Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tiada apa yang boleh digambar selain perasaan takut dan insaf apabila melihat keadaan jerebu yang sangat teruk sepanjang perjalanan dari Melaka menuju ke Simpang Renggam untuk ambik anak di asrama. Ketebalan jerebu bukan sahaja menghalang pandangan di Lebuh Raya PLUS kurang 1 km tetapi juga menghilangkan pemandangan yang cantik sepanjang perjalanan.
Teringat firman ALLAH SWT dalam surah Ar-Rum ayat 41 yang maksudnya : “Telah nampak kerosakan di darat dan di laut kerana perbuatan tangan manusia, supaya ALLAH menjadikan mereka merasa sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). Soalnya manusia mudah lupa dan terus membakar hutan dan meruntuhkan bukit hanya kerana kemajuan.
Hari ini PM DS Najib Razak telah mengistiharkan darurat di Muar dan Ledang kawasan yang paling teruk dilanda jerebu sehingga Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah ketahap kritikal 750. Jerebu juga melanda daerah lain di Johor dan juga negeri-negeri lain iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan Pahang.
Jerebu boleh mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaiti kanak-kanak, orang tua, perokok dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit kronik paru-paru dan alahan.
Untuk mengelakan risiko ketika jerebu pastikan :
- Menutup hidung dengan topeng yang sesuai.
- Mengurangkan aktiviti luar.
- Tinggal dalam bagunan atau rumah.
- Minum air yang banyak
- Setiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah.
- Kepada yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar daripada kawasan jerebu.
- Segera ke klinik apabila kesihatan terjejas.
Dari sebuah hadith riwayat Muslim dan lainnya dari hadith Hudzaefah bin Usaid Al-Ghifari yang maksudnya, “Rasulullah saw melewati kami, sementara kami sedang berbincang-bincang. Beliau bertanya, ‘Apa yang kalian perbincangkan?’ Kami menjawab, ‘Kiamat’. Beliau bersabda, ‘Sesungguhnya ia tidak akan datang sehingga kalian melihat sepuluh tanda sebelumnya’. Lalu beliau menyebutkan dukhan (kabut), Dajjal, binatang bumi, terbitnya matahari dari arah barat, turunnya Isa bin Maryam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga pembenaman: pembenaman di timur, pembenaman di barat dan pembenaman di jazirah Arab, dan yang terakhir adalah api yang menggiring manusia ke Mahsyar mereka.” (HR. Muslim no. 2901, Abu Dawud no.4311 dan at-Tirmidzi no. 2184).
Ibnu Katsir berkata, “Ini adalah sanad yang shahih dari Ibnu Abbas Habrul Ummah dan Al-Qur’an. Dan begitulah pendapat sahabat-sahabat dan tabiin-tabiin yang sesuai dengan pendapatnya sesuai dengan hadith yang marfu’ baik yang shahih maupun hasan atau lainnya yang mereka sebutkan, semua itu mengandung isyarat yang yakin dan jelas bahwa dukhan adalah salah satu ayat yang masih ditunggu, di samping itu ia secara zhahir disinggung oleh Al-Qur’an.” Dan Hudzaefah meriwayatkan dari Nabi saw bahawa dukhan ini berlangsung selama 40 hari. Dan boleh jadi itu adalah dua Dukhan untuk menggabungkan antara atsar-atsar yang ada.
Maksud hadith di atas tiada kena mengena dengan keadaan jerebu teruk yang sedang melanda Malaysia tetapi boleh dijadikan peringatan untuk kita lebih dekat kepada ALLAH SWT.
Untuk menjaga kesihatan anak-anak banyak sekolah telah diarah tutup. Sila klik SINI untuk maklumat terkini sekolah yang ditutup seluruh Malaysia.
Untuk update Indeks Pencemaran Udara (IPU) sila ke SINI.
66 Comments
ana yang di muar ini memang terasa sangatlah kesannya..muga cepat pulih jerebu ini
Curahan rasa daus hafiz @ ..Alhamdulillah segalanya dipermudahkanNya
singgah sekejap semalam pun rasa sangat tak selesa. tinggal di Muar mesti rasa kesan teruk ya ustaz.
