Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, soalan biasa dari kawan-kawan bila mereka tahu kita blogger ialah boleh buat duit ke jadi blogger ni dan macam mana buat duit dengan blog. Kepada yang datang seminar buat duit dengan blog 2012 pasti tahu ada macam-macam cara buat duit dengan blog.
Memang ada macam-maca cara buat duit dengan blog tapi cara paling popular dan jadi rebutan di kalangan blogger adalah buat duit dengan iklan. Memanglah kalau kita tengok kebanyakan pemain industri online seperti Google, Yahoo, Bing, Facebook, Twitter dan lain-lain buat duit dengan iklan. Biasa kita baca di dinding facebook dan entri blog perbincangan panas berapa kadar bayaran iklan yang sepatutnya dikenakan kepada pengiklan. Ada juga Blogger yang kurang puas hati kerana pengiklan lebih suka memberi iklan percuma dan ada blogger yang menerima.
Daripada banyak perbincangan yang aku buat dengan Rakan Blogger dan syarikat pengiklan masih ramai lagi yang tak tahu bagaimana nak letak nilai sebenar iklan di blog. Ramai yang menilai kadar iklan dengan merujuk kepada trafik blog semakin tinggi trafik semakin mahal iklan sebab itu hampir semua syarikat pengiklan akan minta laporan trafik sesebuah blog. Jadi bila trafik sikit automatik blogger akan letak harga terlalu murah sehingga menjejas harga pasaran.
Tak banyak pengiklan faham kenapa mereka perlu beriklan di blog dan tak ramai blogger yang dapat menerangkan kenapa pentingnya syarikat mengiklankan produk dan perkhidmatan di blog. Banyak syarikat beriklan di blog kerana mengikut trend syarikat lain yang beriklan di blog dan paling penting harganya lebih murah berbanding beriklan di media masa yang lain. Ramai Blogger pulak menerima iklan sebab nak dapat pendapatan online seperti blogger lain sebab itu ada yang sanggup menerima dengan harga yang rendah.
Bagi aku trafik blog bukan sebab paling utama untuk syarikat beriklan di blog. Trafik blog datang dan pergi, paling lama biasanya satu-satu iklan boleh diletak sebagai sticky post adalah 48 jam jadi selepas itu iklan tersebut akan hilang daripada pandangan pembaca. Sebenarnya faktor paling penting untuk beriklan di blog adalah kekuatan SEO blog tersebut yang membolehkan iklan tersebut kekal lama di search engine.
Blog yang mempunyai kekuatan SEO akan menjadi orang tengah untuk meletakan produk atau perkhidmatan sesebuah syarikat di top 10 search engine. Kewujudan iklan syarikat tersebut di top 10 search engin dalam tempoh yang lama akan membantu meningkatkan jualan. Seorang pakar “online marketing” telah membongkar rahsia perbezaan jualan rank no 1 dan rank no 10 di Google adalah lebih daripada sepuluh kali ganda. Syarikat yang faham kuasa SEO sanggup membayar iklan berapa sahaja kerana dengan sekali bayar mereka akan menguasai pasaran dalam tempoh yang lama berbanding beriklan di media masa yang hanya dipaparkan dalam tempoh yang singkat.
2014 adalah tahun untuk blogger belajar dan menguasai ilmu SEO kerana dengan kekuatan SEO anda boleh meletakkan harga iklan yang lebih mahal. Dengan ilmu SEO blogger boleh meyakinkan banyak syarikat yang sedang tercari-cari cara promosi yang terbaik untuk meningkatkan jualan mereka walaupun dengan trafik blog yang sederhana sahaja. Peluang kepada Blogger terlalu besar kerana mengikut rekod terkini hampir 73% usahawan IKS Malaysia masih buta ICT. 73% daripada 645 ribu IKS Malaysia adalah peluang kepada blogger yang mahir SEO. Jangan sekadar berlegar-legar dan berebut pada syarikat yang sama sehingga menawarkan harga iklan yang terlalu rendah dan kemudian bermasam muka antara blogger. Rakan blogger kena belajar dari Blogger Eyriqazz yang sentiasa berani mencari peluang baru dalam industri yang sangat luas.
Rahsia paling utama adalah menguasai ilmu SEO yang mampu meletakan iklan di muka pertama search engine. Dengan ilmu SEO yang mantap walaupun trafik blog sederhana blogger boleh menetapkan harga iklan yang lebih mahal senilai dengan ilmu yang ada dan dihormati oleh syarikat pengiklan. Nak belajar ilmu SEO pun kena keluar modal tapi apa salahnya keluar sikit untuk pendapatan online yang berganda-ganda yang boleh mengubah nasib keluarga dalam dunia yang semakin mencabar. Siapa lagi nak mengubah diri kita selain diri kita sendiri.
