Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setiap kali membaca berita sedih keluarga arwah Hasni Hardi pasti terasa sangat sayu dan sebak tidak dapat ditahan. Alhamdulillah dari berita yang sahih jenazah jurutera muda antara 28 jenazah mangsa tragedi MH17 yang sudah dikenal pasti dan antara yang paling lengkap anggota badan. Ibu bapa arwah, Kak Siah dan Abang Parlan sudah berada di Amsterdam untuk mengiringi jenazah untuk dibawa pulang ke Malaysia dan dikebumikan di Tanah Wakaf, Batu 8, Kampung Paya Luas, Segamat.
Klik untuk melihat gambar ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17
Raya baru ini sempatlah aku bercerita panjang dengan Mak Cik Som, atok kepada arwah Hasni dan Kak Milah, Mak Long kepada arwah. Aku tak dapat bersua muka dengan Kak Siah dan Abang Parlan yang setiasa sahaja dikunjungi tetamu dan wartawan. Dapat juga maklumat kisah sebenar bekas isteri arwah yang banyak mendapat liputan media. Tabik kepada Kak Siah dan Abang Parlan yang tak terkejar-kejar nak dapatkan wang pampasan walaupun sudah diumumkan oleh MAS. Kak Siah kata dia tidak akan ambil duit pampasan selagi semuanya belum selesai.
IKUTI LIVE MAJLIS PENGKEBUMIAN ARWAH HASNI HARDI DI SINI.
Ini kali pertama saya menaiki kapal terbang tetapi sedih kerana mengiringi jenazah anak sendiri,” kata Asiah Rajikon, 57, ibu Hasni Hardi Parlan, 31, jurutera perkapalan yang terkorban dalam tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 ditembak jatuh di timur Ukrine – Harian Metro.
Pada 22/8/2014 Malaysia akan menerima 28 jenazah mangsa tragedi MH17 yang akan disambut di KLIA pada jam 10 am dengan upacara rasmi yang akan dihadiri oleh Yang Di Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Menteri Kabinet serta ahli keluarga mangsa. Malaysia akan berkabung dengan mengibarkan jalur gemilang separuh tiang. Jenazah Hasni Hardi diiringi oleh ke dua ibu bapanya akan dibawa terbang dari KLIA dengan helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Segamat sebelum dibawa ke rumahnya di Batu Anam untuk majlis pengkebumian.
Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini menjelaskan, garis panduan untuk dipatuhi pada Hari Perkabungan Negara, Jumaat ini, sempena ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17 dari Amsterdam, Belanda hanya melibatkan Jalur Gemilang dikibarkan separuh tiang. Sehubungan itu, peraturan lain dalam kenyataan jabatan itu semalam, adalah terbatal. Arahan garis panduan yang dibatalkan termasuk supaya semua radio dan televisyen menangguhkan rancangan hiburan, penangguhan semua acara hiburan dan tata cara berpakaian sepanjang tempoh berkabung itu – Utusan Online
Semuga Kak Siah dan Abang Parlan dapat menatap wajah anak kesayangannya buat kali terakhir sebelum di bawa terbang dari Amsterdam ke KLIA dengan pesawat khas pada Khamis jam 6 pm waktu Malaysia.
(Klik gambar di bawah untuk lihat gambar mangsa-mangsa tragedi Mh17 yg lain)
Nama 20 jenazah mangsa tragedi MH17 yang tiba 22/8/2014
Berikut adalah senarai jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 warganegara Malaysia yang akan tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA, pada 22/8/2014, untuk istiadat penghormatan.
Anak Kapal:
1) Mastura Mustafa (P)
2) Ahmad Hakimi Hanapi (L)
3) Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P)
4) Nur Shazana Mohamed Salleh (P)
5) Dora Shahila Kassim (P)
6) Lee Hui Pin (P)
7) Angeline Premila Rajandaran (P)
8) Chong Yee Pheng (P)
9) Azrina Yakob (P)
Penumpang:
1) Foo Ming Lee (L)
2) Karamjit Singh Karnail Singh (L)
3) Ng Qing Zheng (L)
4) Mabel Anthony Samy (P)
5) Paul Rajasingam Sivagnanam (L)
6) Elisabeth Ng Lyeti (P)
7) Ariza Ghazalee (P)
8) Muhammad Afif Tambi (L)
9) Noor Rahimmah Mohd Nor (P)
10) Mohd Ali Md Salim (L)
11) Hasni Hardi Parlan (L)
Di sinilah pada 18/7/2014 segalanya bermula …
Dan pada 22/8/2014 di sinilah pengakhiran arwah Hasni Hardi Parlan … kita belum tentu di mana …
TINGGALKAN KATA SEMANGAT DAN DOA ANDA UNTUK KELUARGA MANGSA DI SINI
Sama-samalah kita sedekahkah Al Fatihah untuk arwah Hasni Hardi Parlan seorang anak yang sangat baik kepada keluarga dan saudara mara. Semuga tempat mu di Syurga anak ku. Al Fatihah juga untuk semua mangsa muslim yang lain. Kepada semua keluarga mangsa bersabarlah pasti ada hikmah yang tersirat disebalik kejadian. Sesungguhnya ALLAH tidak pernah zalim kepada hambanya.
