Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
sebelum ini, sudah banyak kali pihak Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) menganjurkan pelbagai kelas latihan dan kempen #youcanduit di seluruh Malaysia. Kali ini, MDEC menganjurkan cabaran untuk semua rakyat Malaysia yang ingin mengumpul pengalaman dan menambah pendapatan masing-masing.
Cabaran eRezeki bersama Sinar FM
Cabaran yang pertama adalah melibatkan program eRezeki dengan kerjasama Sinar FM. Anda hanya perlu menulis slogan sebanyak 50 patah perkataan dan kemudian isi borang penyertaan di halaman Penyertaan Cabaran eRezeki kemudian tunggu keputusan daripada MDEC.
Syarat-syarat untuk menyertai cabaran eRezeki ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia yang memegang Kad Pengenalan yang sah,
- mempunyai lesen memandu yang sah (tiada had umur);
- bukan pemegang lesen P,
- memiliki kereta 4 pintu yang tidak lebih dari 10 tahun (kereta melebihi 7 tahun perlu diperiksa);
- Lulus JPJ dan semakan saman PDRM
- dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan BM;
- Nama pemandu mesti muncul di senarai penama insurans; dan
- Pemandu yang berusia 50 tahun ke atas perlu melakukan pemeriksaan kesihatan.
Pemilihan cabaran eRezeki
6 Slogan terbaik akan dipilih untuk menyertai kelas latihan eRezeki bersama-sama dengan DJ daripada Sinar FM. Latihan akan diadakan pada hujung minggu ini untuk yang terpilih. Selepas latihan, 6 peserta ini perlu melakukan aktiviti bersama-sama Grab atau 8Share selama seminggu.
Selepas berakhir tempoh seminggu itu, pemenang akan diumumkan dalam program Meletop pada 23hb. Semua peserta yang terpilih akan membawa pulang hadiah seperti berikut:
- Pemenang pertama – RM4000
- Pemenang kedua – RM1500
- Pemenag ketiga – RM1000
- Pemenang ke-4,ke-5 dan ke-6 RM500
Tujuan cabaran ini diadakan adalah untuk memberikan peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia di luar sana belajar bagaimana mereka boleh menjana pendapatan tambahan dalam era Ekonomi Digital kini. Bimbingan dan latihan yang diberikan akan membolehkan mereka menambah pendapatan bukan sahaja menggunakan platform Grab dan 8Share, tetapi platform lain juga.
Tarikh tutup penyertaan untuk cabaran eRezeki adalah pada 5hb Mei 2017.
Cabaran eUsahawan bersama Era FM
Cabaran seterusnya ini adalah untuk para usahawan atau bakal usahawan di luar sana. Demi membantu selebriti Nabil Ahmad untuk memulakan jualan produk baru beliau. Cabaran kali ini akan melibatkan penglibatan DJ daripada Era FM, Nabil Ahmad dan Fizo Omar.
Cabaran eUsahawan ini lebih mudah, anda hanya perlu sediakan slogan 50 patah perkataan kenapa anda ingin menyertai program eUsahawan ini. Boleh daftar di Halaman Cabaran eUsahawan bersama Era FM.
3 slogan terbaik akan dipilih untuk menyertai latihan eUsahawan bersama DJ Era FM, Nabil Ahmad dan Fizo Omar selama 2 hari. Setiap peserta akan dipasangkan dengan seorang DJ, dan akan melakukan proses jualan produk yang diberi nama Ligamen Pro selama 2 minggu.
Sepanjang proses jualan ini, setiap peserta akan dibantu oleh DJ Era FM ini untuk promosi secara tidak langsung. Kriteria pemenang bukan sekadar daripada jumlah jualan, tetapi termasuk kreativiti dan beberapa kriteria lain yang akan digunakan oleh pihak Juri.
Pemenang untuk cabaran ini akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak:
- Pemenang Pertama RM8000
- Pemenang kedua dan ketiga RM1000
Tarikh tutup penyertaan untuk cabaran eUsahawan adalah pada 5hb Mei 2017.