588 Comments
“Harga sebenar iklan di blog” tapi sekarang ini membuat blog itu tidak mudah ya untuk mendapatkan traffic, kalau dulu cuma copy paste bisa terindex kalau sekarang menulis sendiri saja lama terindexnya
Curahan rasa Pengobatan Alami Alzheimer @ ..Pengobatan Alami Alzheimer Dengan Jus Manggis Xamthone Plus
Untuk mendapatkan traffik kekal selamanya.. SEO adalah segalanya…
Menarik juga ni… bila akan diadakan seminar buat duit dengan Blog?
Curahan rasa Zuraida Rahim @ ..Tak sabar nak shopping PERCUMA di AEON
cat dirumah aku jugan dulux donk
Curahan rasa Obat Liver Tradisional @ ..Pengobatan Liver Tradisional
wiiihh enk banget tu yaa bisa menghasilkan uang dari blog…
tp bljr SEO nya ini yang susah gan
Curahan rasa rizky @ ..Cara Mudah Melakukan Lucid Dream
Nak tau lebih tetang SEO!! TQ
http://ctmayam.blogspot.com/
sangat setuju.. saya pun masih berusaha belajar mengenai SEO.. ia bukan sesuatu yang mudah bila tiada ilmu… masih blur.. In sha Allah ada rezeki nak juga ke kelas untuk belajar SEO dan penulisan yang betul.
Curahan rasa Zifa @ ..Promosi Vita-Lea (Multivitamin) Buy 6 FREE 1
Betul, banyaknya traffic tidak boleh jadi kayu ukur sekiranya pengiklan melakukan iklan melalui artikel, sbb pada pendapat sy kalau berdasarkan traffic lebih baik iklan di side bar atau iklan teks/banner di dalam artikel samada atas atau bawah. Jadi iklan akan selalu kelihatan.
Manaala, jika pengiklan nak beriklan di blog melalui post artikel, memang kena lihat kekuatan SEO blog samada dari segi PR dan backling authority. Itu dapat menjamin tahan lama artikel tersebut di 1st Search Engine Result Page walaupun artikel tersebut tidak kelihatan di dalam blog yg diiklankan.
Curahan rasa Afiffuddin @ ..Daftar eKasih Online – Cara bagaimana mendaftar borang bantuan eKasih
Artikelnya bagus 🙂
Saya sekarang ini masih berusaha memperbaiki SEO, masih dalam tahap belajar seo ni, namun hasilnye belum seberapa..
Curahan rasa Gadget Terbaru @ ..Daftar Harga HP Lenovo Android Terbaru 2014
Saya blogger baru.
Nak tanya,
1) adakah pengiklanan itu kita tawarkan sejak hari pertama walaupun trafik dan SEO masih belum kuat?
2) adakah kita yang mencari pengiklan atau pengiklan cari kita?
Sedang berusaha memperbaiki Blog SEO. Tapikan DH macammana nak tau kekuatan SEO sesuatu Blog ya coz kalau ikutkan entry di muka pertama tu bergantung pada topik entry kita kan..ada yang muka pertama ada muka dua ada muka tiga dan macam-macam lagi lah..so in general macammana ya. Thanks ya!!!
Curahan rasa raudzah @ ..Nasi Beriani Percuma…
memang sukar untuk berada pada halaman utama kerana persaingan dalam berjuta artikel..perlu ada kemahiran SEO on page dan seo offpage.
emang sudah pantas kalau blog traffic dan populer emang selayaknya dia pasang tarif yang mahal……
salam kunjungan good luck
bagus juga artikelnya terima kasih….
Curahan rasa Obat Penyakit Rematik Ampuh @ ..Obat Penyakit Hepatitis Ampuh
terima kasih atas perkongsian pandangan
kunci SEO sepatutnya pengiklan pegang. trafik tegar mmg sesuai utk dijadikan pengukur harga iklan blog tetapi jika trafik injin carian kurang ssuai. mungkin trafik byk kerana sesuatu entry semasa atau keyword tertentu.
Curahan rasa Sop @ ..Bermain layang-layang di Pantai Batu Buruk
Susahnya belajar ilmu seo,,,butuh waktu berapa lama tuh supaya ranking 1 di google…bagaimana dengan blogku yang masih baru ini?
Curahan rasa MULTIMEDIA @ ..Materi Dasar-Dasar Pemrograman
Comments are closed.