Assalamualaikum dan salam 1Dunia, masih terbayang lagi betapa seronoknya berlibur di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands. Banyak juga aktiviti yang boleh kita buat bila pergi bercuti di Cameron Highlands. Banyak tempat menarik yang boleh kita singgah. Dengan tempatnya yang best dan layanan istimewa daripada pihak Strawberry Park Resort membuatkan timbul rasa rindu nak ke sana lagi. Memang cukup terbaik layanannya sepadan dengan hotelnya yang bertaraf 4 bintang.
Cameron Highlands terkenal dengan hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bunga yang bermutu tinggi dan ada juga yang jarang didapati di tempat lain. Team Denaihati memulakan aktiviti jalan-jalan di Cameron Highlands hari tu dengan melawat Ladang Teh BOH Sungei Palas yang seluas 8,000 ekar. Slogan “BOH ada Ummph!” sesuai dengan rasa teh yang sedap dan ladang teh yang sangat cantik. Lokasinya pun tak berapa jauh dengan Strawberry Park Resort.
Dalam kawasan Ladang Teh BOH Sungei Palas ada terdapat kilang memproses teh. Kita boleh datang melawat kilang tersebut secara PERCUMA. Di sana kita dapat tengok peringkat-peringkat dan proses yang perlu dilalui dalam menghasilkan teh BOH yang berkualiti. Kedai menjual produk teh BOH pun ada terdapat berdekatan dengan kilang tersebut.
Bila dah penat berjalan, di sana ada terdapat kawasan rehat, boleh lepak-lepak sambil minum teh. Sewaktu kami pegi hari tu terpaksa beratur panjang untuk beli air dan makanan. Ramai betul pengunjung datang ke BOH Tea Centre. Tapi berbaloi beratur panjang sebab air teh dan kek strawberry di situ memang sedap.
Honey Bee Farm tempat ternakan lebah
Selain melawat ladang teh BOH, kami melawat ke tempat ternakan lebah dipanggil Honey Bee Farm. Pada hari kami pergi ke sana tak banyak lebah kelihatan kerana semuanya seperti bersembunyi di dalam kotak yang disediakan khas untuk lebah-lebah tersebut. Di sana juga terdapat kedai yang menjual produk-produk berasaskan madu lebah asli.
Butterfly Garden di Cameron Highlands
Satu lagi tempat menarik ialah Taman Rama-Rama atau Butterfly Garden. Tapi memandangkan waktu itu kami kesuntukan masa, kami hanya sempat singgah di kedai cenderamata yang terdapat di luar Taman Rama-Rama. Ada rama-rama yang sudah diawet dan dibingkaikan. Penggemar rama-rama mesti ada yang beli untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi.
Melawat Raju’s Hill Strawberry Farm
Percutian di Cameron Highlands memang tak lengkap kalau tak datang melawat kebun Strawberry. Pada hari itu kami melawat Raju’s Hill Strawberry Farm. Di sana dapat tengok tanaman strawberry secara live depan mata. Ada beli beberapa kotak berisi strawberry segar dan beberapa botol jem strawberry untuk dibawa pulang sebagai buah tangan untuk kawan-kawan.
Rose Centre bagi pencinta bunga ros
Bagi pencinta bunga ros tempat sesuai untuk anda kunjungi di Cameron Highlands adalah Rose Centre. Ada bermacam-macam jenis bunga ros boleh kita lihat di sana. Rose centre ini dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Bayaran masuk pula adalah sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.
Shopping di Kea Farm Market
Kami juga sempat singgah di Kea Farm Market. Kea Farm Market ini menjadi tempat tumpuan ramai pengunjung yang datang ke Cameron Highlands untuk shopping barang-barang hasil tani yang dijual seperti sayur-sayuran, bunga, buah-buahan, strawberry dan macam-macam lagi.
Rehatkan badan di Mandrayu Spa
Seharian jalan-jalan ke tempat menarik di Cameron Highlands membuatkan badan berasa penat. Rasa penat tu boleh hilang bila berkunjung ke Mandrayu Spa untuk manjakan diri dengan pelbagai jenis urutan dan jakuzi. Mandrayu Spa ni letaknya dalam kawasan Strawberry Park Resort. Sangat sesuai untuk merehatkan badan yang lenguh-lenguh dan penat.