Peluang untuk menimba pengalaman
Ini merupakan peluang yang baik untuk anda menimba pengalaman sambil belajar bersama selebriti-selebriti ini bagaimana untuk membuat jualan dan menjana pendapatan melalui platform digital.
Usaha MDEC untuk tahun ketiga ini memang harus kita puji kerana mereka tetap berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia terutama golongan B40 ke bawah untuk menjana pendapatan tambahan.
Program-program seperti ini diwujudkan atas usaha untuk memberikan kemudahan dan membantu meningkatkan taraf pendapatan setiap rakyat di Malaysia yang ingin bersama-sama memajukan diri dalam kempen yang dianjurkan oleh MDEC di bawah program #YouCanDuit.
- Jana pendapatan ribuan ringgit melalui program #YouCanDuit MDeC
- Program #YouCanDuit anjuran MDEC di Persada Johor Bahru : 12 – 14 Ogos.
- Usia 57 Tahun bukan penghalang untuk menambah pendapatan menggunakan teknologi online
- Pendapatan meningkat 3 kali ganda selepas menyertai program eUsahawan
- Jannatul Ma’awa Sukses dengan Jualan Beg Jahit dan Sulam
145 Comments
macam menarik je tu.. tentu akan bertambah rezeki apabila mencubanya
Curahan rasa zool @ ..Keputusan Liga Super 6 – 9 Mei 2017
Tempoh penyertaan dah tamat Bro Zool.. sayang sebab lambat baca blog Denaihati..
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Bukan rezeki dia hehehe.
Mungkin rezeki dalam bidang lain kot..
E-rezeki memamg best la
Curahan rasa mrhanafi @ ..Artikel Promosi Belajar Forex Ditarik Balik
Terlepas sudah. Baru hari ni buka blog ni. Mesti best kalau dapat join.
Curahan rasa nas rashwealth @ ..Alpha Lipid Age Defiant Telomere Serum
Alahai sayangnya… takper jadikan pengajaran.. lepas ni lena rajin2 baca blog Denaihati.. Supaya tak terlepas lagi peluang macam ni..
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Tak mengapa, boleh terus daftar jadi pemandu Grab atau Uber untuk terus buat duit.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Cara Orang Kerja Pejabat Buat Komisyen
selamat yang akan berkompetisi mudah-mudahan sukses selalu. salam kenal dari Indonesia
Curahan rasa ade sunandar @ ..Cara cepat menurunkan kadar kolesterol
Salam kenal jiran tetangga.
Kalau di buka kepada penyertaan luar negara boleh juga join lain kali
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Bagaimana Nak Tahu Buah Pinggang Sudah Tidak Berfungsi?
Siapa yang layak menyertai latihan eUsahawan bersama DJ Era FM, Nabil Ahmad dan Fizo Omar selama 2 hari tu memang best lah. Pengalaman sekali dalam hidup
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Bagaimana Nak Tahu Buah Pinggang Sudah Tidak Berfungsi?
Kalau lah blogger yang dapat memang untung tu..
Boleh stori yang best best dalam blog..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Artikel Promosi Belajar Forex Ditarik Balik
Berdasarkan info yang terdapat dalam entri ni, penyertaan untuk menyertai kedua2 cabaran telah ditutup..
Curahan rasa anuar @ ..Hadiah Hari Guru 2017
Kepada para peserta yang sempat mendaftar, saya ucapkan good luck.. kepada yang tak sempat nak mendaftar tak apa.. mungkin ada rezeki anda dalam cabaran yang lain pula..
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Sekarang ni sedang berlangsung bermacam-macam jenis cabaran, kesemuanya menawarkan hadiah-hadiah yang lumayan..
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Cabaran ni paling menyeronokkan sebab siapa yang menang dan akan diberi bimbingan dan latihan yang akan membolehkan mereka meningkatkan taraf hidup
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Bagaimana Nak Tahu Buah Pinggang Sudah Tidak Berfungsi?
Betul tu.
Penyertaan dah ditutup semalam.
Pada yang dah mendaftar, semoga berjaya
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Bagaimana Nak Tahu Buah Pinggang Sudah Tidak Berfungsi?
