Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ramai yang tahu bahawa terdapat ramai daripada anda di luar sana yang tahu apa itu blog. Namun, ada juga yang masih ingin tahu mengenai sejarah dan keadaan industri blog masa kini.
Blog pertama yang wujud telah dicipta oleh Justin Hall, pada bulan Januari 1994. Pelajar kolej ini lebih awal dari zamannya, bahawa dia telah membuat blog dengan nama links.net yang beliau anggap sebagai ‘laman peribadi’. Tetapi, blog seperti yang kita ketahui hari ini telah menjadi lebih daripada satu buku harian ringkas di laman sesawang. Blog hari ini telah mendapat tempat di antara sumber maklumat paling boleh dipercayai di internet.
Blog juga penting bagi mereka yang mempunyai perniagaan tidak kira secara offline atau online. Kajian menunjukkan individu atau syarikat yang mempunyai blog:
- telah menerima lebih 97% pautan ke laman sesawang.
- lebih 70% pengguna mendapatkan maklumat lanjut di artikel blog.
- 94% pembaca yang menekan butang ‘share’ ingin berkongsi maklumat dengan dunia atas talian.
- pelawat bertambah sebanyak 55% ke laman blog.
- 92% pelanggan yang diperolehi adalah dari artikel-artikel di blog.
Kenapa orang suka blog?
Terdapat kira-kira 1.5 bilion blog di internet. Individu, perniagaan kecil, dan bahkan syarikat besar adalah ahli komuniti blog. Blog juga sangat penting untuk pemasaran dan perhubungan awam dan mereka meningkatkan jualan ‘e-commerce’ dan sesuai untuk manaiktaraf perniagaan.
Anda tidak perlu menjadi seorang pakar dalam teknologi atau pakar memasak untuk menulis blog. Apa yang perlu anda lakukan ialah menulis tentang sesuatu yang anda hayati dengan lebih mendalam. Terdapat banyak cara untuk membentangkan topik tertentu tetapi perkara yang paling penting adalah jujur, supaya blog dapat menjadi terjemahan dari fikiran, pengetahuan dan pendapat anda.
Blog hasilkan pendapatan?
Ramai penulis blog sudah berkongsi cara membuat duit dengan blog. Sekiranya ramai yang mengikut tips-tips yang telah diberikan. Di antaranya adalah affiliate, google adsense, pengiklanan ‘banner’, ulasan berbayar, kursus online, penulis jemputan dan banyak lagi.
Anda boleh memberi maklumat, provokatif, pendidikan, hiburan dan seribu perkara lain tentang anda dan topik anda akan membentuk ‘niche’ blog anda. Sebaik sahaja blog anda mula memperoleh keperibadian tertentu, ia akan menarik orang yang berfikiran sama. Dan dari situlah bermulanya ‘unique visitor’, pageviews dan pelbagai lagi aspek untuk dikepilkan di dalam portfolio anda.
Bagi yang ingin bimbingan dengan blog, boleh sertai Elite Blogger Program.
Justeru terdapat kepentingan juga untuk para usahawan mempunyai blog sendiri kerana kajian telah menunjukkan betapa pentingnya blog untuk sesebuah syarikat di samping menjadi sebahagian identiti. Industri blog dunia telah menunjukkan bahawa kepentingan artikel di blog juga untuk jangkamasa yang panjang.
Sememangnya kita ada membuat perkongsian di laman sosial media, namun kita tidak tahu setakat mana dan sejauh mana perkongsian itu bertahan. Berbanding dengan menggunakan medium blog sebagai alat pemasaran dan jika ditanya secara peribadi kepada penulis, lebih memilih platform WordPress sebagai pilihan.
Bagi mereka yang sudah menjadi penulis blog, sudah tentu ada perancangan dan halatuju dalam memperhebatkan lagi kuasa dan pengaruh blog masing-masing. Kajian juga menunjukkan :
- 33% penulis blog menghabiskan masa sekitar 6 jam untuk hasilkan artikel berkualiti tinggi termasuk optimasi carian enjin.
- 15% penulis blog menggunakan video dalam artikel.
- 23.3% penulis blog memuatnaik artikel pada hujung minggu berbanding 20% pada hari biasa dengan kekerapan 2 hingga 6 artikel.
- 31.7% penulis blog akan sentiasa memeriksa analytic blog mereka.
- 77.7% penulis blog meletakkan gambar di dalam artikel dan lebih 51% meletakkan lebih daripada satu gambar.
Di sini telah menampakkan betapa pentingnya industri blog tidak kira untuk individu mahupun syarikat yang cukup banyak di luar sana masih belum mempunyai blog sebagai identiti dan salah satu cabang pemasaran. Semoga panduan ini akan menyemarakkan industri blog pada tahun 2018 dan anda lebih yakin apabila mendalami ilmu blog.
