Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pasti rakan blogger sedang menunggu keputusan cabaran kemahiran berblog Isra Mikraj. Alhamdulillah matlamat utama cabaran ini adalah untuk memberi motivasi rakan blogger menulis entri ilmiah untuk dikongsikan kepada semua masyarakat 1Dunia. Insyallah semua entri Isra Mikraj ini akan tersimpan di dalam rekod Google Search selagi blog kita wujud untuk dijadikan rujukan kepada pencari maklumat.
Tak ramai rakan blogger yang ingin menulis entri ilmiah kerana sambutannya pun agak kurang memberangsangkan. Sebenarnya ini hanya sangkaan yang salah. Jika menulis cara yang betul insyallah entri kita akan dikunjungi oleh ramai pencari maklumat yang dahagakan ilmu sebagai contoh entri Isra Mikraj 2dayblogger telah dapat menarik lebih 1500 pengunjung dan entri Ahmad Rushdi telah berjaya menarik lebih 1400 pengunjung dalam tempoh 2 hari. Selain penulisan yang betul pastikan juga blog kita mempunyai setting SEO yang betul. Untuk blog wordpress hanya perlu memasang plugin SEO yang sesuai seperti All in one SEO, WordPress SEO by YOAST, Platinum SEO Pack dan banyak lagi (dapatkan nasihat dari sifu anda).
Berikut adalah Hadiah Cabaran Kemahiran Berblog Isra Mikraj
1. Senaskah buku “Ziarah ke Alam Barzakh” : 2DayBlogger, AhmadRusdhi dan Sjiehan
2. Senaskah buku “Ajaibnya Sedekah” : Lizarazak, Wansiti dan Izwannizamruslim
3. Senaskah buku “Akhirnya Kutemui Cinta-Mu, lalu aku pun memeluk Islam” : SyahmiShaarani
Tahniah kepada semua pemenang. Tolong kirimkan nama, alamat dan hp no di contact. Insyallah ada niat nak buat cabar kemahiran berblog untuk tajuk Nisfu Syaaban, sedang mencari buku-buku yang menarik untuk dijadikan hadiah. Bukanlah hadiah menjadi niat tetapi perkongsian ilmu dengan manusia seluruh alam adalah agenda utama.
43 Comments
alhamdulillah hadiahnya sudah sampai ke tangan.tiba masa nak baca pula.terima kasih denaihati 🙂
Curahan rasa izwannizam @ ..Hadiah Daripada Denaihati
wah.. tahniah buat yg menang.. ala.. terlambat tahu.. kalau x ingt nak join sekali..
tahniah yer kepada pemenang semua
selamat buat para pemenang semoga makin sukses
salam kenal
tahniah kepada semua pemenang…
curahan nak coba join lain waktu.
Curahan rasa PUSAT OBAT HERBAL ALAMI @ ..Gejala Penyakit liver
tahniah kepada semua pemenang.. wah buku2 berharga tu…
Curahan rasa mancai @ ..Budaya keusahawanan
tahniah kepada pemenang..tak perasan pulak ade contest ney..hehe..
Curahan rasa hasif @ ..Rumah Dan Kereta Pemimpin Pas Disimbah Cat
Tahniah kepada pemenang.Lama tak tulis entry berilmiah.hee
Curahan rasa haiqal @ ..Kenapa aku tak pilih http://www.jiwagua.com?
tahniah kepada pemenang..kak aya tak sempat nak join hari tu, nanti nak cuba untuk contest nisfu syaaban.
Curahan rasa rohaya @ ..Pertandingan Review Dan Menang Android Toshiba AS100 (RM1599)
Amboi hebat nian dalam dua hari bisa 1.5 k visitor satu tulisan ck ck aku beroleh 100 seharipun senangnya rasanya
Curahan rasa munir ardi @ ..Latest News on PlayStation 3 is Playstation Network (PSN)
tentunya lebih=lebih blog saya..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..WordPress 3.2 now available
syukur sgt menang contest.. ritu masuk contest utk ipad tu… tp syarat2nya nak PR3…. sy PR kosong je dulu~..huhu
Curahan rasa sjiehan @ ..Sungai Klah Hot Springs park, Sungkai.
dasat gile pemenang..tahniah kepada pemenang n pengalah 😀
Curahan rasa reezluv @ ..Buat Duit Dengan Blog Flipping
fuyooo syahmi boleh la. tahniah2
tahniah juga buat yg lain
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Ubuntu Logo Pada Iklan Samsung Galaxy S II
terima kasih denai hati =)
Curahan rasa Faisal Abdullah @ ..Anda Masih Percaya Yang Advertlets Akan Membayar Earnings Kita?
kena byk belajar lagi dengan faisal 🙂
Curahan rasa izwannizam @ ..Wordless Wednesday : Cahaya
Comments are closed.