Facebook boleh monitor segala aktiviti yang kita buat? Ini perkongsian daripada seorang wanita

Spread the love

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Berikut merupakan perkongsian daripada Puan Nur Aliah Mohd Nor berkaitan facebook boleh monitor dan track segala aktiviti yang kita buat walaupun waktu itu kita tak buka pun facebook. Haa, macam mana tu?

Ikuti perkongsiannya di bawah ini;

Masih ramai yang tak tahu Facebook boleh monitor dan track segala aktiviti yang kita buat walaupun waktu itu kita tak buka pon facebook.

Jangan risau! Ianya tidak bahaya pon. Tetapi semua aktiviti offline kita di rekodkan. Contoh kalau kita buka website Maybank ke, CIMB ke, semua facebook tahu. Termasuklah berapa kali kita login dan berapa lama kita guna website itu.

Ni di panggil sebagai “Off Facebook Activity”.

Nak biarkan ON boleh, atau nak OFF pon boleh. Terpulang pada anda ya. Jadi ini step bagi siapa yang nak OFF pada “Off Facebook Activity”

1.Klik Profile Settings

2.View Privacy Shortcuts

3.Pergi ke Your Facebook Information

4.Klik View or clear your off-Facebook activity

5. Klik clear history

6.Klik more options

7.Klik Manage Future Activity

8.Tick OFF dekat Future off-Facebook activity

9.Done!

Cara nak OFF dia pon bukan kemain susah sebab kena masuk ke dalam dan dalam baru jumpa button OFF ni.

By the way. Betul ke Facebook boleh akses data pengguna? Jawapannya adalah YA dan TIDAK.

YA iaitu Facebook memiliki maklumat penggunaan aplikasi kita.

TIDAK iaitu mereka tidak mencuri data kita. Sebaliknya, data ini telah dipersetujui di antara kedua-dua pihak Facebook dan aplikasi kedua untuk tujuan pengiklanan ataupun “personalized ads”.

Jelaskan?

Kalau korang nak biarkan On bergantung pada masing-masing. Kalau korang nak Off kan facebook activity tersebut, bolehlah ikuti step-stepnya di atas. Semoga bermanfaat buat semua. Jangan lupa follow facebook Puan Nur Aliah Mohd Nor. Banyak tips dan perkongsian yang menarik dikongsikan di facebook beliau.


Spread the love

2 Comments

  1. inilah pengintipan paling canggih..

    halus dan agak berbahaya jika disalahgunakan..

    namun kita relakan sahaja kerana Facebook seperti kawan yang sangat akrab

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!