Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tiada apa yang boleh digambar selain perasaan takut dan insaf apabila melihat keadaan jerebu yang sangat teruk sepanjang perjalanan dari Melaka menuju ke Simpang Renggam untuk ambik anak di asrama. Ketebalan jerebu bukan sahaja menghalang pandangan di Lebuh Raya PLUS kurang 1 km tetapi juga menghilangkan pemandangan yang cantik sepanjang perjalanan.
Teringat firman ALLAH SWT dalam surah Ar-Rum ayat 41 yang maksudnya : “Telah nampak kerosakan di darat dan di laut kerana perbuatan tangan manusia, supaya ALLAH menjadikan mereka merasa sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). Soalnya manusia mudah lupa dan terus membakar hutan dan meruntuhkan bukit hanya kerana kemajuan.
Hari ini PM DS Najib Razak telah mengistiharkan darurat di Muar dan Ledang kawasan yang paling teruk dilanda jerebu sehingga Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah ketahap kritikal 750. Jerebu juga melanda daerah lain di Johor dan juga negeri-negeri lain iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan Pahang.
Jerebu boleh mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaiti kanak-kanak, orang tua, perokok dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit kronik paru-paru dan alahan.
Untuk mengelakan risiko ketika jerebu pastikan :
- Menutup hidung dengan topeng yang sesuai.
- Mengurangkan aktiviti luar.
- Tinggal dalam bagunan atau rumah.
- Minum air yang banyak
- Setiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah.
- Kepada yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar daripada kawasan jerebu.
- Segera ke klinik apabila kesihatan terjejas.
Dari sebuah hadith riwayat Muslim dan lainnya dari hadith Hudzaefah bin Usaid Al-Ghifari yang maksudnya, “Rasulullah saw melewati kami, sementara kami sedang berbincang-bincang. Beliau bertanya, ‘Apa yang kalian perbincangkan?’ Kami menjawab, ‘Kiamat’. Beliau bersabda, ‘Sesungguhnya ia tidak akan datang sehingga kalian melihat sepuluh tanda sebelumnya’. Lalu beliau menyebutkan dukhan (kabut), Dajjal, binatang bumi, terbitnya matahari dari arah barat, turunnya Isa bin Maryam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga pembenaman: pembenaman di timur, pembenaman di barat dan pembenaman di jazirah Arab, dan yang terakhir adalah api yang menggiring manusia ke Mahsyar mereka.” (HR. Muslim no. 2901, Abu Dawud no.4311 dan at-Tirmidzi no. 2184).
Ibnu Katsir berkata, “Ini adalah sanad yang shahih dari Ibnu Abbas Habrul Ummah dan Al-Qur’an. Dan begitulah pendapat sahabat-sahabat dan tabiin-tabiin yang sesuai dengan pendapatnya sesuai dengan hadith yang marfu’ baik yang shahih maupun hasan atau lainnya yang mereka sebutkan, semua itu mengandung isyarat yang yakin dan jelas bahwa dukhan adalah salah satu ayat yang masih ditunggu, di samping itu ia secara zhahir disinggung oleh Al-Qur’an.” Dan Hudzaefah meriwayatkan dari Nabi saw bahawa dukhan ini berlangsung selama 40 hari. Dan boleh jadi itu adalah dua Dukhan untuk menggabungkan antara atsar-atsar yang ada.
Maksud hadith di atas tiada kena mengena dengan keadaan jerebu teruk yang sedang melanda Malaysia tetapi boleh dijadikan peringatan untuk kita lebih dekat kepada ALLAH SWT.
Untuk menjaga kesihatan anak-anak banyak sekolah telah diarah tutup. Sila klik SINI untuk maklumat terkini sekolah yang ditutup seluruh Malaysia.
Untuk update Indeks Pencemaran Udara (IPU) sila ke SINI.
66 Comments
Al-hamdulillah nampaknya jerebu makin baik hari ini kat johor.
Wah …. kabut asap ini mungkin sebagian hasil pembakaran Hutan dari Indonesia
Ini ujian dari ALLAH untuk warga Nusantara sejauh mana kita kembali kepada ALLAH utk memohon bantuan apabila di uji dengan bencana.
mari la kita sama2 menitipkan doa agar keadaan pulih seperti sediakala…
Takotnya… Dengar kata pembakaran terbuka sehingga Sept. Bulan puasa ni akan menjadi bulan puasa yang paling mencabar. Ipoh pon dah nampak kedatangan jerebu sedikit demi sedikit. Pagi ni pergi ke Pejabat dah taknampak gunung ganang dilitipu Jerebu. Mungkin tahap tidak kronik lagi. Risaunyee.
ia merupakan salah satu peringatan kepada umat manusia akhir zaman ini…
Curahan rasa KiD @ ..Biodata Syura Masterchef Selebriti Malaysia 2
MEmang teruk kali nieh jerbu.. Kat kl jln klang lama xnmpk bukit gasing..
Curahan rasa ijamidayu @ ..Bagaimana memastikan Bank yang TERDESAK memberi kita Pinjaman
masih ada juga manusia yang tidak sedar..
sesuka hati membuat pembakaran terbuka
Curahan rasa Mus @ ..Gambar Terkini Jerebu Di Kota Kinabalu, Sabah
nampaknya ada lagi yang tak ikut perkembangan semasa dan pentingkan diri sendiri…
Pagi2 tanggal 15 Sya’ban singgah disini, dan sebagaimana kata tuan DH di group FB bahwa sebelum 24/6/2013 akan ada perubahan. Memang benar adanya, salah satu perubahannnya adalah theme blog ini yang sangat cantik dan enak dipandang mata. (mohon maaf bila komen saya keluar dari apa yang di posting)
Saya juga heran melihatnya waktu pertama masuk Kang.
Iya Kang… saya juga kaget tadi, kirain salah masuk.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Hasil Lengkap Babak Penyisihan Piala Konfederasi Brasil 2013
Lebih kaget lagi Bang, sekarang themenya kembali ke semula…
Template sudah berganti, dan terlihat bagus dan lebih rapi lagi
Curahan rasa Ferry @ ..Manfaat Dari Habbatussauda
Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dalam berjerebu, ada juga yang mencongak gembira terutama anak-anak yang diberi cuti…
moga² cepatlah ia berlalu..
kalau hujan turun mungkin reda cepat sikit
Penyagak punca jerubu ini perlu dibawa ke muka pengadilan. 🙁
Curahan rasa akubiomed @ ..Fenomena Supermoon di sebalik jerubu.
ya Allah, takut tgk keadaan yg makin teruk ni 🙁
Curahan rasa Lala @ ..Random ::Games, IG, IMY::
semakiin teruk jerubu nampaknya
harap2 hujan untuk redakan jerubu 🙂
Curahan rasa Sop @ ..Nikon DSLR – Cannot display this file
Memang teruk jerebu kali ni..banyak tempat dah sampai ke paras serius..
Curahan rasa Hairul Azni @ ..Sekolah Daerah Kuantan Diarah Tutup Akibat Jerebu
Comments are closed.