Assalamualaikum dan salam 1Dunia, masih terbayang lagi betapa seronoknya berlibur di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands. Banyak juga aktiviti yang boleh kita buat bila pergi bercuti di Cameron Highlands. Banyak tempat menarik yang boleh kita singgah. Dengan tempatnya yang best dan layanan istimewa daripada pihak Strawberry Park Resort membuatkan timbul rasa rindu nak ke sana lagi. Memang cukup terbaik layanannya sepadan dengan hotelnya yang bertaraf 4 bintang.
Cameron Highlands terkenal dengan hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bunga yang bermutu tinggi dan ada juga yang jarang didapati di tempat lain. Team Denaihati memulakan aktiviti jalan-jalan di Cameron Highlands hari tu dengan melawat Ladang Teh BOH Sungei Palas yang seluas 8,000 ekar. Slogan “BOH ada Ummph!” sesuai dengan rasa teh yang sedap dan ladang teh yang sangat cantik. Lokasinya pun tak berapa jauh dengan Strawberry Park Resort.
Dalam kawasan Ladang Teh BOH Sungei Palas ada terdapat kilang memproses teh. Kita boleh datang melawat kilang tersebut secara PERCUMA. Di sana kita dapat tengok peringkat-peringkat dan proses yang perlu dilalui dalam menghasilkan teh BOH yang berkualiti. Kedai menjual produk teh BOH pun ada terdapat berdekatan dengan kilang tersebut.
Bila dah penat berjalan, di sana ada terdapat kawasan rehat, boleh lepak-lepak sambil minum teh. Sewaktu kami pegi hari tu terpaksa beratur panjang untuk beli air dan makanan. Ramai betul pengunjung datang ke BOH Tea Centre. Tapi berbaloi beratur panjang sebab air teh dan kek strawberry di situ memang sedap.
Honey Bee Farm tempat ternakan lebah
Selain melawat ladang teh BOH, kami melawat ke tempat ternakan lebah dipanggil Honey Bee Farm. Pada hari kami pergi ke sana tak banyak lebah kelihatan kerana semuanya seperti bersembunyi di dalam kotak yang disediakan khas untuk lebah-lebah tersebut. Di sana juga terdapat kedai yang menjual produk-produk berasaskan madu lebah asli.
Butterfly Garden di Cameron Highlands
Satu lagi tempat menarik ialah Taman Rama-Rama atau Butterfly Garden. Tapi memandangkan waktu itu kami kesuntukan masa, kami hanya sempat singgah di kedai cenderamata yang terdapat di luar Taman Rama-Rama. Ada rama-rama yang sudah diawet dan dibingkaikan. Penggemar rama-rama mesti ada yang beli untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi.
Melawat Raju’s Hill Strawberry Farm
Percutian di Cameron Highlands memang tak lengkap kalau tak datang melawat kebun Strawberry. Pada hari itu kami melawat Raju’s Hill Strawberry Farm. Di sana dapat tengok tanaman strawberry secara live depan mata. Ada beli beberapa kotak berisi strawberry segar dan beberapa botol jem strawberry untuk dibawa pulang sebagai buah tangan untuk kawan-kawan.
Rose Centre bagi pencinta bunga ros
Bagi pencinta bunga ros tempat sesuai untuk anda kunjungi di Cameron Highlands adalah Rose Centre. Ada bermacam-macam jenis bunga ros boleh kita lihat di sana. Rose centre ini dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Bayaran masuk pula adalah sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.
Shopping di Kea Farm Market
Kami juga sempat singgah di Kea Farm Market. Kea Farm Market ini menjadi tempat tumpuan ramai pengunjung yang datang ke Cameron Highlands untuk shopping barang-barang hasil tani yang dijual seperti sayur-sayuran, bunga, buah-buahan, strawberry dan macam-macam lagi.
Rehatkan badan di Mandrayu Spa
Seharian jalan-jalan ke tempat menarik di Cameron Highlands membuatkan badan berasa penat. Rasa penat tu boleh hilang bila berkunjung ke Mandrayu Spa untuk manjakan diri dengan pelbagai jenis urutan dan jakuzi. Mandrayu Spa ni letaknya dalam kawasan Strawberry Park Resort. Sangat sesuai untuk merehatkan badan yang lenguh-lenguh dan penat.
Sesiapa yang rasa nak bercuti di Strawberry Park Resort bolehlah layari laman web Strawberry Park Resort atau like Fan Pages Strawberry Park Resort untuk dapatkan maklumat lanjut dengan pantas dan berita-berita promosi yang terkini.
180 Comments
subhanallah cantiknya tempat ni..
Curahan rasa lindaannur @ ..Contest: Buat Header tuk blog Linda
kalau bisa bercuti kesana, adalah suatu kebahagiaan….
Curahan rasa Dadan @ ..Alasan Facebook Membeli Instagram
di cameron highland ternyata ada tempat seindah itu???
amazing….
