Assalamualaikum dan salam 1Dunia, seorang berkongsi kisah teman sekerjanya yang dahulunya seorang penyelok saku tegar. Beliau mengaku yang beliau bukan nakal tapi memang jahat. Setiap kali ada peluang beliau dan seorang lagi teman akan menyerang tengkok mangsa sehingga pengsan sebelum mencuri apa sahaja barang berharga yang ada pada mangsa. Pernah sekali setelah mangsa dipengsankan beliau hanya berjaya merompak RM20 sahaja. Setelah merompak mangsa akan ditinggalkan begitu sahaja tanpa memikirkan samada mangsa memang pengsan atau telah mati akibat serangan ganas beliau.
Dengan izin Allah SWT beliau telah diterima bekerja disebuah tempat dan aktiviti menyelok saku ditinggalkan. Ketika bekerja beliau telah dilanggar oleh sebuah kenderaan yang mengikut logik akal sepatutnya sudah meninggal tetapi syukur hanya terlantar di hospital lebih sebulan. Selepas kemalangan beliau menjadi dekat kepada Allah SWT kerana terasa sangat Allah SWt masih pinjamkan nyawa. Beliau rajin beramal terutama solat fardu yang dahulunya ditinggalkan tanpa rasa bersalah. Tetapi semuanya tidak lama apabila kecederaan semakin pulih solat fardu mula ditinggalkan seperti sebelum kemalangan.
Satu kejadian yang lain seorang isteri menjadi taat kepada Allah SWT dengan solat fardu, solat sunat, solat malam dan rajin membaca Al Quran setelah mengetahui suaminya sudah mempunyai orang kedua. Pergantungan si isteri yang sebelum ini segala-galanya pada suami telah berubah kepada mengharap kepada Allah SWT. Cara berpakain juga telah mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Setelah bertahun-tahun kejadian si isteri masih dapat mengekalkan hijrah dekat kepada Allah SWT dan syukur kehidupannya semakin tenang.
Satu kejadian yang lain dengan izin Allah SWT seorang teman dapat mengubah kehidupan yang dahulunya cukup-cukup makan sehingga menjadi Jutawan. Mungkin kerana terlupa dengan kekayaan yang dikurnia oleh Allah SWT maka akhirnya telah diuji dengan ujian yang berat sehingga hilang segala kekayaan yang ada. Setelah diuji dengan kesusahan barulah tersedar dariapada lamunan kesenangan. Beliau menjadi dekat dengan Allah SWT terutama disaat sedang diuji tetapi apabila kesusahan semakin menghilang taat kepada Allah SWT pun semakin kurang dan semakin jauh.
Begitulah kehidupan manusia berapa ramai yang berubah menjadi taat kepada Allah SWT apabila diuji tetapi kemudian terlupa apabila masalah semakin menghilang. Manusia telah diingatkan dengan berbagai hukuman melalui peristiwa Israk Mikraj tetapi berapa ramai yang benar-benar takut. Majoriti umat Islam tidak berani mengatakan Israk Mikraj itu cerita dogeng tetapi tindakan tidak takut dengan hukuman Allah SWT seakan-akan begitulah tafsirannya. Syukurlah kepada yang dapat berhijrah dengan istiqamah setelah diuji Allah SWT. Memang benarlah Firman Allah SWT Ayat 286 Al-Baqarah yang maksudnya lebih kurang ”Allah tidak memberati (diberi ujian kepada) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya”.
Setiap tahun umat Islam menyambut Israk Mikraj tetapi berapa ramai yang benar-benar takut dengan peringatan yang telah diperlihatkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW?
Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”(Surah Al-Israa’: Ayat 1)
357 Comments
semoga kito semuo dilindungi oleh Allah dan ditunjukkan jalan yang benar…amin…
Curahan rasa papa mifz @ ..Sudah Boleh Digosokkan Gigi Ke Belum ??
ameen.. semoga kita dibawah lindunganNya
Curahan rasa KiD @ ..Masterchef Selebriti Malaysia 19 Jun 2012
Nice info… thank for sharing…
pengalaman yang dikongsikan bersama..
