Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, soalan biasa dari kawan-kawan bila mereka tahu kita blogger ialah boleh buat duit ke jadi blogger ni dan macam mana buat duit dengan blog. Kepada yang datang seminar buat duit dengan blog 2012 pasti tahu ada macam-macam cara buat duit dengan blog.
Memang ada macam-maca cara buat duit dengan blog tapi cara paling popular dan jadi rebutan di kalangan blogger adalah buat duit dengan iklan. Memanglah kalau kita tengok kebanyakan pemain industri online seperti Google, Yahoo, Bing, Facebook, Twitter dan lain-lain buat duit dengan iklan. Biasa kita baca di dinding facebook dan entri blog perbincangan panas berapa kadar bayaran iklan yang sepatutnya dikenakan kepada pengiklan. Ada juga Blogger yang kurang puas hati kerana pengiklan lebih suka memberi iklan percuma dan ada blogger yang menerima.
Daripada banyak perbincangan yang aku buat dengan Rakan Blogger dan syarikat pengiklan masih ramai lagi yang tak tahu bagaimana nak letak nilai sebenar iklan di blog. Ramai yang menilai kadar iklan dengan merujuk kepada trafik blog semakin tinggi trafik semakin mahal iklan sebab itu hampir semua syarikat pengiklan akan minta laporan trafik sesebuah blog. Jadi bila trafik sikit automatik blogger akan letak harga terlalu murah sehingga menjejas harga pasaran.
Tak banyak pengiklan faham kenapa mereka perlu beriklan di blog dan tak ramai blogger yang dapat menerangkan kenapa pentingnya syarikat mengiklankan produk dan perkhidmatan di blog. Banyak syarikat beriklan di blog kerana mengikut trend syarikat lain yang beriklan di blog dan paling penting harganya lebih murah berbanding beriklan di media masa yang lain. Ramai Blogger pulak menerima iklan sebab nak dapat pendapatan online seperti blogger lain sebab itu ada yang sanggup menerima dengan harga yang rendah.
Bagi aku trafik blog bukan sebab paling utama untuk syarikat beriklan di blog. Trafik blog datang dan pergi, paling lama biasanya satu-satu iklan boleh diletak sebagai sticky post adalah 48 jam jadi selepas itu iklan tersebut akan hilang daripada pandangan pembaca. Sebenarnya faktor paling penting untuk beriklan di blog adalah kekuatan SEO blog tersebut yang membolehkan iklan tersebut kekal lama di search engine.
Blog yang mempunyai kekuatan SEO akan menjadi orang tengah untuk meletakan produk atau perkhidmatan sesebuah syarikat di top 10 search engine. Kewujudan iklan syarikat tersebut di top 10 search engin dalam tempoh yang lama akan membantu meningkatkan jualan. Seorang pakar “online marketing” telah membongkar rahsia perbezaan jualan rank no 1 dan rank no 10 di Google adalah lebih daripada sepuluh kali ganda. Syarikat yang faham kuasa SEO sanggup membayar iklan berapa sahaja kerana dengan sekali bayar mereka akan menguasai pasaran dalam tempoh yang lama berbanding beriklan di media masa yang hanya dipaparkan dalam tempoh yang singkat.
2014 adalah tahun untuk blogger belajar dan menguasai ilmu SEO kerana dengan kekuatan SEO anda boleh meletakkan harga iklan yang lebih mahal. Dengan ilmu SEO blogger boleh meyakinkan banyak syarikat yang sedang tercari-cari cara promosi yang terbaik untuk meningkatkan jualan mereka walaupun dengan trafik blog yang sederhana sahaja. Peluang kepada Blogger terlalu besar kerana mengikut rekod terkini hampir 73% usahawan IKS Malaysia masih buta ICT. 73% daripada 645 ribu IKS Malaysia adalah peluang kepada blogger yang mahir SEO. Jangan sekadar berlegar-legar dan berebut pada syarikat yang sama sehingga menawarkan harga iklan yang terlalu rendah dan kemudian bermasam muka antara blogger. Rakan blogger kena belajar dari Blogger Eyriqazz yang sentiasa berani mencari peluang baru dalam industri yang sangat luas.
