Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, soalan biasa dari kawan-kawan bila mereka tahu kita blogger ialah boleh buat duit ke jadi blogger ni dan macam mana buat duit dengan blog. Kepada yang datang seminar buat duit dengan blog 2012 pasti tahu ada macam-macam cara buat duit dengan blog.
Memang ada macam-maca cara buat duit dengan blog tapi cara paling popular dan jadi rebutan di kalangan blogger adalah buat duit dengan iklan. Memanglah kalau kita tengok kebanyakan pemain industri online seperti Google, Yahoo, Bing, Facebook, Twitter dan lain-lain buat duit dengan iklan. Biasa kita baca di dinding facebook dan entri blog perbincangan panas berapa kadar bayaran iklan yang sepatutnya dikenakan kepada pengiklan. Ada juga Blogger yang kurang puas hati kerana pengiklan lebih suka memberi iklan percuma dan ada blogger yang menerima.
Daripada banyak perbincangan yang aku buat dengan Rakan Blogger dan syarikat pengiklan masih ramai lagi yang tak tahu bagaimana nak letak nilai sebenar iklan di blog. Ramai yang menilai kadar iklan dengan merujuk kepada trafik blog semakin tinggi trafik semakin mahal iklan sebab itu hampir semua syarikat pengiklan akan minta laporan trafik sesebuah blog. Jadi bila trafik sikit automatik blogger akan letak harga terlalu murah sehingga menjejas harga pasaran.
Tak banyak pengiklan faham kenapa mereka perlu beriklan di blog dan tak ramai blogger yang dapat menerangkan kenapa pentingnya syarikat mengiklankan produk dan perkhidmatan di blog. Banyak syarikat beriklan di blog kerana mengikut trend syarikat lain yang beriklan di blog dan paling penting harganya lebih murah berbanding beriklan di media masa yang lain. Ramai Blogger pulak menerima iklan sebab nak dapat pendapatan online seperti blogger lain sebab itu ada yang sanggup menerima dengan harga yang rendah.
Bagi aku trafik blog bukan sebab paling utama untuk syarikat beriklan di blog. Trafik blog datang dan pergi, paling lama biasanya satu-satu iklan boleh diletak sebagai sticky post adalah 48 jam jadi selepas itu iklan tersebut akan hilang daripada pandangan pembaca. Sebenarnya faktor paling penting untuk beriklan di blog adalah kekuatan SEO blog tersebut yang membolehkan iklan tersebut kekal lama di search engine.
Blog yang mempunyai kekuatan SEO akan menjadi orang tengah untuk meletakan produk atau perkhidmatan sesebuah syarikat di top 10 search engine. Kewujudan iklan syarikat tersebut di top 10 search engin dalam tempoh yang lama akan membantu meningkatkan jualan. Seorang pakar “online marketing” telah membongkar rahsia perbezaan jualan rank no 1 dan rank no 10 di Google adalah lebih daripada sepuluh kali ganda. Syarikat yang faham kuasa SEO sanggup membayar iklan berapa sahaja kerana dengan sekali bayar mereka akan menguasai pasaran dalam tempoh yang lama berbanding beriklan di media masa yang hanya dipaparkan dalam tempoh yang singkat.
2014 adalah tahun untuk blogger belajar dan menguasai ilmu SEO kerana dengan kekuatan SEO anda boleh meletakkan harga iklan yang lebih mahal. Dengan ilmu SEO blogger boleh meyakinkan banyak syarikat yang sedang tercari-cari cara promosi yang terbaik untuk meningkatkan jualan mereka walaupun dengan trafik blog yang sederhana sahaja. Peluang kepada Blogger terlalu besar kerana mengikut rekod terkini hampir 73% usahawan IKS Malaysia masih buta ICT. 73% daripada 645 ribu IKS Malaysia adalah peluang kepada blogger yang mahir SEO. Jangan sekadar berlegar-legar dan berebut pada syarikat yang sama sehingga menawarkan harga iklan yang terlalu rendah dan kemudian bermasam muka antara blogger. Rakan blogger kena belajar dari Blogger Eyriqazz yang sentiasa berani mencari peluang baru dalam industri yang sangat luas.
Rahsia paling utama adalah menguasai ilmu SEO yang mampu meletakan iklan di muka pertama search engine. Dengan ilmu SEO yang mantap walaupun trafik blog sederhana blogger boleh menetapkan harga iklan yang lebih mahal senilai dengan ilmu yang ada dan dihormati oleh syarikat pengiklan. Nak belajar ilmu SEO pun kena keluar modal tapi apa salahnya keluar sikit untuk pendapatan online yang berganda-ganda yang boleh mengubah nasib keluarga dalam dunia yang semakin mencabar. Siapa lagi nak mengubah diri kita selain diri kita sendiri.
