
Siapa yang tak kenal dengan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew. Dengar sahaja nama beliau di media sosial, tak lain tak bukan, banyak hulurkan bantuan barangan, kewangan, tempat tinggal dan sebagainya kepada mereka yang sangat memerlukan.
Islamkan Satu Kampung
Baru-baru ini heboh di media sosial atas perkongsian beliau yang menunjukkan beliau telah berjaya membawa satu kampung berjumlah 157 orang dari suku Bajau Laut di Sabah untuk memeluk Islam.
Menerusi perkongsian tersebut, beliau turut menjelaskan bahawa seluruh penduduk tersebut telah tampil secara sukarela untuk memeluk islam.
“Seramai 157 orang mengucap syahadah. Ya Allah menangis saya hari ini gembira. Satu kampung memeluk Islam petang ini. Semuanya dengan rela tanpa paksaan memeluk Islam.
“Dari suku Bajau Laut atau gipsi laut. Mereka tinggal di dalam bot atau pondok kecil atas laut, menangis saya gembira,” kongsi beliau.
Ustaz Ebit Lew Diminta Untuk Berhenti Beri Sumbangan Di Pulau-Pulau Di Semporna, Sabah

Terbaru, Ustaz Ebit Lew kongsikan di laman sosialnya difahamkan bahawa beliau telah diminta untuk berhentikan memberi sumbangan di Pulau-Pulau di Semporna, Sabah.
Dia turut diberitahu bahawa jika dia meneruskan misi bantuan, dia boleh dikenakan denda sebanyak RM100,000 atau penjara selama 3 tahun.
“Saya minta maaf pada penduduk di Pulau-Pulau di Semporna yang saya Islamkan. Saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan. Saya tangguhkan niat bina sekolah.”
“Pagi ini saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan untuk ke Pulau-pulau di Semporna Minta diberhentikan bantuan disekitar sini. Saya diberitahu antara hukuman boleh dikenakan didenda 100 ribu atau penjara 3 tahun,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.
Ustaz Ebit Lew juga turut menyatakan bahawa dia tidak kecil hati dengan pihak yang meminta dia untuk berhenti memberi sumbangan, kerana baginya, perjuangan harus diteruskan.
“Saya akan terus ke Tawau dan tunggu flight di Tawau. Sempurna sumbangan sedikit tempat di Tawau yang saya janji. Terima kasih semua. Sehingga berjumpa lagi jika ditakdirkan Allah. Saya serahkan segala urusan kepada Allah. Cukuplah kepada Allah orang mukmin itu berserah,” katanya di akhir catatan di Facebook.
Semoga dipermudahkan segala urusan Ustaz Ebit Lew di sana memberi bantuan kepada orang ramai yang dalam kesusahan.
Sila subcribe channel kami untuk menonton lebih banyak video terkini @ bit.ly/denaihatiTV
Sumber: Vocket
Bukan mudah nak menabur kebaikan, ada sahaja ujian dan halangan di jalanan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Group Telegram Bisnes Dropship Shopee
memang begitulah sebab itu Syurga itu sangat mahal harganya dan perlukan pengorbanan dan tentangan. Lihat sahaja kisah Rasulullah yang melalui berbagai ujian utk sebarkan agama ALLAH.
Curahan rasa denaihati @ ..Bersedialah untuk ekonomi Malaysia bertambah buruk
Moga yang baik baik saja dan dipermudahkan segala urusan. Kita doakan yang terbaik.
Curahan rasa Geng Borak @ ..Angkara Dimalukan di FB, Balas dengan Sihir Dendam Kesumat 5 Serangkai
orang politik yang paling takut sebab nampak sangat mereka duduk kat umah tak buat kerja. Namun sekarang tak sama macam dulu. orang politik sekarang sudah hilang taring. pihak berkuasa pun tak menyebelahi mereka.
Curahan rasa denaihati @ ..Bersedialah untuk ekonomi Malaysia bertambah buruk
kadang kadang ada batasnya juga…kawasan terbabit seumpama kawasan merah…aktif lanun dan keganasan..niat tidak menghalalkan cara…
membawa diri ke arah kebinasaan juga tidak di ajar dalam Islam
sekadar pandangan marhaen mengenai isu ini…sebab banyak pihak kurang faham dengan situasi tersebut
Curahan rasa Snapbackpacker @ ..Hak dan Ganti Rugi Penumpang Apabila Penerbangan Lewat (Delayed) dan Dibatalkan (Cancelled)
pendapat memang berbeza-beza namun kepada berjuang mereka tak akan takut dengan semua itu demi mambantu ummmah yang dalam kesusuhan ketika seluruh dunia diuji dengan ujian sebesar ini. Itulah namanya jihad.
Curahan rasa denaihati @ ..Bersedialah untuk ekonomi Malaysia bertambah buruk