Kelajuan Mengorbankan Orang Lain

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, awal-awal dah sms Ustaz di Madrasah An Nuur minta kebenaran untuk bawa keluar anak untuk ziarah anak sulung di Kluang. Dalam perjalanan menuju ke Muar beberapa kali abang telepon tanya di mana dan bila sampai. Aku maklumkan akan sampai lepas maghrib dan minta dia tunggu di asrama. Sekitar jam 8 pm kami sampai di asrama tapi kelibat anak tak kelihatan. Sambil menunggu anak kelihatan kebanyakan kereta yang dipandu di hadapan asrama Madrasah sangat laju. Inilah sikap buruk pemandu Malaysia yang suka memandu laju tak kira di mana walaupun di depan sekolah.

Setelah menunggu hampir satu jam aku sms Ustaz mohon kebenaran ambik anak. Selesai sahaja sms tiba-tiba sebuah kereta yang dipandu laju di depan asrama brek mengejut. Terdengar bunyi dentupan sangat kuat dan percikan api seperti bunga api. Aku bergegas berlari ketempat kejadian dengan satu niat nak melihat muka pemandu yang memandu laju di tempat yang tidak sesuai. Geram betul dengan sikap pemandu yang suka memandu laju di tempat yang tidak sepatutnya. Rasa macam nak sekeh-sekeh je kepala pemandu tersebut.

Setelah berjalan lebih kurang 100 meter kelihatan kereta Proton Gen 2 tersadai dilorong laju. Seorang lelaki sedang sibuk mengeluarkan dua orang anak berusia dua tahun dan empat tahun dalam kegelapan malam. Kelihatan tiada yang cedera melainkan anak kecil yang menangis mungkin terkejut.

Dalam sibuk aku membantu lelaki tersebut melintas jalan tiba-tiba terdengar bunyi kuat kereta yang dipandu laju di jalan bertentangan melanggar objek yang terdapat di atas jalan. Bukan satu kereta tetapi beberapa kereta melanggar objek tersebut dan terus pancet tayar. Dalam keadaan gelap dan kelam kabut tiba-tiba datang kereta Kelisa yang dipandu laju melanggar objek tersebut dan tidak dapat dikawal lalu berpusing-pusing tiga kali terperosok dalam parit.

Rupanya kereta Proton Gen 2 melanggar tiang elektrik mengakibat tiang patah dah jatuh melintang atas jalan sebelah beserta simen fondasi tiang letrik. Aku berniat nak mengangkat halangan di atas jalan kerana kalau tidak pasti akan lebih banyak nyawa terancam tetapi dihalang oleh Ustaz yang baru sampai kerana dah lah gerap semua kereta laju-laju. Entap berapa belaslah kereta yang pancet tayar melanggar simen dan tiang letrik yang melintang atas jalan.

Keadaan dapat ditenangkan apabila lebih ramai orang kampung dan polis datang. Pemandu kereta Kelisa luka ringan tapi penumpang yang berusia belasan tahun tercampak keluar luka parah di kepala dan muka. Semua dibawa ke hospital oleh ambulan 999.

Inilah hikmahnya menunggu lama, Allah SWT nak tunjukkan kemalangan di depan mata untuk dijadikan pengajaran. Pertama kali melihat depan mata aksi kemalangan ala filem Holywoods. Maaflah tak sempat nak snap gambar.

Mungkin lelaki yang memandu laju Proton Gen 2 sibuk melayan anak kecil dan tiba-tiba ada halangan di depan yang menyebabkan beliau brek mengejut. Alhamdulillah Allah pinjamkan nyawa beliau lagi tetapi asbab kemalangan itu menyebabkan seorang remaja lain cedera parah dan berbelas-belas kerata lain rosak. Allah SWT masih beri peluang hidup kepada beliau tetapi Allah uji pemandu yang lain.

