Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Malaysia 1435H/2014M

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “soal jawab solat jamak yang ramai keliru“. Kali ini Abang nak berkongi jadual waktu berbuka puasa dan Imsak Malaysia.

Klik untuk waktu berbuka puasa dan Imsak Malaysia 2017

Waktu berbuka puasa waktu yang ditunggu oleh semua terutama anak-anak yang baru belajar berpuasa. Waktu berbuka puasa adalah antara waktu paling baik untuk doa kerana itu digalakan kita bersedia dihadapan juadah berbuka lebih awal sambil berdoa menunggu waktu berbuka puasa. Berdoa yang terbaik adalah lebih banyak mendoakan untuk ibubapa, keluarga, jiran, guru-guru, pemimpin, untuk seluruh umat manusia dan sedikit doa untuk diri sendiri. Setiap kali kita berdoa untuk orang lain dengan ikhlas maka malaikat akan mendoakan kembali doa tersebut kepada diri kita.

DOA MUNAJAT RAMADHAN DARI SEORANG IMAM TERAWIH

Niat Berpuasa Bulan Ramadhan
Niat Berpuasa Bulan Ramadhan

Kepada rakan Blogger yang sentiasa sibuk di hadapan komputer lebih mudah untuk mengetahui Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Seluruh Malaysia 1435H/2014M dengan memasang plugin waktu solat di sidebar blog anda. Plugin waktu solat ini adalah projek CSR tead Denaihati untuk masyarakat yang telah dibina beberapa tahun lepas.

Senarai Lokasi Buffet Ramadhan Murah 2014

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Seluruh Malaysia 1435H/2014M

Mari kita berazam dan berdoa semuga puasa Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelum dengan meningkatkan amalan di siang dan malam hari. Berdoa dengan sungguh-sungguh supaya kita dipilih ALLAH SWT untuk bertemu dengan malam Lailatul Qadar, malam yang terlalu istimewa berbanding dengan 1000 malam yang lain.

Lafaz niat Berbuka Puasa
Lafaz niat Berbuka Puasa

Selain beramal bersendirian dan berkumpulan jangan lupa banyakkan memberi kepada yang memerlukan kerana dengan memberi kita sebenarnya membina kehidupan berbanding dengan kita hanya hidup dengan apa yang kita dapat. Terlalu banyak ganjaran kepada yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa walaupun hanya separuh dari kurma jadi jangan lepaskan peluang yang hebat ini.

Semuga entri Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Seluruh Malaysia 1435H/2014M memberi manfaat kepada semua pembaca.


Spread the love

223 Comments

    1. biasa la bro.. sekurang kurangnya mereka tercari cari jugak… moga terbawak perangai ni untuk diluar ramadhan nantii…

      1. sempat juga masa kecik mendengar beduk di ketuk ketika berbuka. memang feel. suasana puasa tu…tapi sekarang sudah tidak ada lagi di kampung.

  1. terima kasih atas info nya. saya daripada Negeri Sembilan
    sudah dibookmark sekali sebagai tujuan rujukan di masa hadapan

  2. Terima kasih atas perkongsian, he2.. semalam anak sedara teman datang kedai teman dan teman bertanya adakah dia puasa sebab dia masih kanak2 lagi.. terkejut jugak bila dia kata tak pernah tinggal puasa lagi.. Alhamdulillah.. betul lah cara didikan ayah n ibu dia..
    Curahan rasa Tengkubutang @ ..PRAY FOR PALESTINE | SAVE GAZAMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!