denaihati bisa memunculkan para blogger yang handal,,thanks untuk infonya
Curahan rasa biosirgis @ ..Obat Herbal Biosirgis
bisa kok. belajar pula dari pakar seo dan para otai blogger kan. tengok sahaja template denaihati sendiri. bisa membuahkan uang ya. hehe
wah,,pandai PG berbahasa indonesia ya.emang kalau ada peluang sih,silakan aja berguru dengan denaihati
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Blogger buat duit online
Kalau ade blog guna platform wordpress mesti seronok dapat join kelas di akademi denaihati ni. Tapi kalau platform blogspot dapat belajar pasal penulisan SEO pun dah memadai 🙂
Curahan rasa Azhafizah @ ..Blogger buat duit online
Betul tu kak Fiza. Teringin juga nak guna platform wordpress, namun bukan sekaranglah. Masih banyak yang perlu dipelajari lagi ni. Bagus ada kelas macam ni.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
yup sally. untuk blogger yang ingin menjana pendapatan sampingan melalui blog, memang patut cuba wordpress. selain ianya mesra seo kan. kena belajar banyak tentang wordpress.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
betul tu sis A’A. saya belum berkesempatan untuk menggunakan wordpress. blogspot pun masih pening nak tengok code yang ada.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
betul tu fiza,at least boleh la kan perbetulkan cara mengendalikan blog dengan betul.taklah takat tangkap muat je entry tu
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Blogger buat duit online
wah…ada kelas akademi denaihati..terbaik..jadi dapat melahirkan blogger yang lebih berwawasan.
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Blogger buat duit online
betul tu..dengan adanya kelas tersebut dapatlah melahirkan dan memahirkan blogger-blogger yang sedia ada.
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs Huawei Honor 4X
hi hpmurah. hehe. juga melahirkan para blogger yang hebat dan dalam teknologi maklumat yang sedia ada ini.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
barulah blogger dapat nama di malaysia ni.kalau tak orang takkan pandang kerjaya blogger ni
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Blogger buat duit online
Betul tu. Pasti blogger bawah didikan Akademi Denaihati ni nanti akan boleh berjaya dalam dunia blogging ini.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
silap haribulan, jadi anak angkat pada denaihati. memang lagi bestlah kan. boleh menambahkan ilmu didada lagi.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
pasti akan berjaya,tengoklah sifunya,dah berjaya menempa nama di malaysia ni
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Blogger buat duit online
bestkan kak siti. kalau dekat, memang saya nak joinkan diri. bukan senang nak belajar wordpress dengan blogger otai macam ni.
tulah,ramai jugak blogger otai yang menggunakan wordpress.kena contohi mereka ni
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Blogger buat duit online
Rugi sesiapa yang melepaskan peluang ini..
Bagi saya ini adalah peluang keemasan!
betu ltu muaz,sesiapa yang ada peluang tu,rebut selagi boleh
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Blogger buat duit online
WordPress memang bagus…lagi2 banyak features yang memudahkan kerja berblogging.
Curahan rasa cikgu naman @ ..Takwim dan Kalendar Persekolahan 2015
Betul tu Cikgu naman, tapi kalau dapat berguru dahulu sebelum menggunaka WP adalah lebih baik. Yang penting ilmu. Mmng banyak kelebihan menggunakan WP ni.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Cabaran Terakhir iPhone 5s
Saya pun rasa kalau nak berblog guna WP ni memang kena berguru ni.. sebab bila saya godek2 wp, dah mcm tikus baiki labu.. hehe
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Jeruk Mangga Asam Boi Menjadi Viral
tulah,sebab tu ramai bloger otai yang menggunakan wordpress,mungkin ada kelebihannya disitu
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Blogger buat duit online
saya masih berimpian untuk menggunakkan wordpress kerana pengalaman sebelum ini memamg menjanjikan kepuasan..kalau ikut kelas lagi bagus!
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Blogger Buat Duit Online
hi HB. inshaAllah, kalau ada rezeki nanti, nak juga belajar tukar ke wordpress. buat masa sekarang masih setia dengan blogspot theme.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Kurang tepat tu, bukan blogspot theme tapi blogspot platform..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Takwim dan Kalendar Persekolahan 2015
Samalah kita PG. Blogspot pun masih banyak yang perlu dipelajari lagi ni. Nak guna platform wordpress ni kena ada ajar barulah mudah faham.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
teringin nak gunakan wordpress,ramai yang menggunakan wordpress dengan kejayaaan dalam berblog
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Blogger buat duit online
Semoga berjaya HB. Aku start berblog terus guna WP ni. Kedua2 platform mmg tidak jadi masalah utk berblog. Kerana kedua2 nya mempunyai kelebihan dan kelemahan masing2.
bila masuk blog denaihati memang tak nampak satu masalah pun loading blog.banyak rupanya kelebihan yang ada pada wordpress
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Blogger buat duit online
Saya pun teringin nak guna platform wordpress ni nanti. Mungkin suatu hari nantilah. Bagus juga ada kelas sebegini.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
yelah sally,memang teringin pun nak guna wordpress,perlu banyak belajar kot tentang kelebihan wordpress ni
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Blogger buat duit online
memang tak rugi jika melabur untuk dapatkan ilmu…aku sendiri pun nak belajar wordpress…tapi masih belum terbuka hati…belum sampai seru…hehehe
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Blogger Buat Duit Online
Hahaha.. betul, tak rugi melabur untuk sebuah ilmu kan.. saya pun kalau boleh nak juga belajar pasal WP ni.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Jeruk Mangga Asam Boi Menjadi Viral
betul nik. bab-bab ilmu ni, kalau boleh, jangan lokek sangat. ilmu yang akan berguna pada diri sendiri juga nanti.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
betul betul betul, tambah ilmu di dada, baru hasil penulisan semakin mantap dan mengesankan 🙂
Curahan rasa myliferia @ ..5 Jenis Sarapan Pagi Terbaik Untuk Kurus Cepat
ya. nak menjadi seorang blogger hebat, penulisan kena hebat juga kan, selain punya blog yang hebat dalam seo. kena banyak belajar lagi dari denaihati.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
hi BL. tak pe, belum masa seru tidak mengapa, jangan tak de niat untuk belajar je, sudah.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Mak aih..kena ada seru datang juga rupanya untuk guna wordpress ni..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Takwim dan Kalendar Persekolahan 2015
Melabur untuk dapatkan ilmu adalah lebih baik. Dengan blogspot pun BL boleh jadi blogger yang berjaya. Ini membuktikan mana2 platform yg digunakan utk berblog tidak menjadi masalah sangat. Apa yang penting adalah ilmu.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Cabaran Terakhir iPhone 5s
belum sampai seru tu satu,sebab jauh pun menjadi salah satu sya tak join akademi tu
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Blogger buat duit online
Comments are closed.