Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, soalan biasa dari kawan-kawan bila mereka tahu kita blogger ialah boleh buat duit ke jadi blogger ni dan macam mana buat duit dengan blog. Kepada yang datang seminar buat duit dengan blog 2012 pasti tahu ada macam-macam cara buat duit dengan blog.
Memang ada macam-maca cara buat duit dengan blog tapi cara paling popular dan jadi rebutan di kalangan blogger adalah buat duit dengan iklan. Memanglah kalau kita tengok kebanyakan pemain industri online seperti Google, Yahoo, Bing, Facebook, Twitter dan lain-lain buat duit dengan iklan. Biasa kita baca di dinding facebook dan entri blog perbincangan panas berapa kadar bayaran iklan yang sepatutnya dikenakan kepada pengiklan. Ada juga Blogger yang kurang puas hati kerana pengiklan lebih suka memberi iklan percuma dan ada blogger yang menerima.
Daripada banyak perbincangan yang aku buat dengan Rakan Blogger dan syarikat pengiklan masih ramai lagi yang tak tahu bagaimana nak letak nilai sebenar iklan di blog. Ramai yang menilai kadar iklan dengan merujuk kepada trafik blog semakin tinggi trafik semakin mahal iklan sebab itu hampir semua syarikat pengiklan akan minta laporan trafik sesebuah blog. Jadi bila trafik sikit automatik blogger akan letak harga terlalu murah sehingga menjejas harga pasaran.
Tak banyak pengiklan faham kenapa mereka perlu beriklan di blog dan tak ramai blogger yang dapat menerangkan kenapa pentingnya syarikat mengiklankan produk dan perkhidmatan di blog. Banyak syarikat beriklan di blog kerana mengikut trend syarikat lain yang beriklan di blog dan paling penting harganya lebih murah berbanding beriklan di media masa yang lain. Ramai Blogger pulak menerima iklan sebab nak dapat pendapatan online seperti blogger lain sebab itu ada yang sanggup menerima dengan harga yang rendah.
Bagi aku trafik blog bukan sebab paling utama untuk syarikat beriklan di blog. Trafik blog datang dan pergi, paling lama biasanya satu-satu iklan boleh diletak sebagai sticky post adalah 48 jam jadi selepas itu iklan tersebut akan hilang daripada pandangan pembaca. Sebenarnya faktor paling penting untuk beriklan di blog adalah kekuatan SEO blog tersebut yang membolehkan iklan tersebut kekal lama di search engine.
Blog yang mempunyai kekuatan SEO akan menjadi orang tengah untuk meletakan produk atau perkhidmatan sesebuah syarikat di top 10 search engine. Kewujudan iklan syarikat tersebut di top 10 search engin dalam tempoh yang lama akan membantu meningkatkan jualan. Seorang pakar “online marketing” telah membongkar rahsia perbezaan jualan rank no 1 dan rank no 10 di Google adalah lebih daripada sepuluh kali ganda. Syarikat yang faham kuasa SEO sanggup membayar iklan berapa sahaja kerana dengan sekali bayar mereka akan menguasai pasaran dalam tempoh yang lama berbanding beriklan di media masa yang hanya dipaparkan dalam tempoh yang singkat.
2014 adalah tahun untuk blogger belajar dan menguasai ilmu SEO kerana dengan kekuatan SEO anda boleh meletakkan harga iklan yang lebih mahal. Dengan ilmu SEO blogger boleh meyakinkan banyak syarikat yang sedang tercari-cari cara promosi yang terbaik untuk meningkatkan jualan mereka walaupun dengan trafik blog yang sederhana sahaja. Peluang kepada Blogger terlalu besar kerana mengikut rekod terkini hampir 73% usahawan IKS Malaysia masih buta ICT. 73% daripada 645 ribu IKS Malaysia adalah peluang kepada blogger yang mahir SEO. Jangan sekadar berlegar-legar dan berebut pada syarikat yang sama sehingga menawarkan harga iklan yang terlalu rendah dan kemudian bermasam muka antara blogger. Rakan blogger kena belajar dari Blogger Eyriqazz yang sentiasa berani mencari peluang baru dalam industri yang sangat luas.
Rahsia paling utama adalah menguasai ilmu SEO yang mampu meletakan iklan di muka pertama search engine. Dengan ilmu SEO yang mantap walaupun trafik blog sederhana blogger boleh menetapkan harga iklan yang lebih mahal senilai dengan ilmu yang ada dan dihormati oleh syarikat pengiklan. Nak belajar ilmu SEO pun kena keluar modal tapi apa salahnya keluar sikit untuk pendapatan online yang berganda-ganda yang boleh mengubah nasib keluarga dalam dunia yang semakin mencabar. Siapa lagi nak mengubah diri kita selain diri kita sendiri.
