Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar sahabat-sahabat yang hebat?
Ada kekawan tanya bila Abang mula berniaga. Lama dah sejak sekolah rendah tolong jualkan kuih yang emak buatkan. Ada pakar bisnis kata majoriti usahawan berjaya pernah berniaga sejak dibangku sekolah rendah lagi.
Ada juga yang tanya bila Abang mula belajar ilmu bisnis secara serious? Abang mula berguru dengan membaca berbagai buku yg ditulis oleh sifu-sifu hebat dalam dan luar negara. antara buku awal yang telah mengubah cara fikir Abang adala tulisan Jutawan Azizi Ali. Bukan semua sifu bisnis yang Abang sudah jumpa terutama daripada luar negara tetapi Abang taat dengan ilmu mereka kerana disitu ada keberkatan. Ilmu yg berkat itu menyuluh jalan kejayaan.
Sekarang pun masih menuntut ilmu bisnis terutama ilmu ekonomi digital dari sifu-sifu muda yg kreatif seperti Aqif Azizan dan Abang Ensem. Memang tidak pernah pergi mana-mana kelas-kelas mereka tapi dapat ilmu dari sessi ngopi, fb live, eBook dan status ilmu mereka.
Kepada rakan-rakan yang rajin pergi kelas dan seminar memang sangat bagus tapi lebih bagus apabila dapat BERTINDAK dengan ilmu yang diperolehi. Biasa juga ilmu indirect nampak macam tak logik, tak ada kena mengena dengan bisnis tapi sangat membantu. Bila kita belajar dengan guru yang kita pilih, kita mesti hormati ilmu mereka dan BUAT dan BUAT, jangan banyak soal. Kalau tak nak patuhi ilmu mereka jangan panggil mereka guru atau sifu tapi anggap sahaja sebagai kenalan yang pernah kongsi ilmu yang tak sesuai untuk anda. Sekarang ramai anak murid yang tunjuk lebih pandai dari guru walaupun belum berjaya.
Terima kasih kepada yang panggil Abang sifu atau guru. Sebenarnya gelaran tu tidak sesuai sebab Abang tak pernah buat kelas atau seminar, hanya sekadar kongsi ilmu seminit dua dalam sessi orang lain. Abang biasanya jadi event organiser sahaja macam majlis sepetang bersama blogger atau dinner bisnis. Nak kata ada group bisnis under ground, group bisnis wassap atau group bisnis telegram pun tak ada.
Nak berjaya kena ada guru supaya kita tak sesat dan lebih penting BERTINDAK sehingga berjaya dan sanggup mengejar kejayaan walaupun perlu ambil masa bertahun-tahun.
Belajar dan kongsi sedikit pengalaman tak pernah berhenti.
Nak tanya sikit siapa Guru Bisnis anda?
Abang Denaihati
Rakan Usanawan Digital
Denaihati TV (jangan lupa follow Youtube Abang ya!)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
29 Comments
Belum berpeluang lagi nak berguru dengan cikgu bisnes yang hebat-hebat ni.
Selalu langgan ebook jer… alhamdulillah…
Menghormati guru salah satu syarat untuk mendapat berkat ilmu yang ditimba, inshaaAllah, kekal di dalam jiwa, mudah untuk diamalkan.
Curahan rasa myliferia @ ..Set Berhentikan Darah Haid Berpanjangan Lebih 15 Hari
Setuju tue. Semua guru, mentor, sifu atau apa saja gelarannya, asalkan mengajar ilmu yang baik-baik, wajib kita hormat. Mudah-mudahan berkah segala usaha, dan pahala terus mengalir untuk mereka. 😉
Curahan rasa Oja Samid @ ..Jangan Pandang Remeh Kesan Trauma Kepada Mental Emosi
Keberkatan ilmu penting bagi memastikan ilmu yang kita dapat diredhai Allah SWT.
Curahan rasa Denaihati @ ..7 Sebab Menarik Perlu Tonton Filem Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng
Saya follow ramai sifu2 bisnes samada online bisnes aau offline bisnes. Ya, ia memberi implikasi yang besar terahadap limu pengetahuan bisnes saya dan hidup saya secara amnya.
Curahan rasa Abe Jaq @ ..UPSR tanda aras kejayaan?
Terima kasih untuk perkongsian. Ilmu dan mentor memang sangat penting dalam berbisnes…
Penting ada mentor sebagai orang yang boleh di rujuk. Berniaga kena serius kalau nak berjaya.
