Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tinggal tak berapa hari lagi, kita akan melabuhkan tirai tahun 2014. Pasti banyak perkara yang telah berlaku dalam lipatan peristiwa sepanjang tahun 2014 ini. Semoga semua yang dirancangkan telah membuahkan hasil.
Sekiranya masih ada yang belum berhasil, usah mengalah. Sambung usaha tersebut di tahun hadapan pula, berakhirnya kalendar setiap tahun, bukan bermakna kita perlu berhenti daripada meneruskan apa yang kita citakan.
Pada Januari 2015, insyaALLAH Akademi Denaihati akan meneruskan siri kelas buat blog kepada sesiapa yang berminat untuk belajar menulis blog dengan lebih teratur dan menambah pengetahuan dalam pengurusan WordPress yang lebih baik.
Istimewa pada Januari ini, kami akan mengadakan 2 sesi kelas, berlainan daripada kebiasaannya. Sesi pertama di Akademi Denaihati, Seksyen 13 Shah Alam, manakala sesi kedua insyaALLAH akan diadakan di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Dua sesi ini dibawakan khas untuk memberi kemudahan kepada rakan-rakan yang ingin menambah ilmu pengetahuan dalam bidang blogging. Pendaftaran telah dibuka, sebahagian tempat telah pun di isi oleh rakan-rakan yang mengambil tindakan semasa Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog.
Module kelas untuk tahun 2015 juga akan dikemaskini untuk memberikan impak yang terbaik kepada rakan-rakan yang berminat untuk menceburi bidang blogging atau menambah baik tahap blog sedia ada. Berikut adalah jadual kelas buat blog Akademi Denaihati untuk bulan Januari 2015
Kepada yang berminat untuk menghadiri kelas-kelas ini, boleh ke halaman Pendaftaran WordPress Essentials atau halaman Pendaftaran WordPress Master Class untuk membuat pendaftaran mengikut lokasi yang dipilih.
InsyaALLAH jumpa dalam kelas Januari nanti. Bersama kita memajukan industri penulisan blog tanahair.
48 Comments
Setiap tahun dunia blog makin mencbar. Blogger perlu siapkan diri
Curahan rasa nikkhazami @ ..OPPO R5 – Telefon Pintar Ternipis di Dunia
Satu permulaan yg baik buat denaihati bagi tahun 2015 dgn buat kelas….
Curahan rasa nikkhazami @ ..OPPO R5 – Telefon Pintar Ternipis di Dunia
Semakin mencabar untuk tahun 2015 ini, pasti medium blog menjadi lebih hebat. Jom mari berdaftar di akademik Denaihati cara bina blog.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Contest SEO – Jom Aktifkan Mykad
waaaa.. dah mula dah. bagusnya tuan denaihati. terbaik!! boleh lah siapa yang nak join tue, plan mendaftarkan.
Berazam nak menjadi seorang blogger yang aktif pada tahun 2015. Dan ini permulaannya. InysaAllah DT akan usaha mendaftarkan diri pada Master Class. Walaupon ada sedikit masalah kewangan, DT yakin Allah akan tolong. Balik dari Singapore, DT akan daftarkan diri. 11 Januari 2015. Akan berjumpa di Shah Alam. Ke nak pergi Penang? He he
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Berat Badan Turun 5KG Dalam 1 Bulan
Wah, DenaiHati melangkah setapak lagi ke hadapan. Memang jadi sumber inspirasi kami la camnie. 🙂
Curahan rasa SEO Mudah @ ..Tips Guna Disavow Tools Google Untuk Elak Backlink Spam
Harap Blogger di malaysia semakin maju ke hadapan pada tahun 2015.. Peluang keemasan untuk menambah pengetahuan blogging bagi semua ..
kalau semua orang sudah mula berblogging, msti byk ilmu dan maklumat akan dikongsikan,, wauuu – kedaionlinemy.com
Curahan rasa KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com @ ..Kedai Online Nora Danish – Filem Suami Aku Ustaz Terbaru 2015
Semoga ramai masyarakat yang masih belum memulakan aktiviti blogging ini dapat mengambil peluang ini 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Encik Titan Kesal Dengan Gathering 2014
peluang terbaik untuk mereka yang berminat dalam dunia blogger..rugi jika terlepas!
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Tips Hadapi Hati Gundah Gulana
itu dia kelas sudah bermula..kasi gegar shah alam dan kepala batas…seronok la orang utara dapat peluang terbaik nie awal tahun
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Gambar Banjir Di Kelantan 2014
Semoga semakin ramai yang akan menyertai kelas buat blog anjuran Denaihati ini nanti ye. Pasti ramai nak join ni.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Semoga ramai yang akan menyertai kelas buat blog anjuran Denaihati. .
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Jom Aktifkan Mykad
Kelas buat blog Akademi Denaihati dah sampai Penang… bertuah la orang utara especially Pulau Pinang
Curahan rasa Malaysia Tercinta @ ..Sejarah Kadar Dividen Dan Bonus ASB (1990 – 2014)
Kali ni bagi peluang kpd org bahagian utara plak utk sertai kelas buat blog.
Curahan rasa nikkhazami @ ..ULASAN FILEM – The Hunger Games: Mockingjay Part 1
Comments are closed.