Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tinggal tak berapa hari lagi, kita akan melabuhkan tirai tahun 2014. Pasti banyak perkara yang telah berlaku dalam lipatan peristiwa sepanjang tahun 2014 ini. Semoga semua yang dirancangkan telah membuahkan hasil.
Sekiranya masih ada yang belum berhasil, usah mengalah. Sambung usaha tersebut di tahun hadapan pula, berakhirnya kalendar setiap tahun, bukan bermakna kita perlu berhenti daripada meneruskan apa yang kita citakan.
Pada Januari 2015, insyaALLAH Akademi Denaihati akan meneruskan siri kelas buat blog kepada sesiapa yang berminat untuk belajar menulis blog dengan lebih teratur dan menambah pengetahuan dalam pengurusan WordPress yang lebih baik.
Istimewa pada Januari ini, kami akan mengadakan 2 sesi kelas, berlainan daripada kebiasaannya. Sesi pertama di Akademi Denaihati, Seksyen 13 Shah Alam, manakala sesi kedua insyaALLAH akan diadakan di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Dua sesi ini dibawakan khas untuk memberi kemudahan kepada rakan-rakan yang ingin menambah ilmu pengetahuan dalam bidang blogging. Pendaftaran telah dibuka, sebahagian tempat telah pun di isi oleh rakan-rakan yang mengambil tindakan semasa Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog.
Module kelas untuk tahun 2015 juga akan dikemaskini untuk memberikan impak yang terbaik kepada rakan-rakan yang berminat untuk menceburi bidang blogging atau menambah baik tahap blog sedia ada. Berikut adalah jadual kelas buat blog Akademi Denaihati untuk bulan Januari 2015
Kepada yang berminat untuk menghadiri kelas-kelas ini, boleh ke halaman Pendaftaran WordPress Essentials atau halaman Pendaftaran WordPress Master Class untuk membuat pendaftaran mengikut lokasi yang dipilih.
InsyaALLAH jumpa dalam kelas Januari nanti. Bersama kita memajukan industri penulisan blog tanahair.
48 Comments
insyaAllah… psg niat nak join kelas ni 🙂
doakan sy dapat hadir ~
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Shawl labuh (wide shawl) WorldofHijab memang selesa dan bergaya
kelas buat blog ini adalah langkah utama untuk menjadikan blogger sebagai kerja utama
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Shaf Shalat : Lurus dan Rapat
memang kalau ingin menjadikan blogger jadi kerja sehari-hari banyak yang harus dipelajari rahasia seo dan mengatur blog
Curahan rasa Al Najwa @ ..Tidak Memperhatikan Isteri
memang harus belajar kalau mau jadi blogger profesional bukan sekedar blogger yang buat menulis saja
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Peran Ilmu Dalam Kehidupan
kalau mau jadi blogger profesional memang harus ikut kelas seperti ini kalau sekedar menulis saja ya boleh juga
Curahan rasa Al Najwa @ ..Mengenal Allah ‘Azza Wa Jalla
assalam saya punya blogspot boleh ke kalau nak pergi kelas wordpress ni?
begitu banyak kelas di bulan januari ini tak boleh lepas peluang para blogger ini
Curahan rasa risalah @ ..HUKUM DAN KEDUDUKAN TAYAMUM
pasti 2015 akan menyaksikan ledakan hasil dari affiliate semua…pasti lebih ramai yang akan bersaing..semoga ilmu yang ditimba akan dimanfaatkan sepenuhnya
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Jom Aktifkan Mykad
menariknnyerr sapa yang dapat join kelas seperti ni..untungkan sapa yg duk berdekatan dgn seminar tersebut
Curahan rasa adna2029 @ ..Daftar WhoHAA.com Sekarang
bestnya kelas wordpress dekat dengan hometown saya . beruntung orang orang kepala batas 🙂
Curahan rasa Nadiah Othman @ ..Pengalaman Drive Kereta 10 Jam ke Brunei
artikel yang sangat bermanfaat bagi saya sebagai seorang yang berprofesi sebagai seorang blogger
http://www.ABONENAK.com
Utg sapa yg dpt join kelas nie..ilmu patut dicari..
Curahan rasa Nadri Mohd @ ..MENDAPAT SERUAN UNTUK MENGERJAKAN UMRAH
tahniah buat yang bisa join nampaknya akan lahir lagi generasi baru blogger berjaya
tengah pasang azam nak join kelas ni jika masa dan keadaan mengizinkan.
Curahan rasa puteraduyong @ ..Azam Tahun Baru 2015
mesti berusaha agar bisa join supaya pengetahuan tentang ngeblog bisa bertambah
Curahan rasa Al Najwa @ ..Tiga Landasan Utama
memang teringin sangat nak ikut kelas buat blog anjuran denai hati nie..cuma peluang blm ada memandangkan jarak lokasi yg sangat tidak mengizikan….
Curahan rasa azmi @ ..Wawa Zainal hasilkan jenama pakaian sendiri
Comments are closed.