Curahan rasa Denaihati @ ..Jerebu Ketahap Darurat
jerebu itu asap atau kabut atau apa yah…baru mendengar istilah di sini
Curahan rasa Ferry @ ..Manfaat Dari Habbatussauda
lebih jelas lagi dari wikipedia…”Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit.Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering”. kesan asap yang tebal dari kebakaran bang ferry.
Curahan rasa Denaihati @ ..Jerebu Ketahap Darurat
memang teruk keadaan jerebu skrg nih…harap sehari dua nih hujanlah…amin…
Curahan rasa papa mifz @ ..Shah Alam Teruk , Muar Lagi Teruk
JAS info, akan ada pembenihan awan secepat mungkin bila cuaca sesuai, ada awan yang sesuai. mudahan lebih cepatlah…
Curahan rasa Denaihati @ ..Jerebu Ketahap Darurat
kat kelantan baru sampai jerebu ni,, kata kawasan saya pun dah makin teruk,, harapanku agar cepatla hujan datang,, amiin
Curahan rasa mujagirl92 @ ..Tugas-tugas Blogger
dah hampir satu Malaysia dapat kesan jerubu nampalnya. dari JAS, ini disebabkan angin monsun barat daya yang bawa asap dari Sumatera.
Curahan rasa Denaihati @ ..Jerebu Ketahap Darurat
Kampung kawe tu Muar adehh.. Baru call org kampung tadi. Khabarnya, kalau duduk kat tepi sungai muar tu tak nampak seberang sungai walhal bukan lah lebar sangat sungai tu. Apa-apa pun harap2 semuanya ok nanti. Insya-allah…
Curahan rasa Ismail N @ ..Canon EOS 100D aka Digital Rebel SL1: Smallest And Lightest DSLR Ever
semoga rakyat malaysia selamat dari segala penyakit… aminn…
Curahan rasa Wan Fauzi™ @ ..Perbahasan Malam Nisfu Syaaban
Semoga keadaan pulih seperti biasa..aminnn…
Curahan rasa Hafizul @ ..Hidup Mesti Berani
membakar lahan untuk membersihkan kelapa sawit kemudian untuk membuka lahan memang sangat membuat kerugian di tiga negara hanya karena perbuatan beberapa orang saja
Curahan rasa munir ardi @ ..Dapatkan Artikel berkualitas dan unik di http://www.artikeltermurah.com
sebab nila setitik rosak susu sebelanga peribahasa yang tepat.
Curahan rasa Denaihati @ ..Jerebu Ketahap Darurat
masalah ni dah berlarutan..rasanya ini peringatan Allah untuk kita ambik iktibar..bahawa hanya dengan cuaca panas sahaja terbakar bumi Allah nie..
Curahan rasa kak baery @ ..Tudung Paisely saiz L – ada lapik dagu
Jerebu bkn jelebu ye kawan2..
Curahan rasa weschairs @ ..Pulau Aman dan Mee Udang
Allahu rabbi…
Dikawasan saya pun hampir diselubungi kabut…
Curahan rasa Kikie @ ..DIMANAKAH IMAN KITA KETIKA JEREBU
smlm zuan ke PD, astagrifurllah, tak nampak pulau yang di depan mata sebab di tutup kabus
Curahan rasa zuan @ ..4th Year……
Kerusakan yang dibuat oleh segelintir orang menyebabkan kerugian untuk semuanya. Semoga cepat hilang kabut asapnya
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Kronologi Penyerangan Bus Persib
semoga keadaan kmbali pulih..
ini semua p’ingatan kecil dariNya
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Gempar! Rakaman CCTV penebat kilat jatuh atas jalan Macalister, Penang
Kabut asap yang disebabkan oleh ulah tangan-tangan manusia yang tidak bertanggung jawab
cukup tak bertanggung jawab dan sebabkan kerugian yang sangat besar terutamanya Jndonesia dalam menangani usaha padamkan kebakaran dan kesan sampingan kesihatan.
Comments are closed.