Curahan rasa KiD @ ..Masterchef Selebriti Malaysia 19 Jun 2012
Teringat akan kisah ada kaum musyrik yang mendustakan cerita Rasulallah lantas sahabat memancung kepalanya.
Curahan rasa onlajer @ ..PLUG TOP
sahabat manakah yang memancung itu ya..?
Curahan rasa KiD @ ..Masterchef Selebriti Malaysia 19 Jun 2012
semoga kita sentiasa istiqomah dalam segala perubahan ke arah kebaikan
Curahan rasa syiela @ ..Kerana amukan pocong dan Waris
Insya Allah,… Amin. Itulah harapan kita sebagai seorang muslim
Curahan rasa Bang Iwan @ ..LEWAT DJAM MALAM | Siap Rilis Usai Resrorasi
sama-sama kita ambil pengajaran dan saling ingat2kan
Curahan rasa KiD @ ..Masterchef Selebriti Malaysia 19 Jun 2012
Semoga kita dijauhkan dari sifat sebegitu, dan dikurniakan keazaman tinggi untuk menetapkan diri di sisi Allah SWT. Amin.
Curahan rasa Fadzmie @ ..Mahu beli domain? Jom beli di NetKL! [tutorial]
azam yang tinggi.. itulah yang dimahukan kita
Curahan rasa KiD @ ..Masterchef Selebriti Malaysia 19 Jun 2012
Peringatan untuk orang yang beriman
Curahan rasa Tungku moden @ ..Pemborong Tungku Moden
orang yang beriman tetap ada dugaannya..
Curahan rasa KiD @ ..Masterchef Selebriti Malaysia 19 Jun 2012
udah lama gag blog walking ! izin berbagi kata motivasi yah .
Sukses tak akan datang bagi mereka yg hanya menunggu tak berbuat apa-apa, tapi bagi mereka yg selalu berusaha wujudkan mimpinya
semoga ini bermanfaat bagi kita semua.
memang setiap tahun kaum Islam merayakan isra mikraj ini, tetapi benar kata admin Denai Hati berapa ramai yang bebar-benar takut dengan peringatan
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Pengertian Sakit
peringatan yang kadang2 lupa
Curahan rasa KiD @ ..Masterchef Selebriti Malaysia 19 Jun 2012
emm orang yang tak buta hati pasti akan takut dengan kisah2 macam ni..bagi mereka yang buta hati, sekadar baca je la..mintak jauh la dari cubaan sebegitu…
Curahan rasa hafizul @ ..Dilema – Kerja Lama Vs Kerja Baru Part 2
Bila hati telah tertutup sulit untuk meyakini akan kebenaran peristiwa tang secara logika tentunya tidak masuk akal ini
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Pengertian Sakit
Tetapi kebenaran peristiwa ini tidak bisa hanya dilihat dari segi akal pikiran manusia saja
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Pengertian Sakit
tetapi lebih dilihat dari segi keimanan kita kepada Allah dan Rasulullah SAW
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Pengertian Sakit
hati tertutup dan tiada keinsafan sejati
Curahan rasa KiD @ ..Masterchef Selebriti Malaysia 19 Jun 2012
dan mungkin juga keinsafan tidak sepenuh jiwa
Curahan rasa KiD @ ..Masterchef Selebriti Malaysia 19 Jun 2012
huh, siapa berani cakap israk mikraj tu cerita dongeng??
Curahan rasa titan @ ..Germany pun lepas jugak. Haha!
Hanya orang-orang yang tidak beriman yang berani mengatakan hal tersebut sahabat
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Jenis Gangguan Tidur
mesti ada dari golongan ajaran sesat..
