Assalamualaikum dan salam 1Dunia, masih terbayang lagi betapa seronoknya berlibur di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands. Banyak juga aktiviti yang boleh kita buat bila pergi bercuti di Cameron Highlands. Banyak tempat menarik yang boleh kita singgah. Dengan tempatnya yang best dan layanan istimewa daripada pihak Strawberry Park Resort membuatkan timbul rasa rindu nak ke sana lagi. Memang cukup terbaik layanannya sepadan dengan hotelnya yang bertaraf 4 bintang.
Cameron Highlands terkenal dengan hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bunga yang bermutu tinggi dan ada juga yang jarang didapati di tempat lain. Team Denaihati memulakan aktiviti jalan-jalan di Cameron Highlands hari tu dengan melawat Ladang Teh BOH Sungei Palas yang seluas 8,000 ekar. Slogan “BOH ada Ummph!” sesuai dengan rasa teh yang sedap dan ladang teh yang sangat cantik. Lokasinya pun tak berapa jauh dengan Strawberry Park Resort.
Dalam kawasan Ladang Teh BOH Sungei Palas ada terdapat kilang memproses teh. Kita boleh datang melawat kilang tersebut secara PERCUMA. Di sana kita dapat tengok peringkat-peringkat dan proses yang perlu dilalui dalam menghasilkan teh BOH yang berkualiti. Kedai menjual produk teh BOH pun ada terdapat berdekatan dengan kilang tersebut.
Bila dah penat berjalan, di sana ada terdapat kawasan rehat, boleh lepak-lepak sambil minum teh. Sewaktu kami pegi hari tu terpaksa beratur panjang untuk beli air dan makanan. Ramai betul pengunjung datang ke BOH Tea Centre. Tapi berbaloi beratur panjang sebab air teh dan kek strawberry di situ memang sedap.
Honey Bee Farm tempat ternakan lebah
Selain melawat ladang teh BOH, kami melawat ke tempat ternakan lebah dipanggil Honey Bee Farm. Pada hari kami pergi ke sana tak banyak lebah kelihatan kerana semuanya seperti bersembunyi di dalam kotak yang disediakan khas untuk lebah-lebah tersebut. Di sana juga terdapat kedai yang menjual produk-produk berasaskan madu lebah asli.
Butterfly Garden di Cameron Highlands
Satu lagi tempat menarik ialah Taman Rama-Rama atau Butterfly Garden. Tapi memandangkan waktu itu kami kesuntukan masa, kami hanya sempat singgah di kedai cenderamata yang terdapat di luar Taman Rama-Rama. Ada rama-rama yang sudah diawet dan dibingkaikan. Penggemar rama-rama mesti ada yang beli untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi.
Melawat Raju’s Hill Strawberry Farm
Percutian di Cameron Highlands memang tak lengkap kalau tak datang melawat kebun Strawberry. Pada hari itu kami melawat Raju’s Hill Strawberry Farm. Di sana dapat tengok tanaman strawberry secara live depan mata. Ada beli beberapa kotak berisi strawberry segar dan beberapa botol jem strawberry untuk dibawa pulang sebagai buah tangan untuk kawan-kawan.
Rose Centre bagi pencinta bunga ros
Bagi pencinta bunga ros tempat sesuai untuk anda kunjungi di Cameron Highlands adalah Rose Centre. Ada bermacam-macam jenis bunga ros boleh kita lihat di sana. Rose centre ini dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Bayaran masuk pula adalah sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.
Shopping di Kea Farm Market
Kami juga sempat singgah di Kea Farm Market. Kea Farm Market ini menjadi tempat tumpuan ramai pengunjung yang datang ke Cameron Highlands untuk shopping barang-barang hasil tani yang dijual seperti sayur-sayuran, bunga, buah-buahan, strawberry dan macam-macam lagi.
Rehatkan badan di Mandrayu Spa
Seharian jalan-jalan ke tempat menarik di Cameron Highlands membuatkan badan berasa penat. Rasa penat tu boleh hilang bila berkunjung ke Mandrayu Spa untuk manjakan diri dengan pelbagai jenis urutan dan jakuzi. Mandrayu Spa ni letaknya dalam kawasan Strawberry Park Resort. Sangat sesuai untuk merehatkan badan yang lenguh-lenguh dan penat.
Sesiapa yang rasa nak bercuti di Strawberry Park Resort bolehlah layari laman web Strawberry Park Resort atau like Fan Pages Strawberry Park Resort untuk dapatkan maklumat lanjut dengan pantas dan berita-berita promosi yang terkini.
180 Comments
dah lama tk ke CH .. dh lbh 10 dh
Curahan rasa Razif Mokji @ ..I’m Watch
Tempat menarik lagi mendamaikan,
Cukup teruja bila ke sana,
Siapa tak pernah pergi silakan,
Pengunjung ramai lagi menghiburkannya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Gambar DenaiHati Terbaru Tanda Sokongan Pada Rakan Yang Paling Cool DenaiHati “Hidupkan Untuk Memberi”.
Tempat sejuk + fresh memang mendamaikan compare dengan KL
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Tips Kurangkan Pembayaran Cukai LHDN (Individu)
kami stay di hotel sebelah kea farm itu hari… best ye DH jalan2 cameron highlands kali ni. tp tak tahan tu jalannya, pusing2…pening. ank sy sampai termuntah :p
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Kisah lucu roti pong
uiihh..dah lame tak g tmpt ney..
