Kan aku dah cakap aku tak pandai

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku nak kongsi satu kisah benar yang berlaku disebuah tempat di Nusantara. Kisah ini berlaku suatu petang di sebuah surau.

Sekumpulan rombongan singgah untuk solat maghrib di sebuah surau. Setelah ambil wuduk mereka menunggu kalau ada orang tempatan yang datang untuk azan dan seterus solat berjemaah. Setelah menunggu beberapa ketika tiada seorang pun jemaah tempatan yang datang.

Salah seorang dari ahli rombongan mencadangkan supaya salah seorang iqamat dan terus solat berjemaah tanpa menunggu jemaah tempatan. Maka salah seorang dari mereka pun berdiri melaungkan iqamat dan semua jemaah meluruskan shaf.

Setelah selesai iqamat mereka saling berpandangan mencari siapa yang boleh jadi iman. Masing-masing saling menolak satu sama lain. Akhirnya majoriti memilih seorang yang paling tua di kalangan mereka tapi beliau menolak kerana katanya tak pandai baca surah tetapi semua memaksa beliau jadi iman.

Dengan berat hati abang yang terpilih pun bergerak ke hadapan mengambil tempat menjadi imam. Dengan perasaan yang berdebar-debar beliau mengangkat takbir solat maghrib berjemaah. Setelah membaca surah Al Fatihah belaiu senyap je tak baca apa-apa dan tak buat apa-apa. Makmum tertunggu apa yang bakal dibuat oleh imam.

Setelah beberapa minit menunggu tiba-tiba imam menoleh ke belakang lalu berkata “kan aku dah cakap aku tak pandai baca surah tapi kauorang paksa juga”.

Semua terdiam dan saling memandang satu sama lain.

66 Comments

  1. lawak betul tpi menginsafkan jugak.. iskhhh, camana nak jadi ketua keluarga dan bimbing anak isteri…huhuuu

  2. cerita ni bg pengajaran agar kita sbg org islam mempersiapkan diri sendiri dengan apa yg mesti kita tahu sebagai umat islam.Org tua tu tak tahu baca surah bila diminta jadi imam,habis dia turut ikut berjemaah,dlm solatnya dia baca apa..
    Ibadat bukan kerana terpaksa atau ikut ikutan,tapi mestilah kerana ikhlas dan tahu mengerjakannya..

  3. aku pernah gak kene paksa jadi imam.. oleh sebab tak berapa pandai dan tak berapa yakin untuk imamkan org lain, aku buat keras je.. tak bangun tak apa.. haha.. sampai la ada sorang tu mengalah dan offer diri untuk jadi imam.. dalam hati aku ckp “ada pun orang yang bleh jadi imam.. nasib baik”.. hehe..

    budak2 muda sekarang ni kena persiapkan diri dengan ilmu2 agama, ilmu2 al-Quran, ilmu2 solat, dan sebagainya.. pak mertua suruh jadi imam nanti, tak ke naye dibuatnya.. malu ooo.. hehe..
    Curahan rasa Anarm @ ..Menang Hosting Exabytes – Contest MrSaysMy Profile

    1. tu tak ramai..hehe, kalau setakat keluarga insyaallah
      kalau ramai debor, rasa macam diri ni ilmu tak cukup nak mengimamkan orang lagi..:)

  4. saya tak rasa ni cerita lawak sebab penulis buka cerita ni pun dgn ayat “..aku nak kongsi satu kisah benar yang berlaku..”

    apa-apapun mmg sentap dan makan dalam.

    1. Kisah yang boleh jadikan pengajaran supaya tidak berlaku ke atas diri kita, anak2, cucu dan cicit kita jadi menjadi tanggungjawab kita ibubapa mengajar anak2 kita supaya melahirkan keturunan yang kenal Islam.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!