Assalamualaikum dan salam 1Dunia, seorang berkongsi kisah teman sekerjanya yang dahulunya seorang penyelok saku tegar. Beliau mengaku yang beliau bukan nakal tapi memang jahat. Setiap kali ada peluang beliau dan seorang lagi teman akan menyerang tengkok mangsa sehingga pengsan sebelum mencuri apa sahaja barang berharga yang ada pada mangsa. Pernah sekali setelah mangsa dipengsankan beliau hanya berjaya merompak RM20 sahaja. Setelah merompak mangsa akan ditinggalkan begitu sahaja tanpa memikirkan samada mangsa memang pengsan atau telah mati akibat serangan ganas beliau.
Dengan izin Allah SWT beliau telah diterima bekerja disebuah tempat dan aktiviti menyelok saku ditinggalkan. Ketika bekerja beliau telah dilanggar oleh sebuah kenderaan yang mengikut logik akal sepatutnya sudah meninggal tetapi syukur hanya terlantar di hospital lebih sebulan. Selepas kemalangan beliau menjadi dekat kepada Allah SWT kerana terasa sangat Allah SWt masih pinjamkan nyawa. Beliau rajin beramal terutama solat fardu yang dahulunya ditinggalkan tanpa rasa bersalah. Tetapi semuanya tidak lama apabila kecederaan semakin pulih solat fardu mula ditinggalkan seperti sebelum kemalangan.
Satu kejadian yang lain seorang isteri menjadi taat kepada Allah SWT dengan solat fardu, solat sunat, solat malam dan rajin membaca Al Quran setelah mengetahui suaminya sudah mempunyai orang kedua. Pergantungan si isteri yang sebelum ini segala-galanya pada suami telah berubah kepada mengharap kepada Allah SWT. Cara berpakain juga telah mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Setelah bertahun-tahun kejadian si isteri masih dapat mengekalkan hijrah dekat kepada Allah SWT dan syukur kehidupannya semakin tenang.
Satu kejadian yang lain dengan izin Allah SWT seorang teman dapat mengubah kehidupan yang dahulunya cukup-cukup makan sehingga menjadi Jutawan. Mungkin kerana terlupa dengan kekayaan yang dikurnia oleh Allah SWT maka akhirnya telah diuji dengan ujian yang berat sehingga hilang segala kekayaan yang ada. Setelah diuji dengan kesusahan barulah tersedar dariapada lamunan kesenangan. Beliau menjadi dekat dengan Allah SWT terutama disaat sedang diuji tetapi apabila kesusahan semakin menghilang taat kepada Allah SWT pun semakin kurang dan semakin jauh.
Begitulah kehidupan manusia berapa ramai yang berubah menjadi taat kepada Allah SWT apabila diuji tetapi kemudian terlupa apabila masalah semakin menghilang. Manusia telah diingatkan dengan berbagai hukuman melalui peristiwa Israk Mikraj tetapi berapa ramai yang benar-benar takut. Majoriti umat Islam tidak berani mengatakan Israk Mikraj itu cerita dogeng tetapi tindakan tidak takut dengan hukuman Allah SWT seakan-akan begitulah tafsirannya. Syukurlah kepada yang dapat berhijrah dengan istiqamah setelah diuji Allah SWT. Memang benarlah Firman Allah SWT Ayat 286 Al-Baqarah yang maksudnya lebih kurang ”Allah tidak memberati (diberi ujian kepada) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya”.
Setiap tahun umat Islam menyambut Israk Mikraj tetapi berapa ramai yang benar-benar takut dengan peringatan yang telah diperlihatkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW?
Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”(Surah Al-Israa’: Ayat 1)
357 Comments
kami muslim pasti tkut dg pringatan, tp kami msih sring mlalaikannya . ..
Curahan rasa Auni Nabillah @ ..Profil Mackenzie Foy – Pemeran Renesmee Film Twilight Saga
Untuk itulah pentingnya saling mengingatkan dalam kebaikan dan juga menjauhi kemiungkaran sahabat
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Eklamsia dan Preeklamsia
israk mikraj hari yg mulia..pekena pulak dengan hari bapa ni …lagi la cun 🙂
Curahan rasa spudin @ ..Segmen Kenali Blogger Hanya Di Blog SpudinPunya
moga kita mendapat hidayah dari-Nya.. untuk berubah ke jalan yang benar dan diredhai-Nya..
