Ibu pintu kita ke Syurga dan pintu berbagai rezeki di dunia

Spread the love

Kami sampai di rumah sepupu di Nyalas agak lewat kerana ada bas terbakar dalam perjalanan.

Sampai je saya nampak sepupu saya melambai-lambai minta masuk ke pintu belakang.

Alhamdulillah sempat juga bawa emak menatap wajah kakaknya kali terakhir.

Selepas emak dan saya mencium dahi arwah, sepupu pulak mencium sambil teresak-esak.

Sepupu menangis teresak-esak ketika solat jenazah yang dihadiri lebih daripada 30 jemaah.

Melihat sekujur tubuh ibu kaku pasti sudah tak mampu kita lakukan apa-apa selain menguruskan sehingga ke liang lahat.

Ketika hidupnya lah kita boleh berebut-rebut untuk beri khidmat sebanyaknya, bila sudah tiada hanya amalan baik yang boleh kita hadiah kepada bonda tersayang.

Ibu adalah pintu kita ke Syurga juga pintu berbagai rezeki di dunia.

Kalau kita ada masalah keluarga, masalah anak-anak, bisnis tak menjadi, kerja asyik ada masalah, masalah dengan jiran dan kawan-kawan, banyak hutang, jiwa kacau dan berbagai masalah dunia maka semak hubungan kita dengan ibu. Perbetulkan segera kalau sudah tiada air mata darah tak akan dapat memutar waktu.

Semuga Mak Cik ditempatkan di samping para solehin.

Al Fatihah.


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!