Sesiapa yang rasa nak bercuti di Strawberry Park Resort bolehlah layari laman web Strawberry Park Resort atau like Fan Pages Strawberry Park Resort untuk dapatkan maklumat lanjut dengan pantas dan berita-berita promosi yang terkini.
180 Comments
Nak tau apa pemilik Denaihati.com buat apa ketika dia buat umrah baru ni? Panas cerita ni… sila baca di http://noehas.com/pengalaman-ibadat-umrah-bersama-denaihati/
Jangan marah yer tuan haji sebab saya cerita apa yang berlaku di Mekah dan Madinah baru ni.
Curahan rasa noehas @ ..Pengalaman Ibadat Umrah Bersama Denaihati
saya dah baca barusan, semoga do’anya dikabulkan oleh Allah SWT…
Curahan rasa Dadan @ ..REOG PENGAMEN
Saya pernah menginap Strawberry park bersama isteri. Komen saya memang best menginap disini.
Curahan rasa akubiomed @ ..Lelaki kacak akan mengalah dahulu sebelum berjaya
Kea garden memang tempat yang seringkali aku kunjungi apabila ke Cameron sebab suasana dlm keadaan terbuka dan santai.
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..Wordless Wednesday | Apa Dah Jadi
x sabar tunggu cuti sekolah nak ajak anak2 pegi sini pulak 🙂
Curahan rasa auc dot com @ ..Kelantan vs Felda United | Liga Super Malaysia 2012 | Keputusan Terkini
kat Cameron ada spa….wah
Curahan rasa azura @ ..Rasional ada baby hatch orphan care
Gambar yang banyak pedagang di pinggir jalan persis seperti jalan mau ke Ciater…
Curahan rasa Dadan @ ..REOG PENGAMEN
dimana-mana kalau ada tempat wisata pasti banyak penjual yang berjejer yah Kang..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Denaihati Hidupkan Untuk Memberi
tahun lepas sampai ke cameron, yang tak best sekali bab cameron ni jalan nak ke sana, bukan main pusing2 hoho, siapa tak tahan memang muntah la atas kereta tu 😛
Curahan rasa Harian Post @ ..Model Terbaru Proton P3-21A Dikenali Sebagai Proton Preve?
bestnye…tak pernah sampai lagi Cameron ngan Genting
Curahan rasa Shahrul @ ..AC Milan vs Barcelona – 1st dan 2nd Leg Video UCL 2012
kalau ler dapat beli bunga fresh dari sana seminggu 2 kali
alangkah bestnyer… Roses..
Curahan rasa nurmisnan @ ..Mana satu nak pilih nih..
Best2 dapat hiTea atau coffee dala suasana yang begini..
Aku lebih suka tempat begini dari tempat crowded dan bingit..
Curahan rasa nurmisnan @ ..Mana satu nak pilih nih..
Bestnya Cameron Highland …tempat yg sya pling suka untuk dilawati..kalau boleh setiap tahun nk ke sana…tenang, segar dan nyaman sekali…
Sudah lama tidak berkunjung kesini,ada rezeki (ada hotel free boleh le kesini)
Curahan rasa onlajer @ ..Alangkah Indahnya
wah….bestnya kalau dapat pergi sekarang….hehe
Curahan rasa ainun @ ..Pening dan Berpusing
kena pergi lama sikit, baru sempat nak singgah semua tempat ni
Curahan rasa rosezha @ ..Wordless Wednesday 22: Lelaki Kacak dan Fire Drill
Emang Mbak Ros dari mana nih?
Curahan rasa Bang Iwan @ ..HI5TERIA | Lima Mimpi Buruk
saya dari Kuala Lumpur bang iwan, tp pergi lama sikit ke Cameron baru sempat nak pergi singgah di semua tempat kan
Curahan rasa rosezha @ ..Wordless Wednesday 22: Lelaki Kacak dan Fire Drill
memangnya dari KL ke Cameron jauh ya mbak ros..
Curahan rasa Dadan @ ..REOG PENGAMEN
Lama dah tak pergi ke Cameron Highland ni.Tak pastilah bila lagi nak pi sana ya.Kena plan ni.Hehehe
Curahan rasa Ahmad Tarmizi @ ..Cara Menurunkan Berat Badan Manusia Dengan Cara Paling Malas
Comments are closed.