Curahan rasa Azydy @ ..Gunung Berapi Paling Aktif Dan Unik
aamiin..aamiin doanya sahabat
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Eklamsia dan Preeklamsia
Semoga diri ini terus redha dan ikhlas dgn segala dugaan dan ujian dari Allah. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana tidak pernah meninggalkan diri ini.
Tak ramai yang betul2 menghayati makna sebenar israk dan mikraj – manusia ni selagi tak di uji selagi itulah mereka tidak ada kesedaran.
Kenapa Allah dalam firmanNya tersebut menyebut Nabi dengan kata hamba-Nya…
Curahan rasa Dadan @ ..Laga Euro 2012 : Italia vs Irlandia
Karena sesungguhnya kita sebagai umatnya Nabi Muhammad SAW pun bisa ber-Mi’raj
Curahan rasa Dadan @ ..Laga Euro 2012 : Italia vs Irlandia
yaitu “Ashsholatu mi’rojul muminiin” Solat adalah mi’raj kaum mumin
Curahan rasa Dadan @ ..Laga Euro 2012 : Italia vs Irlandia
Isra Mi’raj bukan sekedar untuk diperingati…
Curahan rasa Dadan @ ..Laga Euro 2012 : Italia vs Irlandia
Tapi lebih dari itu, makna Isra Mi’raj yang harus kita perhatikan dan laksanakan
Curahan rasa Dadan @ ..Laga Euro 2012 : Italia vs Irlandia
tidak sedikit yang hadir memperingatinya, tapi tak sedikit pula yang pulang dari menghadirinya tak melaksanakan solat
Curahan rasa Dadan @ ..Laga Euro 2012 : Italia vs Irlandia
Ampunkan Ya Allah selama ini kami terlalu banyak berbuat Zalim
Curahan rasa smp3lembang @ ..Hikmah Isra’ Mi’raj Nabi Muhammad SAW
Zalim terhadap diri sendiri dan orang lain…
Curahan rasa Dadan @ ..Laga Euro 2012 : Italia vs Irlandia
Sedih, sebab kebanyakan kita ni insaf bila menghadapi ujian, contohnya ketika demam / sakit, ucapan Allah tak lekang dari mulut.. Bila dah sihat, mula lupa diri .
Begitu juga dalam kehidupan, bila senang dan mewah, amalan berkurang, dan kerap kali tinggal solat. Bila dibuang kerja, bisnes jatuh, hutang keliling pinggang, baru nak ingat Allah.
Semoga kita semua istiqamah dalam mengingati dan beribadat kepada Allah serta mendekatkan diri padaNya.. Amin
Curahan rasa samdaddycool @ ..Ibrahim bin Adham, kisah seorang raja
Sepakat sekali sahabat dengan pendapatnya. Kita Ingat Allah tatkala susah dan lupa akan Allah tatkala kita senang dan senang..naudzubillah..semoga kita dihindarkan dari hal tersebut sahabat
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Eklamsia dan Preeklamsia
moga terus beringat dan bersyukur dari hidayah yang Allah beri…aku bersujud padaMu
Curahan rasa sweetkurma @ ..kuasa nombor 2
aamiin..aamiin ya Rabb
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Eklamsia dan Preeklamsia
Assalam..
tiap yang berlaku, ada hikmahnya…
Moga jadi ikhtibar untuk kita semua, InsyaAllah..
Curahan rasa iza @ ..Keputusan EURO Dan Jadual Perlawanan EURO 2012
Insya Allah sahabat…hikmah yang baik tentunya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Eklamsia dan Preeklamsia
Rasa diri sangat kerdil
Curahan rasa Razifredz @ ..Liga Super 2012 | Serawak 0-1 Selangor
Terkesan … kisah yg amat berguna untuk panduan
Curahan rasa Razifredz @ ..Liga Super 2012 | Serawak 0-1 Selangor
susah ke senang semua tu ujian Allah..
Niat ikhlas mengharap ridho Allah Ta’ala semata
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Eklamsia dan Preeklamsia
manusia sekarang sekadar menyambut sekadar cerita sahaja, tanpa mengambil manfaat disebaliknya…
semoga kita semua mendapat manfaat dari apa yang Allah ingin tafsirkan dari peristiwa tersebut.
setiap perkara mengadulah pdNya (solat) itulah puncak keimanan antara diantara makhluk dan Khalidnya…
Curahan rasa auc dot com @ ..Jenis Makanan Yang Kena Simpan Dalam Peti Sejuk
Comments are closed.