Kelas buat blog bersama Akademi Denaihati

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

sejak dua menjak ini, bidang penulisan blog semakin menjadi perhatian. Apabila terdapat pengumuman mengenai blogger juga akan dikenakan GST sekiranya menepati syarat. Ini adalah salah satu daripada kesan di mana kerajaan juga mengiktiraf kegiatan blog ini sebagai kegiatan yang boleh menjana pendapatan yang banyak.

Perkembangan yang sihat ini perlu diambil positif oleh semua rakan-rakan blogger atau bakal blogger. Walaupun mungkin ramai yang berasa khuatir, sekiranya anda telah layak untuk dikenakan GST, bermaksud anda telah berada di tahap yang sangat baik dalam bidang blogging.

WordPress Essentials di Akademi Denaihati

WordPress Essentials

Kelas ini akan diadakan pada Sabtu, 15 November 2014 di Akademi Denaihati, Seksyen 13 Shah Alam. Kelas yang berkongsi daripada mula proses memasang WordPress sehinggalah anda mempunyai sebuah blog yang sedia untuk dilawati oleh rakan pembaca.

Kelas ini juga akan berkongsikan teknik mudah bagaimana untuk mempromosikan blog pada peringkat awal dan seterusnya menambah bilangan trafik yang hadir dalam blog tersebut. Anda juga akan didedahkan dengan teknik penulisan SEO peringkat asas. Ini akan memberikan anda kelebihan menempatkan artikel anda dalam halaman enjin carian seperti Google.com

Sekiranya anda berminat untuk belajar mengenai WordPress atau baru ingin berkecimpung dalam bidang penulisan blog, mari bersama-sama Akademi Denaihati dalam menongkah arus industri blog yang semakin berkembang ini.

Daftar sekarang di http://akademi.denaihati.my/akademi/daftar-wordpress-essential/

WordPress Master Class

WordPress Master Class pula akan diadakan pada Ahad, 16 November 2014, kelas yang berkongsi mengenai pengurusan WordPress peringkat lanjutan, bagaimana membuat selenggaraan fail dan database, teknik optimasi laman WordPress, bagaimana untuk menghadapi trafik yang banyak dan penulisan SEO peringkat lanjutan.

Kelas ini sesuai untuk mereka yang telah menggunakan WordPress, tetapi ingin mendalami WordPress untuk memastikan blog berada di tahap yang lebih baik. Pengalaman menggunakan WordPress sejak 2006 akan dikongsi dalam kelas ini.

Banyak kelebihan WordPress yang tidak digunakan oleh para blogger untuk kepentingan masing-masing. Sekiranya anda ingin menggunakan sepenuhnya potensi WordPress dalam blog anda, tiba masa untuk luangkan masa untuk menghadiri kelas ini.

Anda boleh daftar di halaman berikut: http://akademi.denaihati.my/akademi/daftar-wordpress-master/

Akademi Denaihati - WordPress Master Class

Jumpa anda semua dalam kelas bulan ini nanti.


Spread the love

1,125 Comments

      1. hi sally. yup, wordpress best sebenarnya. PG ada buat satu blog menggunakan wordpress. tapi tak aktif langsung. cuma nak tahu serba sedikit sahaja.

    1. harus! masa tu la kalau nak banyak tanya, silalah korang banyak tanya. lepas tu jangan lupa aplikasi dalam blog sendiri. inshaAllah, atas usaha korang sendiri, pasti akan berjaya menjadi seorang blogger yang mampu buat duit juga menggunakan medan blogger.
      Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap BloggerMy Profile

  1. Bagus pihak denaihati buat program sebegini. Dapat la beri pendedahan kepada blogger baru bertapak dalam dunia blogging ni untuk terus berkembang

    1. selain belajar dari para blogger yang hebat, bolehlah bertemu dan bersuka muka dengan para blogger ni. memandangkan kita selalu berinteraksi dari dunia maya sahaja kan sally.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!