Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Kami sekeluarga memohon ampun dan maaf kepada semua di atas segala kesalahan dan kesilapan yang kelihatan dan yang tersirat sempena melangkah bulan mulia Ramadhan. Doakan semuga ALLAH SWT menjadikan Ramadhan 1434 terbaik berbanding Ramadhan yang lepas dan seluruh amalan kita diterima. Semuga kita bertemu malam Lailatul Qadar hendaknya.
Kepada pencari waktu berbuka puasa dan imsak Malaysia dan Indonesia sila klik “JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA NEGERI-NEGERI SELURUH MALAYSIA“.
Untuk memastikan pengisian Ramadhan 1433 lebih bermakna insyallah kita sama-sama azam untuk menyempurnakan amalan-amalan yang kita tetapkan contohnya :
1. Solat Fardu berjemaah di Masjid/Surau atau di rumah untuk setiap waktu.
2. Solat sunat terawih berjemaah sebulan
3. Solat 2 rakaat sunat taubat setiap hari
4. Solat 4 rakaat solat sunat tahjjud setiap malam
5. Solat sunat tasbih setiap hari atau sekurang-kurangnya sekali seminggu
6. Berselawat sebanyak 100 ribu kali sebulan
7. Beristighfar sebanyak 100 ribu kali sebulan
8. Bersedekah sebanyak RMXXXX
9. Dan banyak lagi.
Kita mesti merancang semua program sepanjang Ramadhan di atas ini hanya contoh kalau tidak Ramadhan akan berlalu begitu sahaja tanpa ada beza dengan bulan-bulan yang lain .. kan rugi tu. Kalau nak cerita kelebihan bulan Ramadhan rasanya ramai dah tahu dan ramai dah tulis tetapi yang penting sebanyak mana yang kita boleh kumpulkankan jongkong pahala untuk diri kita.
“Fail to plan, Plan to Fail” dah biasa kita dengan jadi jangan jika menjadi sebahagian mereka yang gagal dunia dan akhirat kerana belum pasti tahun depan kita dapat menikmati Ramadhan lagi.
190 Comments
Berpuasa bukan sekadar menahan diri,
Daripada lapar dan dahaga,
Ia lebih drp itu untuk diperhati,
Gunakan sebaik mungkin peluang yg ada.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keistimewaan Ramadan Dan Kelebihan Berpuasa
selamat berbuka untuk hari kedua berpuasa 🙂
Curahan rasa Blog Asyraf @ ..8 Jam Full Movie Youtube Memang Rugi Jika Anda Tidak Tonton
Baju oren tu anak kah?
Curahan rasa Blog Asyraf @ ..8 Jam Full Movie Youtube Memang Rugi Jika Anda Tidak Tonton
Selamat berbuka puasa utk hari ke2, lbh krg 2 jam lg kita akan berbuka puasa, satu perjalanan puasa yg sehari suntuk kelaparan dan kehausan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keistimewaan Ramadan Dan Kelebihan Berpuasa
salam ramadhan… bilakah dapat berbuka puasa dengan denaihati? hehehe.. ada 3 kali weekend sahaja bulan puasa ni..
Curahan rasa KiD @ ..Berehat dihujung Minggu
Kalau ada peluang, nak berbuka sekali gak 😀
Curahan rasa Blog Asyraf @ ..8 Jam Full Movie Youtube Memang Rugi Jika Anda Tidak Tonton
Pasti DH akan adakan majlis berbuka puasa bersama beliau, kalau tidak thn ni ,maybe thn depan, kita tunggu reaksi beliau nanti. Saya yg jauh ni cuma bagi cadangan saja, yg nak buat empunya diri.??
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keistimewaan Ramadan Dan Kelebihan Berpuasa
salam ramadhan.. byk betul ganjaran di bulan ramadhan ini utk kita semua.. 🙂
Curahan rasa CMRatu @ ..Diari Ramadhan 1433H | Hari #1
Jom rebutkan peluang..
