Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sebelum ini sudah publish entri iPhone 5 pengalaman menggunakan mode panorama yang ditulis oleh Cikgu Naman. Begitu mudah sekali untuk mengambil gambar panorama menggunakan iphone 5. Tak perlu ambil beberapa gambar kemudian dicantum menggunakan Adobe Photoshop. Dengan hanya menggunakan iPhone 5 dapat hasilkan gambar panorama yang sangat cantik. iPhone 5 gadget yang sememangnya memudahkan kehidupan seorang Blogger.
Entri kali ni kita baca pengalaman pemenang iPhone 5 Blogger Sharidawati atau lebih dikenali dengan panggilan Sha, pemilik blog Ashadin.com. Joom kita baca.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Denaihati kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menceritakan pengalaman menggunakan telefon pintar iPhone 5.
Setibanya saya di rumah selepas menghadiri majlis #SBB2013, perkara pertama yang saya lakukan tentulah mengecas bateri telefon pintar ini terlebih dahulu. Sebaik-baiknya cas sehingga 100%. Sambil belek-belek iphone 5 tu baru saya teringat bahawa iPhone 5 memerlukan nano sim card sedangkan ketika itu saya masih lagi menggunakan mini sim card di telefon pintar Samsung Galaxy Note ll saya.
Nano Sim Card
Lantas saya dan suami telah pergi ke Maxis Centre yang terletak di KLCC untuk menukar sim card dari mini sim card ke nano sim card. Yes size does matter!
Iphone 5 menggunakan sim card bersaiz lebih kecil berbanding telefon pintar yang lain. Sim card yang paling kecil ketika ini dikenali sebagai nano sim card. Kami hanya mengambil masa kira-kira 10 minit sahaja untuk mendapatkan nano sim card tersebut. Tiada caj bayaran yang pihak Maxis kenakan, mungkin kerana saya dan suami merupakan salah seorang pelanggan Maxis One Club. Dalam tempoh 30 minit selepas itu nano sim card saya sudahpun diaktifkan.
Apple ID
Sebagai pengguna Apple, saya perlu mempunyai Apple ID ataupun akaun berdaftar dengan Apple. Pendaftaran akaun dengan Apple sangat mudah dilakukan dan boleh dilakukan dalam tempoh masa yang singkat. Kegunaan ID itu tadi ialah bagi memberi akses kepada saya untuk menggunakan aplikasi yang terdapat di dalam iPhone 5 dan juga di mana-mana produk Apple yang lain, contohnya mini iPad. Jika saya ingin memuat turun ataupun membeli aplikasi di dalam iPhone 5, saya perlu memberikan Apple ID dan kata laluan (password) terlebih. Bagi saya ia satu langkah yang bijak dan selamat kerana orang lain tidak boleh memuat turun aplikasi tanpa kebenaran dari saya.
Aplikasi yang digunakan di iPhone 5
Banyak benar aplikasi dan feature yang best di dalam iPhone 5 tetapi mungkin saya akan mengambil masa lagi untuk menggunakan kesemua sekali feature dan aplikasi yang terdapat di dalam iPhone 5. Walau bagaimanapun buat masa sekarang saya lebih banyak menggunakan aplikasi Facebook, Twitter, Instagram, WordPress, Whatsapp dan Dropbox. Saya turut memuat turun aplikasi Blogger kerana ada kalanya saya akan mengupdate blog saya yang berplatform blogspot dengan menggunakan iPhone 5 saya. Kesemua aplikasi tersebut adalah percuma (kecuali Whatsapp) dan proses memuat turun aplikasi tersebut sangat cepat!
Whatsapp dicaj USD 0.99
Sungguh tak ku sangka kerana untuk memuat turun aplikasi Whatsapp di dalam iPhone 5, saya telah dicaj USD 0.99. Wah nasib baiklah apabila di convert ke Ringgit Malaysia ia hanya berharga 3 ringgit lebih sahaja. Nak free chatting punya pasal maka saya terus memuat turun aplikasi Whatsapp dengan menggunakan akaun debit Maybank (Maybank debit card). Mudah dan dijamin selamat!
iPhone 5 memudahkan kehidupan
Saya kerap membuat panggilan telefon terutamanya kepada ibubapa dan penjaga kepada anak saya. Saya akan memastikan untuk menelefon dan bertanya khabar ibu saya setiap hari sekurang-kurangnya sekali sehari. iPhone 5 mempunyai direct dials shortcut di skrin utamanya (homescreen) maka dengan itu saya tidak perlu untuk mencari contact di phonebook. Nak minta Siri tolong dailkan pun boleh! iPhone 5 memudahkan saya berhubung dengan famili dan rakan-rakan.
iPhone 5 tenggelam dalam air
Jantung saya hampir-hampir terhenti (Alhamdulillah umur saya masih panjang lagi) tatkala saya terlepas iPhone 5 ke lantai yang dipenuhi dengan air. Ketika kejadian itu saya dan suami berada di car wash dan saya sedang membuka pintu kereta untuk keluar dari kereta saya. Jika tidak silap, iPhone 5 saya berada dalam apungan air kira-kira selama 2 saat.
