Assalamualaikum dan salam 1Dunia, seorang berkongsi kisah teman sekerjanya yang dahulunya seorang penyelok saku tegar. Beliau mengaku yang beliau bukan nakal tapi memang jahat. Setiap kali ada peluang beliau dan seorang lagi teman akan menyerang tengkok mangsa sehingga pengsan sebelum mencuri apa sahaja barang berharga yang ada pada mangsa. Pernah sekali setelah mangsa dipengsankan beliau hanya berjaya merompak RM20 sahaja. Setelah merompak mangsa akan ditinggalkan begitu sahaja tanpa memikirkan samada mangsa memang pengsan atau telah mati akibat serangan ganas beliau.
Dengan izin Allah SWT beliau telah diterima bekerja disebuah tempat dan aktiviti menyelok saku ditinggalkan. Ketika bekerja beliau telah dilanggar oleh sebuah kenderaan yang mengikut logik akal sepatutnya sudah meninggal tetapi syukur hanya terlantar di hospital lebih sebulan. Selepas kemalangan beliau menjadi dekat kepada Allah SWT kerana terasa sangat Allah SWt masih pinjamkan nyawa. Beliau rajin beramal terutama solat fardu yang dahulunya ditinggalkan tanpa rasa bersalah. Tetapi semuanya tidak lama apabila kecederaan semakin pulih solat fardu mula ditinggalkan seperti sebelum kemalangan.
Satu kejadian yang lain seorang isteri menjadi taat kepada Allah SWT dengan solat fardu, solat sunat, solat malam dan rajin membaca Al Quran setelah mengetahui suaminya sudah mempunyai orang kedua. Pergantungan si isteri yang sebelum ini segala-galanya pada suami telah berubah kepada mengharap kepada Allah SWT. Cara berpakain juga telah mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Setelah bertahun-tahun kejadian si isteri masih dapat mengekalkan hijrah dekat kepada Allah SWT dan syukur kehidupannya semakin tenang.
Satu kejadian yang lain dengan izin Allah SWT seorang teman dapat mengubah kehidupan yang dahulunya cukup-cukup makan sehingga menjadi Jutawan. Mungkin kerana terlupa dengan kekayaan yang dikurnia oleh Allah SWT maka akhirnya telah diuji dengan ujian yang berat sehingga hilang segala kekayaan yang ada. Setelah diuji dengan kesusahan barulah tersedar dariapada lamunan kesenangan. Beliau menjadi dekat dengan Allah SWT terutama disaat sedang diuji tetapi apabila kesusahan semakin menghilang taat kepada Allah SWT pun semakin kurang dan semakin jauh.
Begitulah kehidupan manusia berapa ramai yang berubah menjadi taat kepada Allah SWT apabila diuji tetapi kemudian terlupa apabila masalah semakin menghilang. Manusia telah diingatkan dengan berbagai hukuman melalui peristiwa Israk Mikraj tetapi berapa ramai yang benar-benar takut. Majoriti umat Islam tidak berani mengatakan Israk Mikraj itu cerita dogeng tetapi tindakan tidak takut dengan hukuman Allah SWT seakan-akan begitulah tafsirannya. Syukurlah kepada yang dapat berhijrah dengan istiqamah setelah diuji Allah SWT. Memang benarlah Firman Allah SWT Ayat 286 Al-Baqarah yang maksudnya lebih kurang ”Allah tidak memberati (diberi ujian kepada) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya”.
Setiap tahun umat Islam menyambut Israk Mikraj tetapi berapa ramai yang benar-benar takut dengan peringatan yang telah diperlihatkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW?
Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”(Surah Al-Israa’: Ayat 1)
357 Comments
Segala tingkah laku yang kita jalani,
Mestilah dalam keadaan yang terpuji.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pemain Gimnastik Muda
Bahawasanya Allah sentiasa memerhati,
Segala tingkah laku yang kita jalani.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pemain Gimnastik Muda
Allah mempunyai catatan segala amalan kita sahabat, baik itu yang baik atau pun yang buruk tanpa TERLEWAT SATUPUN…
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Jenis Gangguan Tidur
Kita perlu sentiasa mengingati,
Bahawasanya Allah sentiasa memerhati.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pemain Gimnastik Muda
Kehidupan manusia sentiasa tidak konsisten,
Bila dalam keadaan susah mereka ingat Tuhan,
Tapi bila dalam suasana kesenangan,
Dunia ini dia yang punya serta hilang pertimbangan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Yang Laku Di Ketika Ini?
Usah dilakukan sewenang-wenangnya,
Kelak nanti apa yg dilakukan perkara yg murka.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Yang Laku Di Ketika Ini?
Yang boleh mendatangkan dosa,
Usah dilakukan sewenang-wenangnya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Yang Laku Di Ketika Ini?
Hina di mata masyarakat dan negara,
Lebih hina lagi pada Tuhan kita,
Oleh itu janganlah buat sesuatu benda,
Yang boleh mendatangkan dosa.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Yang Laku Di Ketika Ini?
Lebih berwaspada segala perbuatan,
Supaya tidak terjerumus ke arah yg hina,
Hina di mata masyarakat dan
Lebih hina lagi pada negara kita.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Juara Euro 2012
Ambilkan peristiwa itu satu pengajaran,
Jadikan ia lebih peringatan utk kita,
Lebih berwaspada segala perbuatan,
Supaya tidak terjerumus ke arah yg hina.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Juara Euro 2012
Peristiwa Israk Mikraj memberi sejuta pengertian,
Bertapa lemahnya kita di sisiNya,
Dan bertapa berkuasaNya Tuhan,
Untuk lebih tunduk dan sujud padaNya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Yang Laku Di Ketika Ini?
Memberi pengajaran utk menyerah pada Allah,
Tuhan yang maha Esa lagi Maha Pemurah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Yang Laku Di Ketika Ini?
Kita hanyalah hambaNya yang lemah dan Allah lah yang Maha Besar
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Eklamsia dan Preeklamsia
Israk Mikraj hari yang penuh sejarah,
Memberi pengajaran utk menyerah pada Allah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Apa Yang Laku Di Ketika Ini?
penuh sejarah, hikmah dan pelajaran bagi kita umat Islam sahabat
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Eklamsia dan Preeklamsia
Semoga kita bisa mengambil ibrah dari peristiwa tersebut yang telah diabadikan dalam Al-Qur’an
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Eklamsia dan Preeklamsia
Harus berubah ke arah yang lebih baik sentiasa. Setiap hari Allah bagi kita masa untuk lakukan perkara yang sama tetapi kita tidak sedar yang itulah peluang untuk pastikan yang hari ini lebih baik dari semalam
Curahan rasa halif @ ..4th CCM Halal Awareness Seminar 2012 di IKIM
Benar sekali sahabat
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Eklamsia dan Preeklamsia
Satu perkongsian yang menarik. Kesimpulannya, kita perlu berubah sebelum tiada ruang lagi untuk berubah. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua.
Curahan rasa Ar-Razi @ ..Pilihan Raya Musim Haji?
Comments are closed.