588 Comments
Harga iklan kenalah berbaloi, dan jumlah ruangan iklan dipaparkan di blog tidak boleh terlalu banyak.
Sepatutnya iklan hanya ada di:
1. Sisi sidebar blog.
2.. Bahagian bawah post.
3. Bahagian dalam post.
4. Review berbayar.
5. Penulis jemputan. (ada orang siap bayar lagi penulis jemputan).
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
Mesti lebat masyukkkk-nya kalau dah ada nak beriklan kat blog kita kan. Blog wan masih tak termasuk dalam kategori tu. Cuma pernah terima payment untuk produk review saja. Baru berjinak-jinak sebenarnya.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
Pengiklan juga mengharapkan pulangan dari iklan mereka. Saranan saya, kekuatan review oleh blogger lebih mmebantu berbanding ruang iklan di sisi mahupun dalam blog.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
Pendapat saya, ada banyak lagi faktor lain. Antara nya yang saya terfikir adalah:
1. Kekuatan jenama kita.
2. Followers dan pembaca setia kita.
3. Kadar respon pembaca dengan komen.
4. Belanja yang telah dikeluarkan untuk iklankan blog juga jadi satu pertimbangan. Sebab kena kira harga iklan yang boleh balik modal dan kaut lebih untung.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
Walau apa pun iklan yang dipilih, harap janganlah diletakkan popup. Walaupun ia hak blogger, tapi sebenarnya amat merimaskan pembaca. Lagi-lagi popup yang tak boleh dipangkah tapi kena tunggu 1000 saat. Adoi sakit kepala.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
Jadi bagi para blogger yg ingin buat duit dengan blog, ilmu SEO adalah antara yang wajib dipelajari.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Selamat Hari Malaysia Yang Ke-51
Wan sedang belajar sikit-sikit mengenai SEO ni.
Susah jugak nak paham sebab belajar secara tak konsisten dari beberapa orang berbeza.
Wan sedar peranan SEO memang penting.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
Mahirkan diri dengan SEO Onpage dahulu, sebab ia dekat dengan kita…dah mahir dan biasa dgn onpage..baru teruskan langkah dengan offpage SEO. Kalau nak menguasai kedua2 sekali nanti pening kepala bro…
Curahan rasa Wira Merah @ ..Selamat Hari Malaysia Yang Ke-51
Konsep saya senang je kalau nak main onpage.
1. Cari 3-5 keyword yang popular sepanjang masa, rendah persaingannya.
2. Pastikan artikel berkenaan keyword.
3. Tag ditambah berkenaan keyword.
4. Tulis pasal isu semasa.
5. Artikel kena selalu update 3-5 kali seminggu.
6. Tulisan artikel hendaklah sentiasa menyebut juga keyword utama tu walaupun sedikit.
7. Guna AllinOne SEO plugin.
Itu je prinsip onpage optimization saya pegang.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
Kalau offpage pulak, buat macam ni:
1. Komen kat 10-15 blog orang lain, dengan menyertakan url link blog sekali ye, setiap hari.
2. Buat contest, macam denaihati buat. Syaratkan backlink sebagai syarat pertandingan.
3. Jadi penulis jemputan di blog orang lain, kemudian sediakan link ke blog sendiri.
4. Buat post exchange. Blog A cerita pasal blog B, blog B pun cerita pasal blog A.
5. Promosi di facebook status sendiri dan di facebook group tentang artikel di blog kita.
6. Hantar link blog ke direktori blogger dan ping servis.
Done! Hehe
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Erti Kemerdekaan Bagi Seorang Usahawan dan Blogger
Terima kasih Wira Merah atas saranan. Insya Allah akan cuba bezakan sebaiknya.
