Israk Mikraj siapa yang takut dengan peringatan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, seorang berkongsi kisah teman sekerjanya yang dahulunya seorang penyelok saku tegar. Beliau mengaku yang beliau bukan nakal tapi memang jahat. Setiap kali ada peluang beliau dan seorang lagi teman akan menyerang tengkok mangsa sehingga pengsan sebelum mencuri apa sahaja barang berharga yang ada pada mangsa. Pernah sekali setelah mangsa dipengsankan beliau hanya berjaya merompak RM20 sahaja. Setelah merompak mangsa akan ditinggalkan begitu sahaja tanpa memikirkan samada mangsa memang pengsan atau telah mati akibat serangan ganas beliau.

Dengan izin Allah SWT beliau telah diterima bekerja disebuah tempat dan aktiviti menyelok saku ditinggalkan. Ketika bekerja beliau telah dilanggar oleh sebuah kenderaan yang mengikut logik akal sepatutnya sudah meninggal tetapi syukur hanya terlantar di hospital lebih sebulan. Selepas kemalangan beliau menjadi dekat kepada Allah SWT kerana terasa sangat Allah SWt masih pinjamkan nyawa. Beliau rajin beramal terutama solat fardu yang dahulunya ditinggalkan tanpa rasa bersalah. Tetapi semuanya tidak lama apabila kecederaan semakin pulih solat fardu mula ditinggalkan seperti sebelum kemalangan.

Solat lima waktu difardukan ketika peristiwa Israk Mikraj

Satu kejadian yang lain seorang isteri menjadi taat kepada Allah SWT dengan solat fardu, solat sunat, solat malam dan rajin membaca Al Quran setelah mengetahui suaminya sudah mempunyai orang kedua. Pergantungan si isteri yang sebelum ini segala-galanya pada suami telah berubah kepada mengharap kepada Allah SWT. Cara berpakain juga telah mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Setelah bertahun-tahun kejadian si isteri masih dapat mengekalkan hijrah dekat kepada Allah SWT dan syukur kehidupannya semakin tenang.

Satu kejadian yang lain dengan izin Allah SWT seorang teman dapat mengubah kehidupan yang dahulunya cukup-cukup makan sehingga menjadi Jutawan. Mungkin kerana terlupa dengan kekayaan yang dikurnia oleh Allah SWT maka akhirnya telah diuji dengan ujian yang berat sehingga hilang segala kekayaan yang ada. Setelah diuji dengan kesusahan barulah tersedar dariapada lamunan kesenangan. Beliau menjadi dekat dengan Allah SWT terutama disaat sedang diuji tetapi apabila kesusahan semakin menghilang taat kepada Allah SWT pun semakin kurang dan semakin jauh.

Begitulah kehidupan manusia berapa ramai yang berubah menjadi taat kepada Allah SWT apabila diuji tetapi kemudian terlupa apabila masalah semakin menghilang. Manusia telah diingatkan dengan berbagai hukuman melalui peristiwa Israk Mikraj tetapi berapa ramai yang benar-benar takut. Majoriti umat Islam tidak berani mengatakan Israk Mikraj itu cerita dogeng tetapi tindakan tidak takut dengan hukuman Allah SWT seakan-akan begitulah tafsirannya. Syukurlah kepada yang dapat berhijrah dengan istiqamah setelah diuji Allah SWT. Memang benarlah Firman Allah SWT Ayat 286 Al-Baqarah yang maksudnya lebih kurang ”Allah tidak memberati (diberi ujian kepada) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya”.

Setiap tahun umat Islam menyambut Israk Mikraj tetapi berapa ramai yang benar-benar takut dengan peringatan yang telah diperlihatkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW?

Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”(Surah Al-Israa’: Ayat 1)


Spread the love

357 Comments

            1. Maka Rasulullah Saw dalam sebuah haditsnya pernah menyatakan, shalat itu adalah mi’rajnya orang-orang mu’min. Artinya shalat yang kemudian diperintahkan oleh Allah SWT kepada kita ummat Islam melalui Rasulullah SAW dengan peristiwa Isra Mi’raj itu dijadikan sarana untuk kita bisa mi’raj sehari lima kali untuk menghadap Allah SWT.
              Curahan rasa Bang Iwan @ ..Cita-Citaku Setinggi TanahMy Profile

            2. Bukan hanya bencana alam saja yang bisa kita resapi dan kita maknai, melainkan bencana moral yang telah banyak melenceng baik dari tata kehidupan para pejabat eksekutif, yudikatif maupun legislatif hingga masyarakat biasa telah banyak terefleksi dan sungguh telah jauh berpijak dari rel-rel kehidupan yang baik dan hakiki sesuai syariat Islam.
              Curahan rasa Bang Iwan @ ..Cita-Citaku Setinggi TanahMy Profile

    1. 1. mencerahkan wajah
      2. menerangi hati
      3. menyehatkan badan
      4. teman di dalam kubur
      5. tempat turunnya rahmat
      6. kuncinya langit
      7. memberatkan timbangan
      8. tempat keridhaan Tuhan
      9. bernilai surga
      10. penghalang siksa neraka
      Curahan rasa Dadan @ ..Laga Euro 2012 : Italia vs IrlandiaMy Profile

  1. Pingback: Selamat Hari Bapa
  2. Salam DH. Memang benar apa dicoretkan. Semua bukan saja DH lalui, malah ramai diantara kita pernah tempuhi. Itulah unknya Yang Maha Esa. Kita manusia sering melupakanNya. Dan begitulah caranya Yang Esa berpesan untuk kembali untuk meningati-Nya semula, selain dari sakit dan cabaran kecil dalam kehidupan. Tapi, sayangnya, ramai diantara kita yang masih ‘tegar’ dan sambil lewa kejadian sebegini. Terima kasih kerana berpesan.
    Curahan rasa irsah @ ..Eksklusif : Post kepada PM berkenaan Kontraktor Pekhidmatan Mei 2012My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!