Rahsia paling utama adalah menguasai ilmu SEO yang mampu meletakan iklan di muka pertama search engine. Dengan ilmu SEO yang mantap walaupun trafik blog sederhana blogger boleh menetapkan harga iklan yang lebih mahal senilai dengan ilmu yang ada dan dihormati oleh syarikat pengiklan. Nak belajar ilmu SEO pun kena keluar modal tapi apa salahnya keluar sikit untuk pendapatan online yang berganda-ganda yang boleh mengubah nasib keluarga dalam dunia yang semakin mencabar. Siapa lagi nak mengubah diri kita selain diri kita sendiri.
588 Comments
Dalam membolehkan sesebuah blog itu menarik perhatian pengiklan, kena target juga …. kalau dah blog dok cerita pasal gosip artis je pun, susah juga nak dapatkan pengiklan seperti dari syarikat besar ….
Niche blog pun perlu bagi memastikan pengiklan yang dalam niche serupa ada niat utk iklan.
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Bina Blog Sendiri Percuma
Ya, saya sendiri masih lagi belajar cara SEO terbaik. Adakala menjadi .. adakala ke laut …. keliru kadang-kadang mengenai apa yang perlu dilakukan.
Jika WP, ada plugin yang boleh bantu … tetapi blogspot memang kena buat cara manual.
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Blogger Muslim Super
kekuatan seo? macam mana kita nak tahu kekuatan seo sesebuah blog?
Curahan rasa muja @ ..Geniee SSP, Syarikat Pengiklanan Dari Jepun Untuk Semua Blogger.
ilmu seo memang seronok untuk di pelajari.saya sendiri pun tetap belajar dari dulu sampai sekarang sebab engine carian sentiasa menukar kaedah mereka.yang betul-betul cari makan di blog memang kena pelajari ilmu ni.
Curahan rasa rahimah @ ..Nak Buat Bisnes ? Kaji Kekukuhan Syarikat Dulu
terima kasih untuk info yg berguna ni. walau dah byk tahu tapi ada juga perkara yg tak tahu. sama2 belajar 🙂
Curahan rasa iluvtour @ ..Malaysia Social Media Week 2014 dan Undilah iLuvTour
semuanya bergantung pd kekuatan SEO..ooooo..nak lebih mendalami pasal seo ni..
ada jugak tgk artikel sendiri turun naik di halaman enjin carian
mungkin seo masih goyah..nak kena dalami lg seo ni..thanks sharing..artikel yg memberi inspirasi
Curahan rasa yumida @ ..Ilmu Blogspot Blogger Malaysia
terima kasih tuan untuk entry ni…semakin brkembang skit ilmu sy dlam dunia blog =)
Curahan rasa nabila biela @ ..Hari Hijab Sedunia
Terima kasih buat artikelnya yang sangat bermanfaat. ditunggu postingan selanjutnya ya 🙂
menarik sekali artikelnya, berharap baik di tahun 2014 ini saya bisa mengembangkan skil SEO saya denga terus berlatih dan pantang menyerah, semoga denaihati.com tambah sukses
Curahan rasa hotal murah di jakarta @ ..Hotel Murah Di Jakarta Ada Di Goindonesia
Terimaksih telah berbagi infonya, info yang sangat bagus . sukses selalu untuk info and websitenya and be the best to the next info..
Curahan rasa Obat Jantung Tradisional @ ..Obat Jantung Koroner
Saya sangat bersetuju. SEO adalah kunci utama dalam kekuatan sesebuah blog. Traffic tinggi tapi kalau SEO blog tak kuat, tak akan kekal lama. Fokus pada SEO dan insyaAllah traffic akan automatik menjadi. 🙂
Curahan rasa TrendViral @ ..[Gambar] 2014 Mercedes-Benz A45 AMG Petronas Green Edition Yang Sangat Cool
Saya pun masih banyak yang perlu saya belajar tentang teknik SEO ini. Semangat belajar SEO ini sekejap tenggelam, sekejap timbul.
artikel ini menarik, saya suka gaya tulisan anda.
dalam proese pembelajaran SEO nih. hihi kalau ada artikel yang mudah difahami kan senang.
Curahan rasa shasha yacob @ ..Kisah Benar Kehidupan Jep Sepah Sebelum Jadi Pelawak
Masih belajar lagi untuk memantapkan blog dan mendalami SEO. Teringin jugak nak merasa iklan2 berbayar ni
Comments are closed.