89 Comments
Ya saya masih suka ada blog, lagi suka kalau ada sahaja Email Taniah atau graf jualan pada laman e-commerce yang kita sertai.. Meningkat.
Curahan rasa onlajer @ ..Beli Elba smart cooker untuk kemudahan tambahan dapur anda.
terima kasih tuan atas perkongsian. By the way, kebanyakan pengguna mencari maklumat dlm internet.Secara tak langsung info dari blogger menjadi rujukan mereka. InsyaAllah, saya akan lebih improve pengetahuan ttg dunia blog ini.
Ya. Saya pun kembali menggunakan blog sebagai salah satu medium pemasaran. Kesilapan terbesar saya pernah buat adalah tidak konsisten menulis blog satu ketika dahulu.
Saya bermula pada 2011. Ada satu blog di blogger.com tentang servis perakaunan saya. Pada 2013, dapat satu tugasan hasil daripada carian klien di Google dan terjumpa blog saya.
Ternyata, kalau konsisten dalam menulis blog di samping strategi yang tersusun, pasti membuahkan hasil yang lumayan.
Semoga tahun 2018 membawa kebaikan buat semua blogger yang ada.
Curahan rasa izwan @ ..Buat Duit Online Dengan Lanchar
kalau digunakan dengan bijak, blog boleh jadi sumber pendapatan utama. seronok tgk ibu2 yang ranca buat duit dengan blog
Curahan rasa nikkhazami @ ..Ulasan Filem Battle of The Sexes
blog sudah menjadi satu industri yang mampu memampan ekonomi negara.. ramai yang sudah menjana pendapatan full time baik part time pun ada… itu kita kena akui
Curahan rasa zik @ ..5 Tips tingkatkan traffic (traffik) blog part1
Harap agar penulis artikel menulis maklumat dengan bersungguh-sungguh agar maklumat yang disampaikan adalah tepat dan benar.
Curahan rasa semakkini @ ..Harga Passport Antarabangsa Untuk Tahun 2018
Salam Tuan,
Betul apa yang diceritakan dalam post ini. Hala tuju blogger rasanya akan terus berkembang dengan lebih bangak pengetahuan IT yang di sasarkan kepada semua golongan. Malah sumbr pendapatan memalui online telah menjadikan minat blogging terus berkembang.
Curahan rasa Panduan Terkini @ ..18 Cara Tradisional Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan
Bila buat blog, dah tahu hala tuju, bukan sekadar suka suka sahaja 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Gred N41
Blog adalah Sumber ilmu bagi saya. Kalau nak travel ke mana-mana, biasanya saya akan rujukan melalui blog Traveler. Sama juga untuk pelbagai maklumat lain.
Setuju, lihat pengalaman orang lain untuk lancarkan perjalanan kita travel ke tempat orang.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41
info bagus ni. makin bersemangat nak berblogging. di samping minat, boleh jugak buat lubuk duit
Curahan rasa kauthar mohd @ ..10 sebab kenapa vivix boleh kecutkan cyst dan fibroid
Blog menumpukan pengguna yang cari maklumat, laman sosial lebih kepada maklumat yang cari pengguna.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Gred N41
Bagus info nie.Perkongsian yang padat dan bermaklumat.Semakin bersemangat nak berblog nih.Makin ramai la rajin nak berblog nanti.
Curahan rasa Ira @ ..Apa Bahan Yang Digunakan Dalam Produk Shaklee Bahagian 14
best juga kalau dapat join.. artikel ni sgt menarik menjadikan rasa semanagt nak berblog..
jadi inget abang nara begitu hebat mereka mengelola blog ya sampaibisa setenar dan sekaya itu
Curahan rasa ABD KADIR RUSDI @ ..Seberapa bersihkah Hati Anda
Teruja dengan situasi yang ada dalam dunia blog sekarang. Bila lihat beberapa platform lain yang punyai rencahnya sendiri, blog medium yang kian berkembang dan kekal relevan untuk banyak tujuan. Yang penting kena dalami ilmu ikut hala tuju blog tersebut.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Pasar Kemboja Tempat Shopping Wanita Pada Hari Sabtu di Parit Buntar
Dengan blog, ibarat kita bina kolam sendiri, bela pembaca sendiri. Media sosial ibarat tempat untuk memancing pembaca sahaja.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Gred N41
Perkongsian yang bagus. Ramai boleh tahu hala tuju blogging.
Tak rugi join Elite Blogger Program. Banyak manfaat.
Curahan rasa cikpinz @ ..Telefilem Pok Ya Cong Codei Realiti Sebenar Masyarakat
Comments are closed.