Curahan rasa christian tatelu @ ..Cara Bikin Blog
kapan yah? bisa bercuti kesana
wow, bagus sekali pemandangan y .
setuju gan… pemandangannya bagus sekali terutama kebun tehnya…
Curahan rasa christian tatelu @ ..BLOG.COM Platform Blogging Yang Patut Dicoba
Penah sampai CH tahun lepas dengan family mertua, tapi kali ni terasa nak p berdua je dengan hubby lak.. 🙂
Curahan rasa Myra Jay @ ..Resepi Agar-Agar Laici Aiskrim
saye baru pergi skali..tapi mmng best kat situ..nyaman.
Curahan rasa akhiyy @ ..Fakta Spongebob
Cameron Highland….mmg best…hmpir setiap thn saya bersama family ke sana …..suasana nyaman ladang tehnya….ldg strawberrynya….bunga ros n mcm2 lg….pastikan anda berada di sana sekurang-kurangnya 2 mlm untuk merasai nikmat melancong ke sana….<3<3
senang ya.. bisa pergi kesana…
Curahan rasa christian tatelu @ ..Prattyoda Bhayangkara ( Oda ) Idol
Saya pernah ke sana sekali, Memang best dan happyning….Tapi pada sapa2 yang nak pergi Cameron ni pastikan jangan pergi hari cuti, Jalan jem sesak banyak kenderaan….
Curahan rasa Mrs Beauty @ ..How to Grow Hair Longer
makasih info pentingnya mba….
Curahan rasa christian tatelu @ ..Biodata SNSD ( Lengkap )
Salam, wife saya banyak kali ajak ke sini. Tapi belum sempat lagi nak pegi, insyaAllah lepas selamat bersalin nanti baru pergi. 🙂
Curahan rasa AdamHawa @ ..Comment on Ciri-ciri Lelaki Kacak by Lelaki Kacak Bernama Nick Vujicic | Lelaki Kacak + Adam dan Hawa
Assalam, sedap jak nampak strawberi tu…haahah
Lagipun suasana di sna nampak fresh sja… tenang jiwa kalau kat sana…
indah banget…melihatnya saja sudah bikin freesss nih
Curahan rasa pembalut alternatif @ ..Anti Radiasi HP
melihat dah fresh apalagi datang ke sana..pasti lebih fressss….
Curahan rasa Dadan @ ..Lima Entri Terbaik Denaihati di Google Search
iya mas… kira – kira berapa yah biaya PP ke sana??
Curahan rasa christian tatelu @ ..Cara Membuat Link Download di Blog
Saya coba menanam strawberry di halaman rumah, tapi masih belum berbuah…
Curahan rasa Dadan @ ..Lima Entri Terbaik Denaihati di Google Search
Mudah-mudahan akan ada hasil yang ditanam tu bang Dadan.. DApat gak merasa kan 🙂
Curahan rasa Myra Jay @ ..Resepi Agar-Agar Laici Aiskrim
Kalau tempat saya tanahnya tidak cocok…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Sanubari Jakarta | Omnibus Dengan Tema LGBT
wah… apalagi daerah pesisir pantai ya!!!
Curahan rasa christian tatelu @ ..Cara Menambahkan Widget/Gadget di Blog
hehehe…apa tempat Bang Iwan sejuk sperti di CH? tentu seronok dapat tanam strawberry kan?
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
indah sekali sendainya saya bisa mengunjunginya …bikin suasana fresss
Curahan rasa herbalife @ ..Mengencangkan Payudara
betul bro, alam yang masih bersih belum terkena polusi…
Curahan rasa Dadan @ ..Lima Entri Terbaik Denaihati di Google Search
dan bisa menyehatkan badan dan pikiran…
Curahan rasa Dadan @ ..Lima Entri Terbaik Denaihati di Google Search
Tentunya sangat baik sebagai tempat untuk refreshing melepas kepenatan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Sanubari Jakarta | Omnibus Dengan Tema LGBT
betul tu Bang Iwan…tentu dapat menenangkan fikiran di sana…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
di indonesia samapi sekarang masih banyak tempat yang seperti itu.. harapan, supaya tetap begitu …
Curahan rasa christian tatelu @ ..BLOG.COM Platform Blogging Yang Patut Dicoba
klo ada peluang, tentu boleh HERBALIFE kesana juga…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
Belum pernah lagi pergi ke sana, lihat pada gambaran yg diberi ternyata berbaloi jika ke sana. Tengah berkira-kira ni……!!
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Top 5 Entri Terbaik Daripada Denaihati Di Google Search Malaysia.
muahaha…tengok gambo ajelah DH,mkn2 strawbery y ada kt kedai aje,nak pi sana lambat lagi kot….
Curahan rasa W.HabibuRahman @ ..Cara-Cara Memasak Maggie
Jangankan saya bro sensasi2020 pun belum pernah…
Curahan rasa Dadan @ ..Lima Entri Terbaik Denaihati di Google Search
saya pun sama jugak…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
Membeli-belah di Kea Farm Market tu memang seronok,macam-macam ada jual
Curahan rasa wazy @ ..Kazar-Memburu Impian
bertuahnye WAZY coz pernah ke sana…
Curahan rasa Nana @ ..Masih adakah cinta sejati?
Comments are closed.