Hadiah Cabaran kemahiran berblog Isra Mikraj

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pasti rakan blogger sedang menunggu keputusan cabaran kemahiran berblog Isra Mikraj. Alhamdulillah matlamat utama cabaran ini adalah untuk memberi motivasi rakan blogger menulis entri ilmiah untuk dikongsikan kepada semua masyarakat 1Dunia. Insyallah semua entri Isra Mikraj ini akan tersimpan di dalam rekod Google Search selagi blog kita wujud untuk dijadikan rujukan kepada pencari maklumat.

Tak ramai rakan blogger yang ingin menulis entri ilmiah kerana sambutannya pun agak kurang memberangsangkan. Sebenarnya ini hanya sangkaan yang salah. Jika menulis cara yang betul insyallah entri kita akan dikunjungi oleh ramai pencari maklumat yang dahagakan ilmu sebagai contoh entri Isra Mikraj 2dayblogger telah dapat menarik lebih 1500  pengunjung dan entri Ahmad Rushdi telah berjaya menarik lebih 1400 pengunjung dalam tempoh 2 hari. Selain penulisan yang betul pastikan juga blog kita mempunyai setting SEO yang betul. Untuk blog wordpress hanya perlu memasang plugin SEO yang sesuai seperti All in one SEO, Wordpress SEO by YOAST, Platinum SEO Pack dan banyak lagi (dapatkan nasihat dari sifu anda).

Teruskan berkarya dengan entri yang bermanafaat.

Berikut adalah Hadiah Cabaran Kemahiran Berblog Isra Mikraj

1. Senaskah buku “Ziarah ke Alam Barzakh” : 2DayBlogger, AhmadRusdhi dan Sjiehan

2. Senaskah buku “Ajaibnya Sedekah” : Lizarazak, Wansiti dan Izwannizamruslim

3. Senaskah buku “Akhirnya Kutemui Cinta-Mu, lalu aku pun memeluk Islam” : SyahmiShaarani

Tahniah kepada semua pemenang. Tolong kirimkan nama, alamat dan hp no di contact. Insyallah ada niat nak buat cabar kemahiran berblog untuk tajuk Nisfu Syaaban, sedang mencari buku-buku yang menarik untuk dijadikan hadiah. Bukanlah hadiah menjadi niat tetapi perkongsian ilmu dengan manusia seluruh alam adalah agenda utama.


Spread the love

43 Comments

  1. Pingback: Ajaibnya Sedekah Semakin Sedekah Semakin Kaya

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!