Assalamualikum dan Salam 1Dunia, rezeki dapat tiket percuma Formula One Singapore yang memang dah lama teringin nak pergi. Kebetulan tarikh yang sama iPhone 5S dan iPhone 5C mula di jual serentak di sepuluh buah negara termasuk Singapore. Hari pertama nak dapat di Apple store pasti mustahil jadi ada kawan yang juga datang nak saksikan F1 Singapore ajak cari.
Semasa menunggu teksi di lobi hotel, beberapa pekerja hotel dah warning jangan pergi Sim Lim Square sebab ramai sangat pelancong dah kena tipu antaranya dah bayar kata tak bayar. Tapi sebab dah janji dengan kawan nak survey iPhone 5S dan iPhone 5C Singapore di sana jadi aku teruskan je lah. Memang betul banyak kedai di Sil Lim Square yang menjual iPhone 5S dan iPhone 5C dengan bermacam harga.
Harga iPhone 5S Singapore untuk pasaran gelap di Sim Lim Square di jual dari SGD1300 – SGD1650 untuk 32GB dan harga iPhone 5C di jual SGD850 untuk 16GB. Kedai yang menjual iPhone 5S pada harga SGD1650 kata ini harga paling terbaik kerana tak ada bayaran lain, bayar dan bawa balik tapi kami tak berberapa faham dengan hint scam yang diberi.
Setelah kami berjalan dibeberapa kedai akhirnya terjumpa seorang wakil jualan yang asal daripada Seremban jadi ada perasaan selamat dalam hati. Dia bagi kawan aku iPhone 5S harga SGD1350 untuk 32 GB dan iPhone 5C harga SGD850 untuk 32GB warna biru. Aku pun follow jugalah ambik sebiji iPhone 5S. Lepas bayaran dibuat mamat tu kata iPhone 5S dan 5C kena aktifkan kalau tak …. tak boleh nak guna. Dia keluar bawa iPhone tersebut dan minta kami tunggu 20 minit.
Tips Rahsia Tingkat Jualan Bisnis Sehingga 400%
Aku rasa tak sedap hati rasanya dah masuk perangkat scam Sim Lim Square. Memang betul bila mamat tu datang semula dia bawa resit lain yang jumlahnya ratus-ratus SGD katanya untuk kos activation kalau tidak tak boleh nak guna di Malaysia. Aku terus cakap ni mesti dah kena tipu tapi dia guna ayat manis untuk yakinkan kawan aku tapi hakikatnya memang kami dah kena tipu. Memanglah harga iPhone 5S dan iPhone 5C pasaran gelap lebih mahal daripada harga sebenar tetapi ini dah berlebih-lebih dan paling malang kena tipu dengan orang Malaysia. Teringat kata-kata kedai yang jual SDG1650 tu … ni rupanya extra charge.
Video jenis-jenis scam di Sim Lim Square
Harga sebenar iPhone 5S Singapore di Apple stor adalah SGD988 (16GB), SGD1148 (32GB ) dan SGD1288 (64GB) manakala harga untuk iPhone 5C adalah SGD848 (16GB) dan SGD988 (32GB). Aku beli sebiji iPhone 5C 32GB warna kuning untuk isteri di salah sebuah Apple store di Orchard Road … puas hati sebab tak kena tipu seperti di Sim Lim Square. Kalau nak beli iPhone 5S dan iPhone 5C lebih baik tunggu pelancaran di Malaysia sebab nilai SGD sekarang memang tinggi jadi harga sebenar iPhone 5S dan 5C Singapore pasti lebih mahal daripada harga iPhone 5S dan iPhone 5C Malaysia.
Kebetulan ada kawan di Malaysia dah beli iPhone 5C di The Mines Seri Kembangan. Harga iPhones 5C Malaysia untuk 16GB dipasaran gelap lebih kurang RM2500 dan harga iPhone 5S Malaysia untuk 16GB lebih kurang RM3500. Ramai yang tanya iphone 5s bila sampai malaysia tapi kalau nak iPhone 5S murah kenalah tunggu sehingga tarikh iPhone 5S dilancarkan di Malaysia… nak cepat kena bayar lebih.
