Assalamualaikum dan salam 1Dunia, peminat produk Apple sudah tentu gembira dengan keluaran terbaru produk mereka. Segmen gajet kali ini memberikan peluang Blogger Sensasi2020 untuk menulis mengenai produk terbaru Apple.
iPad Air 2 Dan iPad Mini 3 Terbaru Daripada Apple. Apple Inc sentiasa berdepan dengan persaingan sengit dalam pasaran tablet di dunia. Oleh itu mereka mula memperkenalkan beberapa variasi baru tablet yang menampilkan ciri-ciri terbaru pada iPad Air 2 dan iPad Mini 3.
Apple Inc secara rasminya telah memperkenalkan model terbaru tablet mereka iaitu iPad Air 2 dan iPad Mini 3. Ia mengunakan slogan “It’s Been Way Too Long” untuk menghantar jemputan kepada tetamu bagi menyaksikan perlancaran generasi baru tablet daripada syarikatnya.
Apple juga memperkenalkan pengimbas cap jari Touch ID pada iPad Air 2 dan iPad Mini 3 mereka kerana sebelum ini ianya digunakan pada iPhone 5s/5c sahaja. Ini dapat memberi kemudahan kepada pengguna membuat pembelian menggunakan iTunes atau membeli secara online dengan bayaran secara Apple Pay. Selain itu juga ia dapat mengakses iPad mereka dengan selesa dan lancar.
iPad Air 2 merupakan iPad ternipis di dunia. Ketebalannya dikurangkan daripada 7.5mm menjadi 6.1mm iaitu 18% lebih nipis daripada generasi sebelumnya. Pada masa yang sama, skrin terkini turut diliputi dengan sokongan anti-reflective dan pengurangan pantulan cahaya 56% berbanding sebelumnya.
Ia kini menggunakan pemprosesan Apple A8X, merupakan pemprosesan 64 bit generasi kedua yang dimodifikasikan daripada iPhone 6 dan iPhone 6 Plus. Ini memberi kuasa tambahan dengan kepantasan pemprosesan dan juga ketajaman grafiknya. Kepantasan ini dapat membantu mengandakan trafik blog 300%.
Pengguna sekarang mahukan kualiti grafik terbaik, maka ia memberi penekanan yang hebat terhadap fotografi dan videografi. Ia dilengkapi kamera iSight 8MP dengan apature f/2.4 yang boleh merakam video dengan sokongan 1080p@30fps.
Kamera ini mempunyai ukuran pikselnya seluas 1.12 mikron sehingga mampu menangkap cahaya lebih banyak dan menghasilkan gambar yang lebih terang dan warna yang lebih nyata. Ia dilengkapi mod rakaman gerak perlahan seperti Time Lapse, Burst Mode, Panorama dan auto HDR. Kamera Facetime juga telah dipertingkatkan dengan menggunakan cip M8 bagi memantau sebarang gerakan dan boleh merakamkan video berdifinisi tinggi.
iPad Air 2 hadir dalam tiga warna pilihan seperti putih, hitam dan yang terbaru warna emas. Baterinya boleh bertahan selama 10 jam dan beratnya hanya sekitar 437gram. Peranti canggih iPad Air 2 ini di jual dengan harga AS$499 (RM1,638). Apple akan menurunkan harga bagi varian iPad yang sedia ada di pasaran.
Perbezaan iPad Air Dan iPad Air 2
iPad Mini 3 Dan Spesifikasi
Selain iPad Air 2, Apple juga memperkenalkan satu lagi model tabletnya iaitu iPad Mini 3. Ia merupakan sebuah tablet dengan ukuran skrin lebih kecil berbanding iPad Air 2 iaitu setebal kira-kira 7.9 inci. iPad Mini 3 seakan-akan sama sahaja cuma specifikasinya cuma yang membezakannya adalah dari segi pemprosesan, skrin, harga dan ketajaman jumlah piksel.
iPad mini 3 dikeluarkan dalam dua versi iaitu WiFi dan WiFi + Sim Kad dengan memori dalaman adalah 16 GB, 64 GB dan 128 GB. Seperti biasalah Apple tidak menyediakan slot kad MicroSD. Mereka mengeluarkan skrin berukuran 7.9 inci yang menggunakan skrin tipe LED-backlit IPS jenis touchscreen (Touch ID). iPad Mini 3 ini memiliki resolusi 1536 X 2048 piksel dan 324 piksel setiap inci (ppi).
Tablet ini menggunakan sistem operasi iOS 8.1 dan prosesor Dual-core 1.3 GHz Cyclone (ARM v8-based) dengan cipset Apple A7 bersama dengan 1 GB RAM.
Bagi keselesaan pengguna untuk melayari internet, Apple telah menyediakan rangkaian 4G LTE, 3G dan 2G dan menggunakan tenaga bateri Non-removeable Li-Po berkapasiti 6470 mAh.
Perbezaan iPad Air 2 Dan iPad Mini 3
Sudah tentu bagi peminat jenama Apple akan sentiasa mengikuti perkembangan tablet ini. Kedua-dua iPad yang mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Apa yang mereka ingin tahu sudah tentu harga, ciri-ciri yang menarik, specefikasi dan kemudahan untuk melayari intenet dengan lancar dan sempurna. Peminat gajet juga boleh membeli iPhone 6 dengan Diskaun RM200 di Lazada.
