Kan aku dah cakap aku tak pandai

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku nak kongsi satu kisah benar yang berlaku disebuah tempat di Nusantara. Kisah ini berlaku suatu petang di sebuah surau.

Sekumpulan rombongan singgah untuk solat maghrib di sebuah surau. Setelah ambil wuduk mereka menunggu kalau ada orang tempatan yang datang untuk azan dan seterus solat berjemaah. Setelah menunggu beberapa ketika tiada seorang pun jemaah tempatan yang datang.

Salah seorang dari ahli rombongan mencadangkan supaya salah seorang iqamat dan terus solat berjemaah tanpa menunggu jemaah tempatan. Maka salah seorang dari mereka pun berdiri melaungkan iqamat dan semua jemaah meluruskan shaf.

Setelah selesai iqamat mereka saling berpandangan mencari siapa yang boleh jadi iman. Masing-masing saling menolak satu sama lain. Akhirnya majoriti memilih seorang yang paling tua di kalangan mereka tapi beliau menolak kerana katanya tak pandai baca surah tetapi semua memaksa beliau jadi iman.

Dengan berat hati abang yang terpilih pun bergerak ke hadapan mengambil tempat menjadi imam. Dengan perasaan yang berdebar-debar beliau mengangkat takbir solat maghrib berjemaah. Setelah membaca surah Al Fatihah belaiu senyap je tak baca apa-apa dan tak buat apa-apa. Makmum tertunggu apa yang bakal dibuat oleh imam.

Setelah beberapa minit menunggu tiba-tiba imam menoleh ke belakang lalu berkata “kan aku dah cakap aku tak pandai baca surah tapi kauorang paksa juga”.

Semua terdiam dan saling memandang satu sama lain.


Spread the love

66 Comments

  1. orang itu sudah akui dgn ikhlas tak boleh buat,tetap dipaksa justeru usia.usia tidak bererti tahu segala galanya.si tua ini pun tidak boleh disalahkan kerana jahil.yang lebih jahil kerana orang muda tidak menghormatinya atas pengakuannya itu.seorang budak pun boleh menjadi imam asalkan bacaan serta tertib betul.menjalankan kewajiban selaku imam adalah tugas yang berat yang hendaklah dilakukan dengan ikhlas bukan dipaksa kerana tugas solat bukan boleh dimain mainkan begitu.wallahualam.

      1. Kalau adabdi kalangan yg lebih baik tajwidnya maka dialah yg paling layak jadi imam. Tugas imam sgt penting sebab tu yg akan menentu solat jemaah kita diterima atau tidak. Imam yg bacaannya teruk pun boleh menghilangkan khyusuk bersolat.

  2. moral of the story is … jangan pakai tangkap muat dan berhati-hati dalam membuat pemilihan dan jangan suka paksa2 orang.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!