Curahan rasa akhiyy @ ..Makanan Yang Menguruskan Badan
Wah… Fotmat komentarnya berubah lagi yah? atau browser saya yang tidak terbuka secara sempurna
Jadinya nggak bisa saling berjawab koment nih…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..HI5TERIA | Lima Mimpi Buruk
sama bang, kemarin saya juga begitu, tapi sekarang sudah biasa lagi…
Curahan rasa Dadan @ ..Lima Entri Terbaik Denaihati di Google Search
Okey Kang… sekarang juga sudah bisa…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Denaihati Hidupkan Untuk Memberi
Cuman di entri kontes terbaru memang sengaja di halimunkan…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Denaihati Hidupkan Untuk Memberi
betul bang, tadinya saya juga kaget koq koment saya ga ada…
Curahan rasa Dadan @ ..Lima Entri Terbaik Denaihati di Google Search
Mungkin hanya karena koment dipostingan terbaru yang tidak dimunculkan.
Curahan rasa Bang iwan @ ..Denaihati Hidupkan Untuk Memberi
Sangat cocok untuk melepas kepenatan..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..HI5TERIA | Lima Mimpi Buruk
betul bang, untuk rileks setelah disibukkan dengan setumpuk pekerjaan…
Curahan rasa Dadan @ ..Lima Entri Terbaik Denaihati di Google Search
Bisa juga berakhir pekan disana Kang..
Apalagi kalau bersama keluarga tentunya.
Curahan rasa Bang iwan @ ..Denaihati Hidupkan Untuk Memberi
betul bang, alhamdulillah saya tinggal di daerah pegunungan jadi masih bisa merasakan udara segar…
Curahan rasa Dadan @ ..Lima Entri Terbaik Denaihati di Google Search
apalagi kalau di pagi hari….ehmmm..serasa segar badan ini…
Curahan rasa Dadan @ ..Lima Entri Terbaik Denaihati di Google Search
keren, lengkap banget gan disana
Curahan rasa Ayu Ting Ting mp3 @ ..Lirik Lagu Lady Gaga
harap dpt jejak kaki lg kesini…hurmm… 🙂
Curahan rasa dzuandiey @ ..Proton Preve atasi kereta lain
Mendamaikan tempat nih 🙂
Curahan rasa azmanisma @ ..Renungan Jumaat : Hujan Rahmat
betul bro, tempat dan suasana seperti itu akan dapat mendamaikan hati….
Curahan rasa Dadan @ ..Lima Entri Terbaik Denaihati di Google Search
Luara biasa sangatlah indah pemandangannya
Curahan rasa Asyiqin @ ..Berbagai Jenis Pengobatan Kanker Payudara
Pemandangan indah dengan cuaca pegunungan yang sejuk
Curahan rasa Bang Iwan @ ..HI5TERIA | Lima Mimpi Buruk
Tempat2 seperti inilah yang perlu dijaga dan dilestarikan, biar jadi paru-paru dunia…
Curahan rasa Dadan @ ..Lima Entri Terbaik Denaihati di Google Search
Mirip suasana di puncak yah Kang…?
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Denaihati Hidupkan Untuk Memberi
Saya pernah mampir kesana sekali.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Denaihati Hidupkan Untuk Memberi
bener bang di puncak banyak perkebunan teh dan sejuk udaranya…
Curahan rasa Dadan @ ..Lima Entri Terbaik Denaihati di Google Search
Di Sulsel ada juga tempat yang suasananya sama Kang… yaitu Bukit Indah Malino
Pernah dengar nama Bukit Indah Malino, ternyata ada di Sulsel ya…
Curahan rasa Dadan @ ..Lima Entri Terbaik Denaihati di Google Search
belum pernah pulak saya pegi dkt CH..huhu…
Curahan rasa W.HabibuRahman @ ..Cara-Cara Memasak Maggie
wah masa bro, apalagi saya yang tinggal di Indonesia…
Curahan rasa Dadan @ ..Lima Entri Terbaik Denaihati di Google Search
Lebih jauh lagi yang ada di Sulawesi kang..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Denaihati Hidupkan Untuk Memberi
kita sama-sama jauh bang kalau pergi ke sana…
Curahan rasa Dadan @ ..Lima Entri Terbaik Denaihati di Google Search
Saya pun belum pernah pergi. Teringin nak makan Strawberry fresh
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Tips Kurangkan Pembayaran Cukai LHDN (Individu)
huhu.. tak sabar nak pergi cameron sekali lagi.. nak makan jagung manis.. tak ada kat tanah rendah… 🙁
Curahan rasa CMRatu @ ..Denda RM25 tidak masuk akal
CMRatu dah pernah ke sana juga..?
Curahan rasa Dadan @ ..Lima Entri Terbaik Denaihati di Google Search
#Untunglah dapat pergi sana
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Tips Kurangkan Pembayaran Cukai LHDN (Individu)
dia punya bahasa kat signboard kilang tu …zaman bila punya da …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Hatisamrokin
Bestnya teringin nk pegi.. Cuma masa je takda yg free lg
kalau kita pintar atur waktu dan jadwal, mungki bisa bro…
Curahan rasa Dadan @ ..Lima Entri Terbaik Denaihati di Google Search
Terbalik pula dengan aku, ada masa free tapi tiada siapa nak bawa
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Tips Kurangkan Pembayaran Cukai LHDN (Individu)
wow.menariknya………..teringin nak pergi
Curahan rasa boni @ ..My Pinky Moments
saya pun sama bro, ingin pergi ke sana, cuman ongkosnya mahal…
Curahan rasa Dadan @ ..Lima Entri Terbaik Denaihati di Google Search
Murah je, ongkos nya
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Tips Kurangkan Pembayaran Cukai LHDN (Individu)
Murah kalau dari KL bro… tapi kalau dari Indonesia pastilah mahal.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Denaihati Hidupkan Untuk Memberi
Bener bang, harus naik pesawat kan…
Curahan rasa Dadan @ ..Lima Entri Terbaik Denaihati di Google Search
Comments are closed.