Hidup Seorang Blogger entri wajib 1

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, 2 hari yang penting iaitu 22/8 dan 29/8  untuk contest “HIDUP SEORANG BLOGGER” telah tiba. Bukan sahaja rara tetapi ramai peserta yang bertanya berbagai soalan antaranya “saya nak tanya, seo contest tu, dikira bagaimana ye? kalau blog tersenarai antara 10 ranking di google.com tetapi bukanlah berkenaan entri, malah ranking itu masuk kerana nama blog adalah ‘hidup seorang blogger’, adakah ranking itu akan dikira ataupun ianya hanya dikira jika dua entri yang dibuat berada di top 10?“.

10 pemenang yang akan diambil kira mestilah tersenarai top 10 di google.com yang telah berdaftar sebagai peserta dan telah terbitkan entri wajib pada 00.01am – 11.59pm 22/8 dan 29/8 pada jam. Seandainya peserta berdaftar tersenarai top 10 tetapi tidak buat 2 entri wajib pada tarikh ditetapkan maka peserta yang seterusnya dikira pemenang. Seandainya peserta menyenaraikan dua blog maka kedua-dua blog wajib juga buat entri wajib tetapi sekiranya kedua-dua blog masuk dalam top 10 hanya blog yang ranking teratas sahaja dikira sebagai pemenang. Peserta yang menggunakan blog selain blog yang didaftar untuk entri wajib juga tidak layak.

Tahniah kepada 70 blogger hebat yang telah mendaftar sebagai perserta contest SEO kali ini. Sila tinggalkan link entri wajib di ruangan komen dan semua akan di senaraikan dalam entri ini. Strategi peserta adalah bebas cuma janganlah menggunakan strategi yang curang. Bertandinglah secara sihat. Kepada blogger lain yang tidak layak menjadi peserta anda juga dijemput untuk memeriahkan contest ini dengan membuat entri khas bertajuk Hidup Seorang Blogger manalah tahu kemungkinan ianya memberi faedah SEO dan Pagerank.

Senarai entri wajib 1 Hidup Seorang Blogger.

[ad#Mangga 300]


Spread the love

271 Comments

  1. Salam….

    Masih tak puas hati ni….nak tanya. Entry saya dipublishkan jam 12 tengahari 22 Ogos, cukup syarat, tapi saya hanya tinggalkan link di sini sekarang…..bolehkah di terima? Lepas publish pg semalam, dah datang sini tp terlupa nak tinggalkan link…..berbanyak maaf. Buktinya,boleh check ruangan komen yg dipaparkan masa komen terawal….Terima kasih…

    http://azilas.blogspot.com/2010/08/hidup-seorang-blogger.html
    Curahan rasa iza @ ..Mengimbau Kenangan Silam 1 RamadhanMy Profile

  2. Alhamdulillah akhirnya bisa masuk dalam barisan tahap pertama, sekarang saatnya untuk memantapkan posisi di puncak sambil menunggu masa entri wajib 2 dilaksanakan. Bagi yang lolos juga, selamat kuucapkan buat kalian semua. Mari kita ramaikan contest Hidup Seorang Blogger ini dengan kejujuran dan semangat kekeluargaan…
    Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..Peluang Sukses Bersama Big Eagle WorldMy Profile

  3. Pingback: Anarm.Net
      1. bro nak detect waktu publish senang je. kalau dia berdaftar dengan KakiKomplen, kat sana ada waktu dan tarikh bila dia dipublishkan. Mudah je nak semak. Tapi kalau dia tak berdaftar, maka susah skit nak tau sebab bukan semua template ade waktu publish. yang ade cume tarikh jer.
        Curahan rasa Kreuger @ ..Contest- Hidup Seorang BloggerMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!