Kalau bawa anak anak masuk dalam kereta, boleh kena suspend dengan Grab 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..5 Produk Laku Keras Musim Raya
Polisi Grab memang macam tu yer?
Kalau macam tu agak susah lah kaum2 ibu yang masih mempunyai anak2 kecil untuk memandu bersama grab untuk menjadi sumber pendapatan kedua..
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
In Shaa Allah, dalam cabaran eRezeki nanti mungkin kita berpeluang untuk melihat secara live bagaimana para peserta menjadi pemandu Grab..
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Kalau betul ada dibuat liputan secara live dapatlah kita sama2 menuntut ilmu cara nak ambil penumpang, cara untuk berkomunikasi dengan penumpang supaya penumpang rasa selesa dgn servis yang diberikan..
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Oh itu polisi Grab ya, tak tahu pulak.
Maksudnya memang kena memandu individu tanpa teman lah ni
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Bagaimana Nak Tahu Buah Pinggang Sudah Tidak Berfungsi?
Bukan Grab sahaja, malah Uber juga tak benarkan pemandu bawa teman atau anak anak.
Kalau penumpang komplen, rating star boleh jatuh.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Berhenti Kerja Pengurus Untuk Pandu Uber
Itulah sesiapa yang berjaya memang beruntung..
Ilmu dicurahkan itu boleh digunakan untuk kegunaan sendiri atau dikongsikan lagi dengan orang lain
Curahan rasa mrhanafi @ ..Artikel Promosi Belajar Forex Ditarik Balik
lumayanya hadiah.. bertuah siapa yang bakal menang nanti.. semoga berjaya
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Arluna di Astro Prima
Ya betul… hadiah lumayan… kepada yang teringin nak mendaftar lebih baik daftar cepat..
Curahan rasa anuar @ ..Hadiah Hari Guru 2017
Masa pendaftaran untuk menyertai cabaran ini ada dalam lingkungan 30 minit sahaja lagi..
Curahan rasa anuar @ ..Hadiah Hari Guru 2017
Kan, memang lumayan betul hadiah dia. Bertuah lah siapa yang terpilih.. dapat ilmu lagi tu
Curahan rasa Wanz Cop Baju @ ..29 Pilihan Warna Baju Untuk Cetak Baju
Hadiah lumayan, cabaran besar.
Tapi mesti ramai nanti yang sertai cabaran erezeki ni
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Bagaimana Nak Tahu Buah Pinggang Sudah Tidak Berfungsi?
E -Rezeki yang membuka peluang kepada orang ramai mengasah bakat sambil berpeluang memenangi hadiah lumayan. Terbaik!
Curahan rasa Haidar @ ..Pinjaman Koperasi Untuk Kakitangan Kerajaan di Perlis
Memang peluang yang sama rata dibuka kepada sesiapa yang nak, kan?
Selamat berjaya siapa yang masuk cabaran ni
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Bagaimana Nak Tahu Buah Pinggang Sudah Tidak Berfungsi?
Lumayan juga hadiah rm 18,000 tu
.
Selamat berjaya kepada semua yang menyertai contest
Curahan rasa Mama Hakim @ ..4 Pola Makan & Diet Sihat untuk Mengawal Diabetes
Memang lumayan… Beruntung siapa yang menang…
Tarikh tutup penyertaan untuk cabaran eRezeki dan eUsahawan ialah pada 5hb Mei 2017. Hari ni tu!!
Curahan rasa Anuar @ ..Hadiah Hari Guru 2017
Siapa yang berminat nak menyertai kedua-dua cabaran tersebut, boleh daftar segera… Sebelum tarikh tutup penyertaan tamat…
Curahan rasa Anuar @ ..Hadiah Hari Guru 2017
Sangat lumayan siapa yang sanggup sahut cabaran.
Tarikh tutup penyertaan semalam, mungkin dah ramai yang sertai tu
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Bagaimana Nak Tahu Buah Pinggang Sudah Tidak Berfungsi?
Sangat bertuah siapa yang bakal menang hadiah cabaran ni.