88 Comments
al-fatihah kepada mangsa yang terlibat dan semoga keluargan mangsa tabah menghadapi dugaan yang berlaku secara tiba-tiba tanpa di duga
Al-fatihah diucapkan kepada arwah..moga rohnya dicucuri rahmat dan berada dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs of Panasonic Lumix Smart Camera CM1
Al-Ftihah….Semoga arwah Hasni Hardi ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan untuk keluarga arwah semoga tabah menghadapi ujian ini….
Curahan rasa Nurul Aina @ ..Mudahnya Menjemput Rezeki
Walaupon pemergian mereka sangat tragis tetapi mereka diberi kelebihan oleh Allah dimana mereka didoakan oleh berjuta-juta umat di saat mereka telah tiada..
Curahan rasa shamiera osment @ ..Wordless Wednesday : 100 Followers Akhirnya…
Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali, al-fatihah buat arwah dan murni harap keluarga mangsa tabah menghadapi ujian dari Allah dan tetap teruskan hidup.
Curahan rasa Murni Mohd Yusof @ ..Liebster Award
Kepastian perjalanan kehidupan ini, pasti akan mati jua akhirnya, cuma kita tidak dapat tahu dimana, bagaimana dan bila. Hanya Allah yg Maha mengetahui. Berdoalah selalu agar matinya kita dalam keadaan sempurna dan dilindungi dari keaiban. Jangan bertangguh untuk bertaubat dan kembali kejalan yg benar. Semoga kita semua sentiasa dalam peliharaan Allah swt…amiin.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Keunikan Dan Keajaiban Alam Ciptaan Ilahi
Subhanallah… Kuasa Allah. Akan diberi kemuliaan kepada mereka-mereka yang Allah mahukan. Semoga Roh Arwah Hasni Hardi tergolong dalam golongan yang beriman dan soleh, amiin.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Keunikan Dan Keajaiban Alam Ciptaan Ilahi
Semoga Allah mengampuni arwah Hasni Hardi serta dihimpunkan daripada kalangan yang dikasihi Nya. Al-Fatihah
Al Fatihah buat keluarga Arwah Hasni Hardi. Semoga Allah meletakkan beliau dikalangan orang orang yang diberkati.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
Sedih betul dengan nasib MH17 ni. hingga hari ini masih belum ada jawapan lagi tentang kejadian tersebut. apapun moga ahli keluarga MH17 dan MH370 tabah menghadapinya…
Semoga semua mangsa malang tragedi MH17 akan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Curahan rasa Lekors @ ..Hari ke-16 di UKM, Bangi
Alfatihah buat arwah. Insyaallah keluarga arwah tabah menghadapinya. Masa tengok live hari tu hati memaang sebak walaupun tiada ahli keluarga atau kenalan nik yang terlibat. Sebolehnya, minta dijauhkan perkara sebegini. Tapi kena redha bila ajal datang menjemput.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Iri
Jaa pun sebak masa tengok istiadat pengebumian jenzah yang siri 1 tu. tak boleh tahan airmata dari jatuh bila tengok anak arwah pilot yang di dukung oleh rakan arwah ayahnya semasa solat jenazah tu. hiba sungguh.
Curahan rasa Jaakechik @ ..Kedai Cenderahati Cantik Dan Murah
Al-Fatihah buat arwah dan salam takziah buat keluarga mangsa MH17 ini. Semoga terus tabah hendaknya. 🙂
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Segmen Bloggers : 20 Facts About Me
Sejarah kejadian mh17 dan mh370 memang tidak dapat dipadam dalam ingatan rakyat malaysia. Tragedi ini betul-betul mengejutkan rakyat malaysia. Dan wawa pun ada baca jugak kisah jenazah hasni hardi ni masih sempurna. Mungkin arwah selalu mendekatkan diri kepadaNya sehingga tiba ajalnya.
Al-Fatihah kepada semua penumpang MH17 yang beragama islam.
Allahualam.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI11] : KENANGAN LUCU ZAMAN KANAK-KANAK
tragedi yang akan terus bersemadi di dalam sanubari seluruh rakyat malaysia…dan akan kekal dalam lipatan sejarah negara
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Musuh Kita Yang Paling Kejam
Semoga kerajaan Malaysia, dapat berjuang habis-habisan untuk keadilan mangsa-mangsa kejadian MH17. kesian pada mangsa dan juga keluarga mangsa.
Curahan rasa Jaakechik @ ..Kedai Cenderahati Cantik Dan Murah
Comments are closed.