Hidup bahagia dengan berbelanja bijak di nile.com.my

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia,

Minggu ni sangat menggembirakan apabila bungkusan yang dinanti telah tiba. Bungkusan apa? Bungkusan daripada pembelian online. Sudah agak lama tidak membeli belah online disebabkan harga yang meningkat sehingga 3 kali lebih tinggi daripada biasa. Berkira betul sejak dua menjak ni, terutama bila harga minyak RON95 naik duposen.

Tapi semuanya berubah bila terjumpa dengan laman web online Nile.com.my beberapa bulan lepas seperti dalam entri “pengalaman membeli belah di Nile“, mereka menyediakan pelbagai barangan dengan harga yang lebih rendah berbanding dengan model perniagaan yang lama. Ini semestinya memberi kelebihan kepada kita, sebagai pengguna. Perkhidmatan mereka juga sudah tidak perlu dipertikaikan lagi, memang efisyen dan memuaskan hati.

Tudung cantik dan menarik di nile.com.my
Tudung menarik hanya RM19.90
Pelbagai beg wanita untuk pilihan
Dua dalam satu beg wanita berkualiti pada harga RM45.50
Beg wanita pada harga berpatutan
Satu lagi pilihan beg wanita pada harga RM39.80
Fesyen dengan harga patut di nile.com.my
Nile.com.my memberi anda peluang untuk menikmati fesyen pada harga yang berpatutan, kemeja ini berharga RM36.90
Pelbagai pilihan seluar jeans
Seluar Jeans pada harga RM47.80 ini memang selesa di pakai

Nile.com.my juga telah membuat penjenamaan semula untuk perkhidmatan 24 Jam Cash On Delivery menggunakan motorsikal. Perkhidmatan ini merangkumi kawasan KL, PJ dan Subang. Sekiranya anda ingin mendapatkan barangan yang anda tempah dalam tempoh 24jam dan ingin membayar semasa menerima barangan tersebut, pastikan anda menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak Nile.com.my ini.

Perkhidmatan penghantaran bermotorsikal oleh Nile.com.my

Selamat membeli belah di www.nile.com.my

Kepada rakan-rakan yang ada pengalaman shopping online di Nile.com.my seperti Fatin Liyana jomlah kongsikan …


Spread the love

88 Comments

  1. Assalammualaikum…bro denaihati,

    wahhh.. banyak pilihan dan seronok berbelanja online nie…sebab harga lebih murah .. sebab niaga online tak perlu bayar sewa kedai dan pekerja. sebab tu harga murah.. dan kepercayaan orang ramai terhadap business online nie semakin meningkat.. sebb kos hidup yg semakin meningkat.

    Kalau nak kuar gi shopping nak bayar tol,minyak,parking dan lain2 kos melepas.. dengan online masalah ini tiada lagi..(ayat promote nie)…

    mselim3
    Curahan rasa mselim3 @ ..Pedang Rasullulah SawMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!