Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, soalan biasa dari kawan-kawan bila mereka tahu kita blogger ialah boleh buat duit ke jadi blogger ni dan macam mana buat duit dengan blog. Kepada yang datang seminar buat duit dengan blog 2012 pasti tahu ada macam-macam cara buat duit dengan blog.
Memang ada macam-maca cara buat duit dengan blog tapi cara paling popular dan jadi rebutan di kalangan blogger adalah buat duit dengan iklan. Memanglah kalau kita tengok kebanyakan pemain industri online seperti Google, Yahoo, Bing, Facebook, Twitter dan lain-lain buat duit dengan iklan. Biasa kita baca di dinding facebook dan entri blog perbincangan panas berapa kadar bayaran iklan yang sepatutnya dikenakan kepada pengiklan. Ada juga Blogger yang kurang puas hati kerana pengiklan lebih suka memberi iklan percuma dan ada blogger yang menerima.
Daripada banyak perbincangan yang aku buat dengan Rakan Blogger dan syarikat pengiklan masih ramai lagi yang tak tahu bagaimana nak letak nilai sebenar iklan di blog. Ramai yang menilai kadar iklan dengan merujuk kepada trafik blog semakin tinggi trafik semakin mahal iklan sebab itu hampir semua syarikat pengiklan akan minta laporan trafik sesebuah blog. Jadi bila trafik sikit automatik blogger akan letak harga terlalu murah sehingga menjejas harga pasaran.
Tak banyak pengiklan faham kenapa mereka perlu beriklan di blog dan tak ramai blogger yang dapat menerangkan kenapa pentingnya syarikat mengiklankan produk dan perkhidmatan di blog. Banyak syarikat beriklan di blog kerana mengikut trend syarikat lain yang beriklan di blog dan paling penting harganya lebih murah berbanding beriklan di media masa yang lain. Ramai Blogger pulak menerima iklan sebab nak dapat pendapatan online seperti blogger lain sebab itu ada yang sanggup menerima dengan harga yang rendah.
Bagi aku trafik blog bukan sebab paling utama untuk syarikat beriklan di blog. Trafik blog datang dan pergi, paling lama biasanya satu-satu iklan boleh diletak sebagai sticky post adalah 48 jam jadi selepas itu iklan tersebut akan hilang daripada pandangan pembaca. Sebenarnya faktor paling penting untuk beriklan di blog adalah kekuatan SEO blog tersebut yang membolehkan iklan tersebut kekal lama di search engine.
Blog yang mempunyai kekuatan SEO akan menjadi orang tengah untuk meletakan produk atau perkhidmatan sesebuah syarikat di top 10 search engine. Kewujudan iklan syarikat tersebut di top 10 search engin dalam tempoh yang lama akan membantu meningkatkan jualan. Seorang pakar “online marketing” telah membongkar rahsia perbezaan jualan rank no 1 dan rank no 10 di Google adalah lebih daripada sepuluh kali ganda. Syarikat yang faham kuasa SEO sanggup membayar iklan berapa sahaja kerana dengan sekali bayar mereka akan menguasai pasaran dalam tempoh yang lama berbanding beriklan di media masa yang hanya dipaparkan dalam tempoh yang singkat.
2014 adalah tahun untuk blogger belajar dan menguasai ilmu SEO kerana dengan kekuatan SEO anda boleh meletakkan harga iklan yang lebih mahal. Dengan ilmu SEO blogger boleh meyakinkan banyak syarikat yang sedang tercari-cari cara promosi yang terbaik untuk meningkatkan jualan mereka walaupun dengan trafik blog yang sederhana sahaja. Peluang kepada Blogger terlalu besar kerana mengikut rekod terkini hampir 73% usahawan IKS Malaysia masih buta ICT. 73% daripada 645 ribu IKS Malaysia adalah peluang kepada blogger yang mahir SEO. Jangan sekadar berlegar-legar dan berebut pada syarikat yang sama sehingga menawarkan harga iklan yang terlalu rendah dan kemudian bermasam muka antara blogger. Rakan blogger kena belajar dari Blogger Eyriqazz yang sentiasa berani mencari peluang baru dalam industri yang sangat luas.
Rahsia paling utama adalah menguasai ilmu SEO yang mampu meletakan iklan di muka pertama search engine. Dengan ilmu SEO yang mantap walaupun trafik blog sederhana blogger boleh menetapkan harga iklan yang lebih mahal senilai dengan ilmu yang ada dan dihormati oleh syarikat pengiklan. Nak belajar ilmu SEO pun kena keluar modal tapi apa salahnya keluar sikit untuk pendapatan online yang berganda-ganda yang boleh mengubah nasib keluarga dalam dunia yang semakin mencabar. Siapa lagi nak mengubah diri kita selain diri kita sendiri.
588 Comments
Blogger memang boleh menjadi satu kerjaya hebat. Penguasaan seo dapat menarik syarikat untuk beriklan di blog kita
Curahan rasa Faizal @ ..Promosi Bulan Julai 2014 – Vivix
Kalau ada blog trafik tinggi pastu ada kenal orang kuat dalam mana-mana syarikat,boleh buat duit woo..