Buat Majalah Jualan, terima kasih juga. Huhuhu…dah boleh tulis entry dah ni. Komen yang mantap dengan ulasan dan panduan. Sangat bermanfaat.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
sepanjang blogging dalam 5 tahun ini , baru tahun ke 5 saya ada menerima tawaran iklan dan review oleh syarikat. Itu pun mereka minta sendiri tanpa saya ada buka sebarang ruang iklan. rezeki dari Allah
Curahan rasa kizmyself @ ..Nak Salahkan Siapa , Sendiri Mahu Ingat
watak hebat ada pada kekuatan blog adalah bernama seo itulah pengeras wajar ada pada setiap entri yang hasilkan
Curahan rasa cahayacinta @ ..CPUV Campaigns Nuffnang 18/2014_Mayfair Bodyline
Beruntunglah orang yang mahir bab SEO ini, aku masih banyak lagi nak belajar.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Selamat Hari Malaysia Yang Ke-51
ooo rupanya cat delux pun ada beriklan dengan blog denaihati. kerjasama terbaik. contoh teladan bagi kami. memotivasikan diri untuk mencari potensi blog
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Tugasan ke-2 cabaran iPhone 5s anjuran Denaihati
saya pada awalnya pun fikir, melalui trafik perletakan harga iklan ditentukan. lepas mengetahui tentang seo baru kita tahu peranan seo itu amat penting bagi memastikan iklan tu berada di halaman terbaik google
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Muat Turun Aplikasi AF2014
cuba dan latihan tubi selalu insyallah perkara seo akan mudah kita biasakan dalam kita menghasilkan dalam satu entri bakal terbitkan
Curahan rasa cahayacinta @ ..Kisah Tetamu Allah : Si Ulat Beluncas Kembar
masa tidka tahu kita akan berfikir begitu bila ada ilmu baru kita lebih faham secara terperinci. moga kita akan dapat pelajari teknik dengan betul bukan main tulis kosong sahaja
Curahan rasa cahayacinta @ ..Panaslah Ayah..Memori Minum Air Dalam Piring, Kasihmu Sejuk Memayung Jiwaku
Dah ada ilmu SEO memang boleh demand tinggi harga iklan. Harga iklan bergantung pada performance blog tu sendiri kan.Tapi kadang kadang kurang yakin nak letak harga iklan ni. Nasib ada some apps yang boleh membantu tengok performance blog.
Curahan rasa Azhafizah @ ..Tugasan Kedua Cabaran miliki iPhone 5s impian setiap blogger
owh ada erk sis untuk tengok performance seo blog kita. tips yang bagus. boleh refer untuk blog saya sendiri.
Tak ada ke suggested price range yg boleh di minta oleh bloggers?
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..Simply The Best Way To Drive Traffic To Your Blog
kalau ada penetapan price range sure memudahkan urusan antara blogger tersebut dan pengiklan kan.
Curahan rasa Umi Kasum @ ..Rumah Tergantung Di Tepi Laut
Boleh bincang dalam persatuan blogger kalau ada. Boleh tetapkan harga minimum untuk iklan. Dan penetapan harga mesti di ikut oleh setiap blogger. Persoalan sekarang, dah ada ke persatuan blogger ?
Curahan rasa Wira Merah @ ..Selamat Hari Malaysia Yang Ke-51
harga iklan biasa nya berubah2 ikut blogger tu sendiri tapi kalau pengiklan yg tetapkan harga dan kalau rasa berbaloi terima je tp kalau pada blogger baru jangan lah demand sangat sbb nk ikut kawan2 yang lain
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
Maklumat yang diberi amat berguna kepada blogger baru dan klien yang bercadang untuk memilih blog bagi mengiklankan produk masing-masing.
Curahan rasa Yati Rahim @ ..Rahsia Bisnes Berjaya
Maklumat yang diberikan amat berguna bagi mereka yang baru dibidang blogging dan usahawan yang ingin mengiklan secara ‘online’.
Curahan rasa Yati Rahim @ ..Rahsia Bisnes Berjaya
sebenarnya bukan mudah nak berjaya dalam blog semua perlukan masa lama dan usaha kuat tanpa rasa jemu melakukannya
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Membuat Pau Kukus Atau Pau Bakar Dalam Oven
Betul tu Suri aka Cahayacinta, dalam dunia blogger bukan mudah untuk berjaya. Jika nak berjaya dalam masa singkat blogger bukan pilihannya…
Curahan rasa Wira Merah @ ..Selamat Hari Malaysia Yang Ke-51
alahai, jauh lg nak capai blog yg bagus seo nya
Curahan rasa sakinhani @ ..Khidmat tuisyen dirumah pelajar area skudai, tampoi, kempas dan nusajaya
Slow2, lambat laun dapat juga menguasai nanti. Boleh dapatkan Ebook Kitab SEO Merah Jambu kalau belum beli.
Curahan rasa Wira Merah @ ..5 Cara Mudah Membuat Blog Mesra SEO
kalau saya saya tak fokus sangat SEO tu sbb sampai sekarang saya tak faham tapi kadang2 dalam masa yg sama terjd sendiri tanpa sedar dengan penggunaan keyword .. huhuhu
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
Comments are closed.