Curahan rasa Blog Asyraf @ ..8 Jam Full Movie Youtube Memang Rugi Jika Anda Tidak Tonton
Salam Ramadhan. Semoga mendapat keberkatan dari-Nya
Curahan rasa keretahitam @ ..Lawak Antarabangsa Lambok
Salam Ramadhan, semoga mendapat keberkatan dari Nya
selamat berpuasa bro
moga puasa tahun ni lebih bermakna dari tahun sudahnya 🙂
Curahan rasa auc dot com @ ..Tip Harian Ramadhan
selamat berpuasa semuanyahhh
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) 7 Ramadan di Slot Samarinda
Lewat ibadah puasa, diharapkan terbentuk pribadi-pribadi bertakwa. Individu yang mampu menghadirkan Allah SWT dalam setiap aktivitas dan perilakunya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Radio Galau FM | Frekuensi Patah Hati dan Cinta Yang Kandas
Ibadah puasa termasuk ibadah yang paling utama dan ketaatan yang paling besar.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Radio Galau FM | Frekuensi Patah Hati dan Cinta Yang Kandas
Pahalanya tidak terikat atau dibatasi dengan pelipatgandaan tertentu.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Radio Galau FM | Frekuensi Patah Hati dan Cinta Yang Kandas
Pahalanya tanpa hitungan. Keutamaan yang lain adalah datangnya pengampunan dosa-dosa dan penghapusan kesalahan-kesalahan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Radio Galau FM | Frekuensi Patah Hati dan Cinta Yang Kandas
Pada hakikatnya, melakukan puasa Ramadhan adalah semata-mata karena beriman kepada Allah SWT dan berharap pahala dari-Nya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Radio Galau FM | Frekuensi Patah Hati dan Cinta Yang Kandas
Puasa Ramadan dapat mengangkat derajat pelakunya menjadi unsur rahmat, kedamaian, ketenangan, kesucian jiwa, akhlak mulia dan perilaku yang indah di tengah-tengah masyarakat.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Radio Galau FM | Frekuensi Patah Hati dan Cinta Yang Kandas
Nilai-nilai dan hikmah-hikmah yang terkandung dalam ibadah puasa pun tak sedikit, seperti nilai sosial, perdamaian, kemanusiaan, semangat gotong royong, solidaritas, kebersamaan, dan persahabatan. Sedangkan manfaat lahiriah berpuasa adalah pemulihan kesehatan, peningkatan kasih sayang, pengelolaan hawa nafsu, dan penyempurnaan nilai-nilai kepribadian yang lain.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Radio Galau FM | Frekuensi Patah Hati dan Cinta Yang Kandas
puasa merupakan satu cara untuk mendidik individu dan masyarakat dalam mengontrol keinginan dan kesenangan dalam dirinya walaupun diperbolehkan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Radio Galau FM | Frekuensi Patah Hati dan Cinta Yang Kandas
Dengan berpuasa, seseorang dengan sadar akan meninggalkan makan dan minum sehingga lebih dapat menahan segala nafsu dan lebih bersabar untuk menahan emosi, walaupun mungkin terasa berat melakukannya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Radio Galau FM | Frekuensi Patah Hati dan Cinta Yang Kandas
puasa Ramadhan merupakan bulan renungan dan introspeksi diri. Umat melatih nalurinya yang cenderung tak terkontrol.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Radio Galau FM | Frekuensi Patah Hati dan Cinta Yang Kandas
amiin ,,semoga shaum 1433 H lebih baik lagi dari yang kemarin..
Curahan rasa cara diet aman @ ..Mengatasi Bayi Overweight
sama -sama DH saya juga mohon maaf bila ada kesalahan dalam berkomentar,,semoga shaum sekarang lebih baik dari yang kemarin
Curahan rasa agen herbalife @ ..Agen Herbalife Karawang
Jadual waktu berbuka sudah ada, berbuka puasa dgn apa?. Byk ke berbuka puasa? Berapa gelas air diminum tu?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keistimewaan Ramadan Dan Kelebihan Berpuasa
Macam mana dgn solat terawih malam tadi, habis ke tidak menunaikannya, Alhamdulillah….semoga rakaatnya cukup hingga ke penghujung solatnya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keistimewaan Ramadan Dan Kelebihan Berpuasa
Setiap hari berpuasa, maka keteguhan iman kita lebih lagi, godaan nafsu sentiasa menjelma, harus menahan nafsu drpd segalanya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keistimewaan Ramadan Dan Kelebihan Berpuasa
Comments are closed.