Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, majlis atau event yang dianjurkan oleh Denaihati Network kerap diadakan di Hotel Singgahsana PJ. Event Sepetang Bersama Blogger 2013 baru-baru ni pun Hotel Singgahsana PJ dipilih sebagai lokasi majlis atas beberapa sebab.
Hotel Singgahsana Petaling Jaya terletak di tengah-tengah Petaling Jaya dalam kawasan perniagaan dan komersial menjadikan Hotel Singgahsana PJ mudah bagi orang ramai untuk sampai ke tempat urusan kerja dan ke tempat yang menjadi tarikan bandar.
Lokasinya 15 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur. Hotel Singgahsana PJ ini mempunyai akses yang mudah kepada kemudahan awam dan kemudahan perbandaran seperti Stesen LRT Taman Jaya, perkhidmatan bas RapidKL Bersepadu dan pusat membeli-belah yang popular Amcorp Mall yang kesemuanya terletak dalam jarak 5 minit berjalan kaki.
Di Hotel Singgahsana PJ, rekabentuk kontemporari dan hiasan lembut dengan pencahayaan lembut memberikan suasana sekitar yang menarik dan menenangkan di dalam 50 bilik di hotel ini termasuk bilik deluxe dan keluarga.
Kalau nak ngeteh di sini dihidangkan Teh Tarik antara yang terbaik di Kuala Lumpur. Kalau buntu mencari tempat untuk makan tengahari dan makan malam datang sahaja ke Hotel Singgahsana yang menyediakan makanana citarasa Melayu yang enak dan murah. Kepada yang suka cendol memang tak akan kecewa sebab biasanya ada dalam buffet makan tengahari.
Kalau nak buat majlis kenduri kahwin, seminar, latihan, majlis berbuka puasa, reunion dan gathering seperti #SBB2013 memang sesuai sebab ada berbagai saiz dewan yang boleh ditempah mengikut jumlah tetamu. Paling bagus bagus Hotel Singgahsana menyediakan ruang parkir yang luas dan murah.
Hotel Singgahsana memang istimewa kerana pada tahun 2012 Denaihati telah menganjurkan Seminar WordPress di sini memang terbaik ditambah dengan fasiliti WiFi yang sediakan. Denaihati Network juga telah menganjurkan Sepetang Bersama Blogger di sini dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2012 dan 2013.
Untuk tempahan dan pertanyaan boleh hubungi talian 03-7956 2100 atau email kepada [email protected] atau layari laman web www.hspj.com.my untuk maklumat lanjut.
Dapatkan bantuan peribadi oleh wakil jualan untuk tempahan bilik dan majlis di Hotel Singgahsana:
- Abd Manaff: 013-339 7311
- Norliza: 017-397 3829
- Julyn: 016-643 0474
- Nani: 013-377 2633
- Najah: 012-667 7276
HOTEL SINGGAHSANA PETALING JAYA
Persiaran Barat, Off Jalan Sultan,
P.O Box 512,
46760 Petaling Jaya, Selangor
Malaysia
72 Comments
Kapan-kapan kalau ke Malaysia saya pasti lihat ke sana.. 🙂
Curahan rasa Hybrid car @ ..Customizing your vehicle
Di Indonesia ada pula hotel singgahsana dan juga hampir mirip dengan hotel di PJ ini
dannn… satu lagi, tak pernah join mana2 hi-tea di hotel… teringin juga
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Dunia tanpa kaca mata
tak pernah jejak lagi ke hotel ini..
sy ada kakak yg menetap di Kelana Jaya, PJ. dekat sekali dgn FAM
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Dunia tanpa kaca mata
pengeng ikut jalan-jalan ke Malaysia nih…
Curahan rasa masigit @ ..Blazer Jeans Murah JKT02
tak pernah singgah lagi hotel tuh…mungkin suatu hari nanti…:)
Curahan rasa papa mifz @ ..Contest Kaca Mata PapaMifz.com
PokCik pernah lunch dihotel ini hujung tahun lepas…Not bad la makanan yang disediakan..Cuma space ruangan makan agak sempit….Masa tu ada program lunch disitu yang melibatkan hampir 100 orang…ruangan yang sempit memyebabkan ada yang kena cari sampai ruangan luar untuk makan…..tapi bila ramai-ramai inilah yang menyeronokkkan bagi pOkCIk
Curahan rasa PokCik @ ..Selangor VS Kelantan (Epik game)
Menarik …kalau ada rezeki nak cuba minuman dan amsakan di hotel ni
sha ada puji hotel Singgahsana dlm entry sha selepas sbb2013. pendek kata elakkan membazir di Hotel Singgahsana pun faziliti nya lengkap lokasi terbaikkk (tak jammed sgt mcm di Golden Triangle KL) huhu
Curahan rasa sha @ ..Tiada lagi #SaveJejai
Emm menarik bunyinya..hehe..teh tarik ke yang sedap kat sini?hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Amanah Dalam Kehidupan Seharian
dah lama terlibat dengan majlis2 di singgahsana hotel ni, memang terbaekkkk lah
Setakat Kak Siti
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Akreditasi Rumah Sakit
Sebelum ini tak kenal juga hotel singgahsana tetapi oleh kerana #SBB2013 saya kenal.
Curahan rasa ProfHariz @ ..Hidup Perlu Belajar Dari Kekecewaan Baru Berjaya ?
tahniah kepada pemenang2.hmmmm
Curahan rasa Tahukah Anda @ ..Jom Derma RM1 Untuk Palestin
Kalau tak silap kumpulan HIJAZ selalu buat persembahan kat sini kan….
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..HAZMAN vs FOOD – Mee Soba Jepun SECRET RECIPE
lambat tahu pasal hotel ni. kalu tau mesti dah booking tuk makan malam sempena anniversary..huhuhu
Curahan rasa sumijelly @ ..Perasmian Pusat Transformasi Bandar (Utc) Negeri Perak Oleh Yab Perdana Menteri Malaysia.
Comments are closed.