Aku ni pun suka memandu laju biasalah cecah 170 km/sejam tetapi pada masa dan tempat tertentu. Memang seronok memandu laju terutama di jalan yang bengkang bengkok terasa seperti pemandu Formula One. Lahu boleh tapi aku tak akan memandu laju bila bersama keluarga atau di jalan-jalan yang kurang sesuai seperti kawasan kampung dan sekolah. Ketika Kembara Musafir Europe sejauh lebih 2500 km melalui highway tanpa had laju tak ada pun jumpa satu pun kemalangan tetapi di Malaysia suatu yang pelik kalau memandu jauh tak terserempak dengan kemalangan. Siapa sebenarnya yang salah Kerajaan yang buat jalanraya atau pemandu yang psiko bila masuk kereta.

Aku selalu pesan pada isteri kalau berselisih faham teruk macam mana pun tetapi sebelum keluar rumah kami mesti bermaafan kerana bila keluar sahaja rumah kemalangan memang tidak boleh dijangka. Minggu lepas arwah Pak Cik aku meninggal dalam perjalan pulang bersarapan. Kereta kancil yang dipandu terbabas melanggar tembok jalan lalu terbaik ke dalam parit. Beliau meninggal di tempat kejadian. Seperti juga anak saudar aku yang koma berbulan setelah terlanggar lubang dalam perjalanan pulang dari kerja. Kemalangan memang tidak berbau tetapi jangan sesekali jadi pemandu yang mementingkan diri sendiri dan menyusahkan orang lain.

Kongsikan pengalaman anda jika pernah melihat kemalangan di depan mata.


Spread the love

288 Comments

  1. Ade sekali.. kejadian depan mata Nurul.. Tapi x delah teruk sangat..
    semuanya berpunca dari kelalaian pemandu kereta, kesian tengok penunggang motosikal tu.. tapi nasib baiklah x der teruk sangat.. Kecut perut jugaklah nurul masa tu..
    Curahan rasa Nurul @ ..Berpisah Jua Dengan Mu..My Profile

    1. kdng2 kita xleh terlalu berhati2 sgt kn…mcm2 la perangai manusia atas jalan raya ni…

  2. sya pernah lihat kemalangan di depan mata di hadapan rumah.. kebetulan waktu itu sya sedang menunggu bas awam di perhentian bas pada pukul 7 pagi utk ke sekolah. Bas berhenti di bahu jalan untuk ambil penumpang dtg sebuah toyota avanza memandu laju terus memotong bas yg berhenti tersebut dan tanpa sedar ada terdapat lg sebuah bas diseberang jalan baru lepas mengambil penumpang. akibatnya avanza tersebut merempuh bas diseberang jln. pemandu avanza tersebut mati di tempat kejadian.. mmg ngeri la masa tu sbb betul2 depan mata. Nauzubillah… setiap kali masuk kenderaan sblm memulakan perjalanan bacalah bismillah dan doa bykkan berzikir. Paling penting jgn pandu terlalu laju… kdg2 sya pandu laju juga tp bila keseorangan saja.. kalau ada anak dlm kereta mmg sya bawa tak berapa laju la..
    Curahan rasa Queen Teratai @ ..Port luck sebelum bertemu RamadanMy Profile

  3. memang bahaya dan malang tidak berbau.. kekadang kita mmg da pandu secara berhemah, tp org lain plk yang langgar kita…

  4. Di depan tempat saya bekerja, depan JPJ pulak tu, boleh dikatakan dlm 1 minggu, tak kurang 2 hingga 4 kali accident, semacam satu kemestian saja di situ. Penunggang motosikal yg jadi mangsa. Diperhatikan jalan di situ double line, tapi ada yg membelok kanan, kiri, U turn, memintas, semuanya ada. Tak tahu siapakah patut dipertanggungjawabkan??? 😀
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Kenapa Persie Tinggalkan ArsenalMy Profile

    1. cakap pasal double line.. huh..teringat masa tersilap motong.. baru tau kenapa ada double line dekat jalan berbukit dan berliku.. silap motong, tak nampak disebalik bukit ada kereta.. tamatlah riwayatnya.. mujur ayah sempat tegur ckp jgn memotong…. alhamdulillah..selamat
      Curahan rasa Norfa @ ..Hasil Masakan Lelaki Kacak di JepunMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!