Dalam perjalanan pulang dari hotel ke Changi Airport pemandu teksi pun cerita kisah penipuan di Sim Lim Square, katanya sangat memalukan Singapore tetapi masih tak dapat nak diselesaikan walaupun kerajaan Singapore dah buat macam-macam.
Pengalaman seperti ini pasti akan berlaku apabila kita kembara di negara orang tetapi bukan sebab untuk tidak meneruskan hobi. Bukan sahaja di negara orang di Malaysia pun selalu juga kena tipu. Teringat dengan entri ini “Percutian Beijing penuh penipuan“.
101 Comments
Kalau kawe kena warning mcm tu mmg kawe tak pi langsung. Biarlah bayar lebih tapi selamat. Masih segar dalam ingatan kena tipu kat Petaling Street. Sudah lah tipu, main ugut lagi tu bila kita tak jadi beli…
Curahan rasa Ismail N @ ..Painful Loss For The Red Devils
Penipuan tidak mengira negara, penipuan bergantung pada individu itu sendiri.
Macam mana tuan lepas guna IPhone 5C yang di beli, puas hati tak?
Curahan rasa JunAina @ ..Perhimpunan Raksasa Hari ATM ke-80 Part 1
pelbagai taktik dan gaya penipuan pada zaman ini…. diharap kita semua lebih berhati-hati kelak
Curahan rasa Hanif Menhad @ ..SEGMEN MY BEST ENTRY BLOGGER YANG TERPAKSA DI DELETE
Zaman sekarang ni macam2 cara orang menipu.. Walaupun dah hati2, kadang2 terkena jugak..
negara mereka yang kononnya perfect tuh pun berlaku penipuan2 macam tuh yer , silap haribulan pasti merosot jumlah pelancong ke sana kerana serik ditipu…
Curahan rasa papa mifz @ ..Cermin Mata Hitam Oakley Frogskins
Iskh x guna betul…
Curahan rasa weschairs @ ..ULTRABIKE – Basikal untuk cacat penglihatan
informasi yang sangat berguna supaya orang lain lebih berjaga jaga
ye betul tu… sebelum ni tak tau dah tau… kini lebih berhati-hati ye
Curahan rasa Hanif Menhad @ ..SEGMEN MY BEST ENTRY BLOGGER YANG TERPAKSA DI DELETE
dapat tgk F1 di Singapore pun best jugakkkk 🙂
Curahan rasa MrJocko @ ..5 Fakta Sebenar Hidup Seorang Blogger
Rasa teruja nak membeli dan jadi orang terawal buatkan sesetengah orang tak pedulikan peringatan yang diberikan
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..Tiada Jalan Pintas untuk BERJAYA DALAM BLOGGING
Singapore pun ada scam. Kena berhati-hati ni.
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Bini PM Rosmah Mansor bersama Kimora Lee
scam ni kat mana-mana pun adalah rasanya, cuma kita kena sangat berhati-hati dan kena dapatkan banyak maklumat.
Curahan rasa Denaihati @ ..iPhone 5S penipuan di Sim Lim Square Singapore
sedey rase keen tipu dgn malaysian juge kat negare orang… semoge dijauhkan la dari terkene… huhuhuhu
Curahan rasa Nadot @ ..Iklan sehari, terus habis!
Ingatkan kat negara maju dah tak ada kes-kes penipuan camni. Kalau camtu, standard lagi la lowyat..
penipuan di mana-mana, sedar ke tak jer. adooi.. patut le cepat kaya.
Curahan rasa encikarman @ ..Kereta berbentuk pesawat makhluk asing
ade la jugak brg pirated kt situ, kena hati2
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..Liverpool 0-1 Southampton: Sesat di Anfield
Kita sering terlupa dan lalai. Betul macam kata ustaz Denaihati – kita kena kembali kepada Allah, setiap masa dan setiap perkara. Dalam membeli handphone pun kena kembali kepada Nya. Kena solat istiqarah.
Curahan rasa Saljuhumairah @ ..Kalau Aku Kaya…
Comments are closed.