Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, soalan biasa dari kawan-kawan bila mereka tahu kita blogger ialah boleh buat duit ke jadi blogger ni dan macam mana buat duit dengan blog. Kepada yang datang seminar buat duit dengan blog 2012 pasti tahu ada macam-macam cara buat duit dengan blog.
Memang ada macam-maca cara buat duit dengan blog tapi cara paling popular dan jadi rebutan di kalangan blogger adalah buat duit dengan iklan. Memanglah kalau kita tengok kebanyakan pemain industri online seperti Google, Yahoo, Bing, Facebook, Twitter dan lain-lain buat duit dengan iklan. Biasa kita baca di dinding facebook dan entri blog perbincangan panas berapa kadar bayaran iklan yang sepatutnya dikenakan kepada pengiklan. Ada juga Blogger yang kurang puas hati kerana pengiklan lebih suka memberi iklan percuma dan ada blogger yang menerima.
Daripada banyak perbincangan yang aku buat dengan Rakan Blogger dan syarikat pengiklan masih ramai lagi yang tak tahu bagaimana nak letak nilai sebenar iklan di blog. Ramai yang menilai kadar iklan dengan merujuk kepada trafik blog semakin tinggi trafik semakin mahal iklan sebab itu hampir semua syarikat pengiklan akan minta laporan trafik sesebuah blog. Jadi bila trafik sikit automatik blogger akan letak harga terlalu murah sehingga menjejas harga pasaran.
Tak banyak pengiklan faham kenapa mereka perlu beriklan di blog dan tak ramai blogger yang dapat menerangkan kenapa pentingnya syarikat mengiklankan produk dan perkhidmatan di blog. Banyak syarikat beriklan di blog kerana mengikut trend syarikat lain yang beriklan di blog dan paling penting harganya lebih murah berbanding beriklan di media masa yang lain. Ramai Blogger pulak menerima iklan sebab nak dapat pendapatan online seperti blogger lain sebab itu ada yang sanggup menerima dengan harga yang rendah.
Bagi aku trafik blog bukan sebab paling utama untuk syarikat beriklan di blog. Trafik blog datang dan pergi, paling lama biasanya satu-satu iklan boleh diletak sebagai sticky post adalah 48 jam jadi selepas itu iklan tersebut akan hilang daripada pandangan pembaca. Sebenarnya faktor paling penting untuk beriklan di blog adalah kekuatan SEO blog tersebut yang membolehkan iklan tersebut kekal lama di search engine.
Blog yang mempunyai kekuatan SEO akan menjadi orang tengah untuk meletakan produk atau perkhidmatan sesebuah syarikat di top 10 search engine. Kewujudan iklan syarikat tersebut di top 10 search engin dalam tempoh yang lama akan membantu meningkatkan jualan. Seorang pakar “online marketing” telah membongkar rahsia perbezaan jualan rank no 1 dan rank no 10 di Google adalah lebih daripada sepuluh kali ganda. Syarikat yang faham kuasa SEO sanggup membayar iklan berapa sahaja kerana dengan sekali bayar mereka akan menguasai pasaran dalam tempoh yang lama berbanding beriklan di media masa yang hanya dipaparkan dalam tempoh yang singkat.
2014 adalah tahun untuk blogger belajar dan menguasai ilmu SEO kerana dengan kekuatan SEO anda boleh meletakkan harga iklan yang lebih mahal. Dengan ilmu SEO blogger boleh meyakinkan banyak syarikat yang sedang tercari-cari cara promosi yang terbaik untuk meningkatkan jualan mereka walaupun dengan trafik blog yang sederhana sahaja. Peluang kepada Blogger terlalu besar kerana mengikut rekod terkini hampir 73% usahawan IKS Malaysia masih buta ICT. 73% daripada 645 ribu IKS Malaysia adalah peluang kepada blogger yang mahir SEO. Jangan sekadar berlegar-legar dan berebut pada syarikat yang sama sehingga menawarkan harga iklan yang terlalu rendah dan kemudian bermasam muka antara blogger. Rakan blogger kena belajar dari Blogger Eyriqazz yang sentiasa berani mencari peluang baru dalam industri yang sangat luas.
Rahsia paling utama adalah menguasai ilmu SEO yang mampu meletakan iklan di muka pertama search engine. Dengan ilmu SEO yang mantap walaupun trafik blog sederhana blogger boleh menetapkan harga iklan yang lebih mahal senilai dengan ilmu yang ada dan dihormati oleh syarikat pengiklan. Nak belajar ilmu SEO pun kena keluar modal tapi apa salahnya keluar sikit untuk pendapatan online yang berganda-ganda yang boleh mengubah nasib keluarga dalam dunia yang semakin mencabar. Siapa lagi nak mengubah diri kita selain diri kita sendiri.
588 Comments
bagusnya kalau dapat mantapkan ilmu SEO ni.Banyak rupanya yang boleh diaplikasikan bila kita mahir SEO ni Saya baru nka bertatih dalam SEO ni. Banyak ilmu masih tak tahu
Curahan rasa nord @ ..Kelebihan Kolagen Shaklee #collagenpowder
Hhmm selalu dengar tentang SEO ni. Hebat2 pendapat tuan-tuan di sini.. T.T
Curahan rasa Rara Zack @ ..Travelling
Betul tu Tuan DH, trafik blog yang tinggi bukanlah sebab paling utama tetapi kekuatan SEO itu yang penting. Kena belajar lebih pasal SEO lah lepas ini. ^_^
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..BBQ.
