Assalamualaikum dan salam 1Dunia, fenomena gerhana bulan penuh kali kedua akan berlaku di angkasaraya Malaysia untuk tahun 2011 pada 10/12/2011 pada jam 10.05 – 10.57 pm setelah berlaku kali pertama pada 16/6/2011 di antara jam 1.00 – 7.00 am. Pada waktu itu kedudukan bumi, bulan dan matahari berada di dalam keadaan selari.
3 hari sebelum gerhana bulan separa pada 12/1/2010 berlaku gempa bumi besar di Haiti yang membunuh 500 ribu manusia. Gempa bumi di Christhurch, New Zealand, Sulawesi dan Sumatera pula berlaku beberapa hari sebelum gerhana bulan penuh 16/6/2011. Mungkin kata-kata Kak Jie dalam blog nya ada releven “Ikut pengetahuan saya yang cetek ini, fenomena gerhana bulan sering mempunyai kaitan dengan gempa bumi“. Macam-macam kejadian sekarang yang terbaru fenomena Supermoon, semuanya untuk kita berfikir.
Inilah kebesaran Allah SWT yang mesti kita diam sesaat memikirkan seperti sabda Rasulullah SAW : Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada padangan“. (HR. Bukhari dari Abi Barkah).
Jangan lepaskan peluang untuk sujud memohon keampunan di saat gerhana bulan penuh, caranya solat sunat gerhana atau solat sunat kusuf seperti ada di entri panduan solat sunat gerhana.
Bagi yang ada ruang masa sila ikut program Agensi Angkasa Negara di perkarangan luar Masjid Negara bermula jam 7.00 pm dengan berbagai aktiviti antaranya melihat dengan teropong fenomena gerhana bulan penuh dan solat sunat gerhana (kusuf).
50 Comments
saya share sedikit article saudara di blog saya 🙂
Sila kongsikan kepada seberapa ramai yg boleh
ala nak kena tido dah.. tak sempat tengok.. huhu
Curahan rasa MuJE @ ..Anonymous – Operation Malaysia
Fenomena gerhana bulan ni bukan selalu terjadi
subhanallah……takbir !!!
Curahan rasa wrizuan[dot]net @ ..perkara menakutkan anak
SubhanAllah… salah satu tanda kebesaran Allah. Kena bangun pagi untuk solat nih
Curahan rasa zam @ ..No Pendaftaran Kereta yang Menarik
gerhana bulan nampak cantik je.. tapi menakutkan..
Curahan rasa Anarm @ ..Jika Dunia Tanpa Blogger, Apa Akan Jadi?
Maha Besar Allah dengan segala Kuasa Nya dan Ilmu yang tidak terbatas, sungguh Gerhana adalah ayat Qauniyah bagi orang yang mengetahui
Curahan rasa smp 3 lembang @ ..Forum Gemscool
subhanallah!!!! hebatnya kuasa Allah
Curahan rasa shah @ ..Tony Blair baca Quran setiap hari
Thanks gan ilmunya
itu cuman salah satu tanda kebesaran Allah SWT dari sekian banyak tanda-tanda kebesaran-Nya. Apakah anda-anda setuju ?
Curahan rasa Starblog @ ..Link Teman
assalam… mintak share ye,… thanks 4 the info.. nk tgk sangat2.. dulu dpt tgk skali jia.. heheheh
Terima kasih bro di atas info ni
Curahan rasa wazy @ ..Wordless Wednesday #3 : