Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tinggal tak berapa hari lagi, kita akan melabuhkan tirai tahun 2014. Pasti banyak perkara yang telah berlaku dalam lipatan peristiwa sepanjang tahun 2014 ini. Semoga semua yang dirancangkan telah membuahkan hasil.
Sekiranya masih ada yang belum berhasil, usah mengalah. Sambung usaha tersebut di tahun hadapan pula, berakhirnya kalendar setiap tahun, bukan bermakna kita perlu berhenti daripada meneruskan apa yang kita citakan.
Pada Januari 2015, insyaALLAH Akademi Denaihati akan meneruskan siri kelas buat blog kepada sesiapa yang berminat untuk belajar menulis blog dengan lebih teratur dan menambah pengetahuan dalam pengurusan WordPress yang lebih baik.
Istimewa pada Januari ini, kami akan mengadakan 2 sesi kelas, berlainan daripada kebiasaannya. Sesi pertama di Akademi Denaihati, Seksyen 13 Shah Alam, manakala sesi kedua insyaALLAH akan diadakan di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Dua sesi ini dibawakan khas untuk memberi kemudahan kepada rakan-rakan yang ingin menambah ilmu pengetahuan dalam bidang blogging. Pendaftaran telah dibuka, sebahagian tempat telah pun di isi oleh rakan-rakan yang mengambil tindakan semasa Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog.
Module kelas untuk tahun 2015 juga akan dikemaskini untuk memberikan impak yang terbaik kepada rakan-rakan yang berminat untuk menceburi bidang blogging atau menambah baik tahap blog sedia ada. Berikut adalah jadual kelas buat blog Akademi Denaihati untuk bulan Januari 2015
Kepada yang berminat untuk menghadiri kelas-kelas ini, boleh ke halaman Pendaftaran WordPress Essentials atau halaman Pendaftaran WordPress Master Class untuk membuat pendaftaran mengikut lokasi yang dipilih.
InsyaALLAH jumpa dalam kelas Januari nanti. Bersama kita memajukan industri penulisan blog tanahair.
48 Comments
Terbaik Denaihati,awal tahun sudah ada aktiviti bermanfaat,kepada semua jangan lepaskan peluang ya 🙂
Curahan rasa ohpilihanku @ ..MH370 ditembak jatuh tentera AS – dakwa bekas CEO syarikat penerbangan
Semuanya kelas wordpress, blogspot tak de ke? Semoga segalanya berjalan lancar seperti yg dirancang hendaknya.
Curahan rasa BM @ ..Misi Blogwalking – Rutin Seorang Blogger
wah orang utara jangan lepaskan peluang untuk menghadiri kelas yang diajurkan oleh team denaihati ini
Curahan rasa onlajer @ ..Program Affiliate Juga Membantu Pengusaha Bas Sekolah
Mmg terbaik kelas ni boleh diadakan di bhgn utara….sesiapa yg berdekatan boleh ambil peluang ini…
Curahan rasa asraff ruslan @ ..Pertandingan Memancing GP Selangor Taman Tasik Shah Alam
Macam menarik jer yang kelas kat Kepala Batas tu… .kalau dipermudahkan masa dan kelapangan nak juga join trip ke sana … hehehehe
Curahan rasa Hazman Fadzil @ ..Mengenali salasilah ahli keluarga dengan menghadiri majlis kenduri kahwin pada musim cuti sekolah
siapa yang serius dan ada masa..
pegi je kelas ni.
tak rugi.
ambil tindakan sekarang sebelum terlambat terima hasilnya.
Curahan rasa titan @ ..Seminar LIMA Lejen IM yang masih dan kekal BERBISA.
bagus ni kalau boleh attenda, saya pengguna wordpress tapi masih belum mahir. insyaAllah cuba
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Hilangkan Parut Chicken Pox Dalam 7 Hari
kepala batas pinang ka kedah tu huhuuu macam best ja
Curahan rasa adna2029 @ ..Segmen GA Jalan-Jalan Tambah Kenalan by Ema Hasan
Satu perkongsian ilmu yang sangat menarik dan berdekatan dengan lokasi kediaman saya.
InsyaAlah. Moga-moga dapat belajar dari Sifu 🙂
Curahan rasa Asia Biz @ ..AirAsia Credit Card Promotion
Peluang untuk orang utara ni, peluang ni dapat menambahkan ilmu kita dalam bidang blogging.
Curahan rasa Nurul @ ..Hukum Menyusu Anak Lebih 2 Tahun
WAH..DAH KELUAR SCHEDULE UNTUK BULAN JANUARI…
JIKA TAK CLASH NGAN JADUAL COMPANY, IN SHAA ALLAH BOLEH JOIN
Curahan rasa maria @ ..Cara Terbaik Atasi Sakit Belikat Supaya Tulang Tak Jem Terus
selamat menyambut tahun baru tahun 2015 kepada denaihati dan kawan2 blogger yang lain, mudah mudahan banyak ilmu dan info yang akan dapat kita kongsikan dalam blog – kedaionlinemy.com
Curahan rasa KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com @ ..Kedai Online Lawak AC Mizal – Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu 7
salam dah ada tarikh ker untuk kelas bulan january tu..takut clash dengan seminar yang lain pulak.
Orang Pulau Pinang jangan lupa untuk rebut peluang ni. Tak perlu pergi jauh jauh dah bila DH sendiri turun padang buat kelas
Wahh denaihati makin aktif mengadakan kelas pada tahun hadapan. Kena ambil peluang ni
Curahan rasa qtiechan @ ..Idola dalam bisnes
Comments are closed.