Syukur kerana kondisinya masih tip top dan tiada masalah yang saya alami selepas kejadian itu. Sebagai pengajaran saya cuba untuk mencari aksesori dan perlindungan tambahan yang boleh saya lakukan ke atas iPhone 5 saya, walaupun pada ketika itu saya sudahpun memasang screen protector dan wallet casing pada iPhone 5 saya. Sehingga kini saya amat tertarik dengan aksesori Lifeproof dan Armor Series Otterbox. Kedua-duanya memberi perlindungan dari hentakan kuat, air, salji dan kekotoran seperti lumpur.
Panorama mode
Apabila telah tergolong di dalam golongan iPhoneography, pastinya saya akan jatuh cinta dengan Panorama mode yang terdapat di dalam iPhone 5 ataupun mana-mana iPhone yang mempunyai iOS 5 dan ke atas. Panorama mode membolehkan saya mengambil gambar panorama dan landskap dengan skala yang lebih luas lagi dan ia tidak boleh diambil dengan menggunakan kamera biasa. iPhone 5 memudahkan berkongsi gambar dengan rakan blogger.
Teruskan bersama Sharidawati di blognya Ashadin.com dan Follow Facebook Sharidawati, Twitter @Sharidawati serta Instgram Sharidawati.
130 Comments
Antara idaman para blogger, senang nak dbawa kehulu dan kehilir dan merakamkan gambar2 menarik….:D
nice entry by kak sha 🙂
Curahan rasa PuanGojes @ ..library detail
wow tahan lasak tu. hehe. nak jugak satu denaihati! 😀
Curahan rasa khairul asrol @ ..Apa Itu Alexa Ranking dan Kegunaannya
perghhh pernah jatuh tuuu.. sayang betul. alhamdulillah takde perkara buruk yang berlaku 🙂
Curahan rasa azrijohan @ ..Rahsia Cantik Selebriti Ternama Dengan Produk Aura White Beauty
perkongsian yang sangat menarik. bila baca betul2 rasa minat pula dengan iPhone 5 ni..kalau ada rezeki In Shaa Allah sy nak guna juga suatu hari nanti..
Curahan rasa Dr Fuh @ ..Permohonan Online Kemasukan Politeknik KPT 2013 (Sesi Jun)
hmmh, kapan ya saya punya iphone 5 ini ?! hehe
Curahan rasa Mr.DHI @ ..Cara memasang Facebook Like dengan Timer atau penghitung
oh baru tau Iphone 5 perlu guna sim card yg lebih kecil…
Curahan rasa papa mifz @ ..PapaMifz.com Kini Top 1000 in Malaysia
ingin rasa hati ingin membeli iphone, tp simpankan sahaja dahulu niat itu, hehehee
Curahan rasa Juan @ ..Pengambilan Makanan Oat – Pilih Diet atau Pilih Sihat
Memang banyak hal yang didapatkan dari iphone 5 ini
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Hikmah Aqiqah
Tentunya dari para pengguna iPhone 5 ini telah merasakan banyak kelebihannya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Hikmah Aqiqah
Sepertinya baru ada 2 review daripada para pemenang kontes iPhone 5 ini
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Hikmah Aqiqah
Menunggu review sahabat-sahabat blogger lainnya yang mendapatkan iPhone 5
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Hikmah Aqiqah
hoho..baguslah. sekurangnya guna.. 🙂
Curahan rasa titan @ ..Apa yang aku tak berapa suka dengan Broadband Umobile?
niat hati nak pakai iphone 5 ni, tapi lebih berminat kepada lumia 920 lagi…
Curahan rasa Imran @ ..Bau Badan Bukan Perkara Remeh
saya baru ambil pre-ordered BB Z10 hari Sabtu yang lepas di Penang. so far, saya rasa puas hati walaupon hati teringinkan iPhone5 juga. hehe
Curahan rasa Ekspresi Ruang @ ..Ubah Fungsi Basikal Tua Menjadi Kaunter Sinki Di Bilik Air
tahniah pada kak sha, memang rezeki berpihak pada dia.. Allah dah tulis rezeki masing masing pada diri kita…
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Wordless Wednesday #3 2013
mungkin lepas ni rezeki den pulak… haaaaa
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Wordless Wednesday #3 2013
rasa nya iphone ni memang tahan lasak.. bulan lepas, anak buah main ip5, lepastu baling ala ala lontar peluru, tengok ok je..
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Wordless Wednesday #3 2013
memang dah ada video bukti menunjukkan iPhone 5 lebih lasak. ada share dalam entri sebelum ini.
yup2, pernah tengok video tu.. try lenyek ngn lori.. ok lagi tak.. huhuu
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Wordless Wednesday #3 2013
bestnyelah kalau dapat……………
Curahan rasa amirul hakim @ ..Muatturun seo toolkit percuma
Menarik. Tak perlu cantum di dalam Adobe Photoshop lagi. Pantas dan memudahkan. 🙂
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Kenapa Pilih Untuk Marah Sedangkan Masih Ada Ruang Untuk Bersabar?
Comments are closed.