Curahan rasa rahimah @ ..Apa Dia Frostbite Dan Cara Mengelakkan Terkena Gangrene
moralnya kena dekatkan diri dgn org berilmu supaya dapat cedok ilmu dia. tak kira sape, bila dia dah ajar kita mesti hormat
Curahan rasa nikkhazami @ ..Lazada Box of Joy Sempena Online Revolution 2016
cedok ilmu dia dan sedut sebanyaknya, semestinya kita hormat pd guru yg ajar kita dan ingat sampai bila2,
Curahan rasa Denaihati @ ..Daya eUsahawan – kesinambungan program eUsahawan oleh MDEC
Finland adalah negara yang amat menghormati guru. Oleh sebab itu pendidikan di Finland adalah contoh kepada negara maju lain di eropah
Curahan rasa Encik Ketam @ ..7 Mistakes That Harm Your Children
Sepakat dengan tulisan ini, betul cikgu “Restu guru kita adalah kunci kesuksesan di dunia dan akhirat.” maka menghormatinya jalan kita kian lapang penuh berkah. 🙂
mantaff….
hormati guru biar ilmu berkah 😀
like It’s
ya betul tu, mentor bisnes sama macam cikgu, perlu dihormati supaya ilmu kita berkat.
Curahan rasa raihanah @ ..Detox Membantu Menyingkirkan Logam Berat
mentor memang penting.
mentor dah siap tebas lalang, kita tinggal jalan je.
Curahan rasa siti hazreen @ ..Tawaran Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik Tuanku Ja’afar Seremban
Guru bisnis saya ramai. Abah dan Arwah emak saya idola utama saya.
Tuan Hj. Amir juga salah seorang Sifu bisnis saya secara tidak langsung. Banyak ilmu saya perolehi dari Tuan walaupun saya tak dapat join kesemua program Tuan atas sebab kekangan kerja dan masalah lain. Saya belajar dalam diam sambil memerhati dan cuba jaya apa jua yang Tuan dan team buat hehe
Terima kasih Sifu.
Curahan rasa ieta Mat Sa’ad @ ..Morhabshi minyak serbaguna keperluan keluarga.
Abah dan emak guru terbaik, tak pernah jemu mengajar dr sejak lahir lagi.
Curahan rasa Denaihati @ ..Pendapatan meningkat daripada RM5,000 kepada RM50,000 sebulan
bagi yang tiada pengalaman bisnis, harus sbnrnya ada guru/mentor sebagai rujukan kita.
Ya betul… Guru atau mentor penting supaya kita tak buat lagi try and error seperti yang pernah dilakukan oleh orang yang terdahulu…
Curahan rasa Anuar @ ..Bagaimana bekas pemandu UBER boleh menjana pendapatan RM 5 angka sebulan?
Zaman sekarang ni semuanya nak short cut supaya dapat menjimatkan masa dan kos….
Curahan rasa Anuar @ ..Bagaimana bekas pemandu UBER boleh menjana pendapatan RM 5 angka sebulan?
Buat masa sekarang saya juga sedang belajar ilmu bisnes melalui pembacaan buku-buku, ebook, tonton video dan pernah juga menghadiri kursus
Curahan rasa Anuar @ ..Bagaimana bekas pemandu UBER boleh menjana pendapatan RM 5 angka sebulan?
Setakat ini saya dah memiliki banyak bahan bacaan dan sumber rujukan berkaitan dengan bisnes secara online, cuma masa untuk membaca dan memanfaatkannya belum ada lagi…
Curahan rasa Anuar @ ..Homestay Sungai Ara Bayan Lepas Pulau Pinang
Daripada koleksi tersebut rasanya baru 30% sahaja yang sempat saya baca dan tonton… Yang selebihnya masih belum sempat lagi…
Curahan rasa Anuar @ ..Bagaimana bekas pemandu UBER boleh menjana pendapatan RM 5 angka sebulan?
Kadang tu rasa macam nak ambil cuti tanpa gaji dalam satu tempoh yang agak lama supaya saya dapat merealisasikan impian saya dengan sebaiknya…
Curahan rasa Anuar @ ..Bagaimana bekas pemandu UBER boleh menjana pendapatan RM 5 angka sebulan?
Tapi dalam masa sekarang ni keadaan masih belum mengizinkan untuk saya bertindak sejauh itu…. Takper sabar… Slow-slow… Kayuh pelan-pelan…. In Shaaa Allah sampai juga ke destinasi yang dituju…
Curahan rasa Anuar @ ..Bagaimana bekas pemandu UBER boleh menjana pendapatan RM 5 angka sebulan?
Comments are closed.