Saya sampai sekarang masih lagi buntu meletakkan harga untuk pengiklanan @ advertorial di blog saya. Takut terlampau mahal dan terlampau murah. Saya pernah dapat offer tapi tak banyak dalam satu dan dua sahaja.
Curahan rasa Bahrain @ ..Perodua Axia Pilihan Terbaik
Alangkah bagus jika dapat wang daripada pengiklan. Di blog saya belum pernah ada pengiklan yang offer. Alangkah bagus jika ada.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cabaran Kedua iPhone 5S Sudah Bermula
Kalaulah blog mampu menjana lebih 10K sebulan kan bahagia tu. Perlu kena banyak belajar lagi nampaknya.
Curahan rasa SentiasaPanas @ ..Doa Penyeri Dan Pemanis Wajah Nabi Yusuf
memang kebanyak kan pengiklanan akan mintak trafik blog sebelum bersetuju beriklan dengan sesuatu blog tapi kalau untuk kawan-kawan saya biasanya kena kan harga yang berpatutan .. kadang-kadang part nieh memnag susah nak faham jugak bila ada sesetenagh pengiklanan yang kurang faham dan masih bayar dengan bayaran yang sangat rendah
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – Siapa, Bagaimana Saya 10 Tahun Akan Datang
Kalau blog yang belum pernah ambil perjanjian dengan pengiklan, mereka pasti buat tawaran murah agar pengiklan itu boleh mengiklankannya di blog.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cabaran Kedua iPhone 5S Sudah Bermula
jangan terlalu murah dan jangan terlalu mahal asalkan dua2 pihak setuju dengan harga yang di tetap kan .. dan kalau apa yang kita tulis tu menrik mungkin mereka akan kembali pada kita.
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
aku rasa pendapat bro DH tu ada benarnya…salah satu tujuan iklan adalah untuk promosi kepada pelanggan sasaran..dalam permainan SEO..selalunya orang yang mencari di google search adalah orang yang memerlukan sesuatu barangan tersebut..jadi tiada guna jika trafik tinggi jika gagal mensasarkan kepada kumpulan sasar…yang penting adalah iklan itu terdedah kepada bakal pelanggan…SEO menjadi salah satu jenis iklna yang berguna buat peniaga melariskan jualan…iklan pada blog yang ada trafik tinggi juga perlu..ia lebih kepada pendedahan produk kepada orang ramai secara rambang…antara SEO dan trafik tinggi memainkan peranan sebenarnya…
p/s : sekadar pendapat aku yang tak seberapa
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Musuh Kita Yang Paling Kejam
Ya setuju… macam inilah selalunya. Bila SEO amat baik, artikel review yang kita ulas berada di page 1. Ini memikat di hati pengiklan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cabaran Kedua iPhone 5S Sudah Bermula
kadang2 kalau perasan ada je rakan blogger yang open job secara terbuka jadi kena pandai2 rebut tawaran lah dari situ mungkin ada pengiklan yang tertarik
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
bila nak buat lg seminar macam ni tapi jauh la pulak ruginyer..baru tahu ilmu ini aduh aduh aduhh
Curahan rasa adna2029 @ ..Giveaway for Ex-Brides ! – So is there Mr.Demeanor ?
menarik sekali ni,selain minat untuk menulis atau berblog,hal yang kedua adalah mencari pendapatan,blog sy blum ke tahap pageview yg banyak tetapi ada yg hubungi saya untuk membantu review kn apa yg mereka mahu dengan bayaran,tentang iklan tu masih belum lagi,yelah sebab tahu pageview msih kurang,tetapi bila dah bt review dan di bayar tu sudah tentu kita hrus share ia dipelbagai media sosial dgn kerap,sekarang masih berusaha utk bg blog dlm keadaan selesa,.In shaAllah..terima kasih atas entry ini,bersemangat ni hehe..
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Madu Lebah dan 1001 Khasiatnya.
Setakat ni, semua media menjadikan trafik dan jumlah pembaca atau oageviews sebagai ukuran harga pengiklanan. Lgipun sekarang sudah ada plugin atau medium yang mengira kos iklan berdasarkan pageviews. Contohnya RM200 untuk 10,000 pageviews, dan secara automatik iklan akan expired selepas habis 10,000 pageviews tersebut.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
Ada orang pernah caj rm50 untuk dua bulan. Murah sangat tu sebenarnya. Tak patut rasanya sebab pembaca pun agak ramai
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
ohhh saya pernah caj macam tu beberapa tahun lepas untuk satu iklan dekat blog radio online .. buat tu pun secara suka2 dan sambil je tlg kawan2
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
Apapun, semuanya bergantung kepada budi bicara antara blogger dan pengiklan. Mungkin seni berunding ni kena belajar kot
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
Dan kedudukan SEO pada keyword yang banyak trafik, lebih patut dinilai sebagai blog yang mempunyai iklan yang mahal.
Sebab ada je keyword yang disasarkan tu hanyalah keyword yang tidak popular dan rendah trafiknya.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
Tujuan iklan tak terlalu banyak pada body dan sidebar blog, supaya ia tak merimaskan pembaca, exposure lebih baik untuk respon iklan dan mengelakkan kelihatan blog yang terdesak gilakan iklan.
Just my opinion.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
Comments are closed.