Contohnya,kalau kita ada blog pasal kereta dan trafik kita memang ribu riban sehari..then ada kenal orang atasan dalam proton ke produa ke..boleh tanya diorang sama ada diorang berminat tak nak promote banner company di blog korang..Memang masyuk la jawabnya..
nampaknya adalah perkara wajib juga blogger menguasai SEO
Curahan rasa brohantu @ ..Langkah Keselamatan Ketika Memancing
Pasal Equrban tu … saya juga berjaya letakkan ia dengan keyword Qurban Murah … alhamdulillah, setakat ini pernah dapat 1 komisen daripada pihak mereka.
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Tak Pandai Berblog? Susah Betullah!
Sama dengan saya, sampai sekarang baru dapat 1 komisen dari equrban
Curahan rasa Dawaihati @ ..Menghasilkan Uang Melalui Blog
Best kalau selalu dpt iklan berbayar kat blog
Curahan rasa asraff @ ..Mr Bean Bantu Kemalangan Pemandu Kereta McLaren F1
jom2 belajo seo kaw kaw – ada peluang besar bidang ni kat Malaysia.
Curahan rasa encikarman @ ..Pantai Batu Burok Terengganu Aku Datang!
Betul tu bidang SEO ni ada potensi yg besar cuma kena sabar sebab pengiklan pun ada kerenahnya.
Betul tu, saya ada je orang yang tanya pasal pengiklanan ni, tapi ramai yang tak faham bagaimana sebuah entri SEO boleh bantu mereka. Akhirnya mereka diam seribu bahasa.
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Mencari Sesuap Nasi
Aku memang masih lemah lagi bab seo ni. Banyak sangat yang perlu dibelajar. Belum hadam 1 ilmu, datang 10 yg baru, inilah dunia blogger…
Curahan rasa Arman @ ..Pendapatan Pasif Anak Seawal Usia 12 Tahun
Emm blog Pondok Kecil..bab SEO memang tak mantap lagi..nanti dah mantap, baru syok wak duit dengan iklan ni..ke gane tuan Denaihati?
Curahan rasa Hafizul @ ..Pendapatan Ke 32 Dari Jobdirumah
Kena banyak sabar kalau nak capai tahap SEO dalam blog yang baik. Paling penting kena belajar … dan praktik. Belajar SEO sahaja tapi tak buat, takkan nampak hasilnya.
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Mencari Sesuap Nasi
alhamdulillah..nampaknya blog saya sudah kembali diindex.
sebelum ni banyak entri hilang di carian google, seakan-akan dikenakan penalti ke kenapa
Curahan rasa cikgu naman @ ..Takkan Nak Biar Berlalu Begitu Sahaja
Biasalah tu, Kadangkala RSS problem yang buatkan Google hilang arah. RSS penting kena mantap supaya ada enjin carian gunakan pendekatan ini untuk indeks, termasuklah Google sendiri.
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Tak Pandai Berblog? Susah Betullah!
nampak mudah tapi sebenarnya perlukan strategi yg berkesan..kalo tak sia2 apa yg kita buat di blog..
Curahan rasa JMR @ ..Waroeng Iga One Utama hidang ribs sambal hijau sedap.
Selain daripada ilmu SEO, untuk menjimatkan kos sesebuah pengiklanan itu adalah dengan menghalakan traffik ke landing page ataupun ke borang opt-in dimana dengan offer sesuatu yang bermanfaat untuk pelawat. Saya sukakan artikel denaihati ini kerana selama ini saya abaikan SEO. Rupanya SEO dan Email marketing itu sepatutnya digabungkan supaya ia menjadi mantap dalam pemasaran. Saya ada sediakan sebuah panduan percuma untuk kawan-kawan tentang email marketing. Klk saja di link saya. Saya harap dengan pemberian percuma ini dapat memberikan manfaat kepada anda 🙂
Curahan rasa suhaili @ ..Teknik Membina List Pemasaran Email Yang Responsif
wah..terus saya klik pautan ini untuk tahu dengan lebih lanjut
terima kasih ye
Curahan rasa cikgu naman @ ..Takkan Nak Biar Berlalu Begitu Sahaja
Satu kelebihan mereka yang nak jana income online ialah dengan adanya mailing list. Saya masih belum ada .. 🙂 nampaknya kena adalah satu.
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Mencari Sesuap Nasi
Masih belum jumpa jalan yg konsisten utk jana income pasif. Moga dipermudahkan jalan. ameen
moga berjaya bro hafiz
syok kan dapat jana secara pasif
tapi walaupun secara pasif, kita kena sentiasa aktif berusaha dulu..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Takkan Nak Biar Berlalu Begitu Sahaja
Ye niche main peranan penting…mesti maintain 3 ke 5 artikel yang niche yang sama setiap hari..baru blh naik ranking..
Curahan rasa JAWATAN KOSONG TERKINI @ ..JAWATAN KOSONG KERANI TADBIR
ooooo…ok2..dapat sesuatu yg penting hari ni..teerima kasih yer
Curahan rasa hafizmd @ ..Komisen Pertama Ashadee Bulan Mei
Bagus pencerahan ilmu ni … 🙂 siapa yang ikut mesti akan dapat habuan.
Curahan rasa hasrul hassan @ ..Blogger Hartanah AbangEnsem Undir Diri dan Jual Blog
bagus cadangan nieh tp 3-4 entry satu haru tu yang sikit payah sekarang nieh sebab masa yang ada pun cukup2 untuk benda penting
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
terimakasih atas informasinya gan, i like it 😀
Curahan rasa obat alami penyakit nyeri dada @ ..Obat Flek Paru Paru
terima kasih atas informasinya
Comments are closed.