Semoga semuanya berjaya harung cabaran
Curahan rasa Noriza Abdul Rahman @ ..Bagaimana Nak Tahu Buah Pinggang Sudah Tidak Berfungsi?
Bagus ada contest macam ni. Jadi medan untuk galakkan berniaga online
.
Berniaga kan sunnah kalau jujur
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Makanan Anti Kanser Payudara & Vivix Shaklee
Ya betul.. Berniaga satu Sunnah… 9/10 rezeki adalah melalui perniagaan… Cuma zaman dah berubah… Kebanyakan zaman sekarang orang berniaga secara online…
Curahan rasa Anuar @ ..Hadiah Hari Guru 2017
Wow lumayan sangat hadiah tu…
Semoga berjaya pada yang join Cabaran eRezeki.. Amin 🙂
Amin.. semoga ada salah seorang pembaca blog hati berjaya menjadi pemenang dalam kedua2 cabaran ini..
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
MDEC ini kerap kali juga mengadadakan program keusahawanan untuk membantu para usahawan dan bakal usahawan di peringkat akar umbi lagi. Contoh di tempat saya mereka selalu buat program di RTC. Input dari segi ilmu boleh digunakan seumur hidup bersama pengalaman yang akan diraih 🙂
Curahan rasa Wanz Cop Baju @ ..Nak Tempah Baju Rewang Tapi Tak Ada Design?
Wanz Cop Baju jangan lepaskan peluang untuk sertai cabaran eusahawan dan erezeki ni..
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Saya memang berminat, tapi kekangan dengan bisnes sedia ada 🙂 Biarlah peluang kepada yang memerlukan
Curahan rasa Wanz Cop Baju @ ..29 Pilihan Warna Baju Untuk Cetak Baju
Tak pe tuan.. Masing masing ada cara yang tersendiri untuk mencari rezeki..
Cuma saling berkongsi rezeki sahaja..
Rezeki berbentuk ilmu
Curahan rasa mrhanafi @ ..Artikel Promosi Belajar Forex Ditarik Balik
Menang atau kalah belakang kira… yang penting dapat menggunakan peluang tersebut untuk meluaskan network..
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Saya setuju sangat dengan kenyataan ni. Belajar teknik tu yang penting untuk di aplikasikan .
Curahan rasa rahimah majid @ ..7 Perkara Kena Tahu Selepas Tempah Tiket Airasia
Dalam masa yang sama dapat peluang untuk mempromosikan bisnes baju tuan ..
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
alhamdulillah…. saya dah submit kedua2nya. Doakan mudah-mudahan ada rezeki saya. Amin…
Aamiin.. selamat berjaya cik puan. Kalau ada rezeki tak ke mana.. betul tak 🙂
Curahan rasa Wanz Cop Baju @ ..Nak Tempah Baju Rewang Tapi Tak Ada Design?
Tahniah cik puan.. Saya doakan semoga cik puan menjadi antara peserta yang terpilih untuk ke pusingan yang seterusnya..
Curahan rasa Anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Nampak gaya tak berpeluang , sebab sudah berkelab kereta ni , kalau ada kereta lain boleh la turut serta
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Aku Umpama Tukun
Nampaknya senasiblah kita.. hehehe..
Takperlah… tak dapat join, kita support jer kawan2 yang join..
Curahan rasa anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Haha kan.. ranggi sangat kereta nak buat grab.. Mesti nak kereta yang standard je ni
Curahan rasa Wanz Cop Baju @ ..29 Pilihan Warna Baju Untuk Cetak Baju
Jadi grab driver? Hmm.. untuk mak mak ni memang tak sesuai lah hehehehe
Curahan rasa Farah Alina @ ..Senarai Harga Shaklee 2017 Paling Terbaru, Anda Perlu Ambil Tahu!
Betul jugak kan?
Kalau mak-mak jadi grab driver nanti, siapa pula nak jaga anak-anak..
Nak angkut anak-anak sekali karang meriah sakan dalam kereta tu..
Curahan rasa Anuar @ ..Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Comments are closed.