Inilah masanya pengguna Apple perlu merebut peluang untuk mendapatkan iPad Air 2 dan iPad Mini 3 Terbaru Daripada Apple. Kita tunggu dan lihat adakah ianya amat memuaskan hati semua pengguna untuk dimiliki sehingga boleh meningkatkan seni menulis 101 impian.
2,123 Comments
Harga usah dicakap lagi hampIR RM1.7k kan . aduhhh , kena la slow slow kumpul duit
Jom kumpul sama sama sebab bak kata pepatah ‘sikit sikit lama lama jadi bukit’. Nanti boleh la dapatkan ipad tu.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Kali ni sahaja kali ni sahaja , sebab review ipad air 2 ni Nampak begitu mengoda
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Buat Duit Di iLancee.com
Semua produk apple ni memang akan menggoda mereka yang menatap gambar produk ni. Hebat betul!
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Teringin juga nak try guna ipad ni , dengan finger print nya , memang secure
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Buat Duit Di iLancee.com
Ya, pengimbas cap jari itu merupakan tarikan utama pembeli untuk memiliki ipad terbaru ni.
Curahan rasa Vander Good @ ..Blogger Buat Duit Online
Semua orang memang teringin nak pakai ipad ni. Dah terselah kehebatannya kat situ. Pengimbas cap jari.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Ohhh ipad , mengapa dirimu begitu menawan , ringan bak kertas , laju bak kilat haisshhhh
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Buat Duit Di iLancee.com
Betul tu ipad ni memang begitu hebat dan kalau boleh nak beli sekarang jugak.taknak fikir fikir dah. Hehe
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Rasa tamak pula bila pikir semuanya nak , ipad , iphone 5s , tapi bukannya selalu
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Buat Duit Di iLancee.com
kena tumpukan yang mana terbaik untuk kita dan akan memberikan kepuasan yang secukupnya.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Jadi boleh focus kumpul duit untuk ipad ni sahaja , kalau tak ipad hanya tinggal mimpi hehe
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Buat Duit Di iLancee.com
Kalau ada keperluan yang lain eloklah kita utamakan yang itu dulu berbanding ipad ni.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Saya nak ,,saya nak ! memang nak sangat sangat , harap harap menang iphone 5s pastu aim ipad
InsyAAllah sama sama la kita berusaha sehingga produk produk ni menjadi genggaman kita suatu hari nanti.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Plus ipad air sekarang ni camera pon mantop dan tip top, siapa tak nak kan?
Ya, MP pada kameranya juga telah ditambah kepada 8MP. Pasti sangat berkualiti dan terang kameranya kan.
Curahan rasa Vander Good @ ..Blogger Buat Duit Online
Apple punya kamera memang cantik kalau nak dibandingkan dengan barand yang ada di luar sana.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Dah la laju , bagus nak belajar semua , apps powerpoint juga ada dalam Ipad kan
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Blog Walking bersama RedBellas : Dream Escape
Powerpoint rasanya ada dalam tablet-tablet yang lain juga. Cuma yang membezakan ialah ipad ni tidak pernah hang bila kita buat kerja.
Curahan rasa Vander Good @ ..Blogger Buat Duit Online
kalau pelajar sesuai la guna ipad ni untuk search maklumat maklumat tentang sesuatu subjek.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Dan pastinya student inginkan yang terbaik kan , boleh la beli Ipad Air 2 ni
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Blog Walking bersama RedBellas : Dream Escape
Bukan setakat student, orang yang sudah bekerja pun inginkan iad air 2 ni.
Curahan rasa Vander Good @ ..Blogger Buat Duit Online
Boleh boleh sebab student sesuai sangat kalau ada benda ni. Amat memudahkan kerja nak cari nota.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Sebab tu la Ipad semakin laku , sebab dunia semakin beralih ke teknologi
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Blog Walking bersama RedBellas : Dream Escape
Sesuai la dengan zaman teknologi yang semakin membangun dari hari ke hari.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Boleh belajar di mana mana kan bangsa membaca bangsa Berjaya
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Blog Walking bersama RedBellas : Dream Escape
Betul tu dengan adanya ipad ni akan memudahkan kerja seseorang terutamanya mereka yang bergelar pelajar.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
So kalau lecture note tu dalam Ipad Air yang serba ringan ni , mudah lah !
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Blog Walking bersama RedBellas : Dream Escape
Memang mudah untuk kita mengulang kaji dan boleh dibawa ke mana mana jua tak kira tempat.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Sebab sekarang ni lecturer selalu mengajar menggunakan slide dan bukan melalui buku lagi
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Blog Walking bersama RedBellas : Dream Escape
Ya, seronok jika masukkan slide nota dan gunakan time dalam kelas. Nampak lebih bergaya.
Curahan rasa Vander Good @ ..Blogger Buat Duit Online
Mudah sangat sebab boleh transfer nota ke dalam ipad ni untuk rujukan para pelajar.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Beralih daripada dunia blogging, ramai student yang gunakan Ipad untuk belajar
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Blog Walking bersama RedBellas : Dream Escape
Ya, banyak pelajar sekarang yang gunakan ipad untuk belajar berbanding bawa buku sebab lebih mudah dan tidak membebankan.
Curahan rasa Vander Good @ ..Blogger Buat Duit Online
Ramai student dah ada ipad sendiri kerana bagi mereka ipad ni lebih memudahkan kerja mereka untuk mengulang kaji.
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Giveaway Cuti Sekolah By JiwarOsak
Comments are closed.