588 Comments
kalau dah dalam dunia traffic ni memang kena selalu update
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Nasib
Macam tu lah jawapnya kan anis. Memang kita kena update blog sentiasalah kalau nak dapat trafik blog yang tinggi.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
mungkin masih lagi belom sampai nia untuk betul betul fokus akan blog ..
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Nasib
Tak pa anis. PG faham, aniskan masih belajar. Tak pa, pelan-pelan boleh fokus dengan blog nanti ya.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
bila baca post ni , rasa macam tak tahu pulak apa itu seo.. minta penjelasan
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Nasib
PG pun tak berapa pandai nak explain pasal seo dekat anis. Anis cuba google ya anis.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
kalau pihak pengiklanan pun pastinya memilih blog yang traffiknya tinggi
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Nasib
Tidak semestinya juga tau anis. Kalau ada komunikasi yang baik antara pengiklan dan blogger, pasti isu trafik tidak akan timbul.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
betul tu , secara kasarnya memang itulah kayu pengukur , terutamanya bagi pihak pihak pengiklanan
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Nasib
Apa ya? Hehe. Apa pun, kita harapkan kerjasama antara pengiklan dan blogger akan baik semasa nak buka harga iklan ya anis.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
tak suka iklan percuma , at least kena berbayar . hehe , dah la jarang jarang leh dapat iklan
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Nasib
Hehe. Boleh juga dapat imbuhan sikit kan anis. Haha. Bukan nak demand, tapi sekurang-kurangnya bagilah sedikit cenderamata 😀
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
kadang-kadang walaupun kita tahu beribu cara pun , kalau kita tak praktikkan tiada gunanya
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Photo Diary : A Trip to Kledang Hill, Ipoh ♥
Betul anis. Oleh itu, kalau kita ada ilmu seo, kita kena cuba praktikkan dekat dalam blog. InshaAllah, untung boleh buat duit dengannya 😉
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
perkara pertama yang terlintas bila baca harga sebenar blog adalah berdasarkan traffiknya kan ..
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Photo Diary : A Trip to Kledang Hill, Ipoh ♥
tapi sesetengah blog yang traffik tinggi sahaja boleh dapat duit ni . huhu
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Photo Diary : A Trip to Kledang Hill, Ipoh ♥
betul tu .. selalu kawan-kawan akan tanya dapat duit ke dan bagaimana ..
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Photo Diary : A Trip to Kledang Hill, Ipoh ♥
As Salam Tuan,
Saya ada sedikit soalan, adakah kekuatan sesuatu blog itu diukur melalui pagerank ataupun ranking dalam alexa?
Atau ada ciri lain yang dilihat untuk menentukan kekuatan seo blog?
Curahan rasa Muhamad Naim Abd Manaf @ ..5 Punca Hati Tidak Tenang Dan Rasa Terluka Yang Berterusan & Cara Merawatnya
Bestnya jika blog kita menjadi pilihan para penaja untuk meletakkan iklan mereka kan..hehe..semoga suatu hari nanti… 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
Kekuatan SEO blog sebenarnya yang memainkan peranan untuk beriklan di blog ye. Baru saya faham
Curahan rasa nord @ ..Diet Protein Menggemukkan?
kekuatan seo yang membuatkan pengiklan nak letak iklan tu. tu yg penting
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sebab Kenapa Anda Tak Perlu Beli iPhone 6
Blog masih lemah untuk menerima dan meletakkan iklan iklan sebegitu. huhu
Curahan rasa Afifi Shamsuri @ ..Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta
takpe..kita usaha lagi untuk mencapai tahap yang lebih tinggi..selagi ada kemahuan…di situ ada kejayaan
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs of Samsung Galaxy Ace Style LTE
Ya, kena berusaha lebih untuk memantapkan blog kita lebih-lebih lagi new blogger macam saya ni…hehe… 🙂
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
masih tidak faham dengan SEO walaupon google berkali-kali..mungkin kena pergi ke kelas juga..
saya pun masih belajar pasal seo ni..cuba tengok-tengok blog hasrulhassan..banyak ilmu seo dari dia..dah praktikkan..memang berkesan..
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs of Samsung Galaxy Core Prime
Comments are closed.