Curahan rasa KiD @ ..Masterchef Selebriti Malaysia 19 Jun 2012
Semoga kita termasuk dalam hamba-hambaNya yang senantiasa ingat Allah tatkala di saat senang maupun susah aamiin
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Jenis Gangguan Tidur
mengingatkan akan kebesaran Allah Ta’ala dan kelemahan kita sebagai manusia yang tempatnya salah serta khilaf
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Jenis Gangguan Tidur
Salah satu dari sekian banyak mukjijat yang Allah karuniakan kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Jenis Gangguan Tidur
Bila iman menancap dengan kuat dalam sanubari kita, peristiwa itu tentunya kita yakini 1000% bahkan bukan hanya 100%
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Pengertian Sakit
Teringat tetkala Rasulullah SAW memberitahu akan hal ini kepada kaum semuanya mencibirnya bahkan mengatakan bahwa Rasulullah SAW telah gila melakukan perjalanan yang diceritakan beliau
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Pengertian Sakit
Tiada seorang pun yang mempercayainya
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Pengertian Sakit
Maka tampillah sahabat beliau yaitu Abu Bakar yang pertama kali mengatakan dan meyakini bahwa apa yang Rasulullah SAW ceritakan mengenai isra mikraj adalah benar dan tidak mengada-ngada
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Pengertian Sakit
Itulah yang menggambarkan betapa besarnya keimanan Abu Bakar waktu itu yang meyakini dan mempercayai apa yang diceritakan oleh Rasulullah
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Pengertian Sakit
Hal inilah yang membuat sahabat Abu Bakar memperoleh gelar As-Sidiq …sebuah peristiwa yang banyak sekali mengandung hikmah dan iktibar
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Pengertian Sakit
hari tu khutbah jumaat baca bab israk mikraj.memang terpegu sangat..ya Allah…sungguh kerdil rasa diri ini…moga amala kita diterima oleh-Nya..amin..
Curahan rasa dzuandiey @ ..Nuffnang Berwajah Baru
peristiwa yang sepatutnya diketahui oleh umat Islam
Curahan rasa KiD @ ..Masterchef Selebriti Malaysia 19 Jun 2012
Salam DH.
Kehidupan manusia diwarnai dengan berbagai kejadian yang membolak balikan hati, ada kalanya manusia di uji ada kalanya manusia diberi rahmat dan nikmat.
Curahan rasa Mas Gie @ ..Agenliga Sebagai Agen Bola Online Untuk Euro 2012
Tatkala manusia di rundung derita mereka mengiba dan menjadi takwa kepada ALLAH swt, namun tak jarang yang berlaku sebaliknya dimana ujian itu telah terlalui
Curahan rasa Mas Gie @ ..Agenliga Sebagai Agen Bola Online Untuk Euro 2012
Ketika senang dan bahagia manusia kerap kali lupa akan ALLAH swt, mereka sibuk menikmati kebahagiaan yang telah di anugerahkan kepadanya
Curahan rasa Mas Gie @ ..Agenliga Sebagai Agen Bola Online Untuk Euro 2012
Demikian yang terkadang terjadi dalam hati ini, hati yang selalu berubah kerana sebuah keadaan , ya ALLAH ya rob..
Curahan rasa Mas Gie @ ..Agenliga Sebagai Agen Bola Online Untuk Euro 2012
allahuakbar..btul tu..aku pun rasanya mcm tu..bila susah baru nak ingat allah..bila masalah hilang lupa balik pada allah.ya allah aku mohon ampun diatas segala dosaku..aku akan cuba berubah utk sentiasa ingat allah waktu susah atau senang..
Curahan rasa farhan @ ..Osemspace perkhidmatan web hosting dan pendaftaran domain
Semoga kita diampuni oleh ALLAH atas apa yang telah kita perbuat terhadapnya bro dan semoga kita bisa menjadi lebih baik lagi dimasa yang akan datang, Amin ya rob…
Curahan rasa Mas Gie @ ..Agenliga Sebagai Agen Bola Online Untuk Euro 2012
Semoga kita bisa mengambil hikmah dari peringatan Isra Mikraj nabi besar Muhamad SAW.
Curahan rasa Mas Gie @ ..Agenliga Sebagai Agen Bola Online Untuk Euro 2012
Comments are closed.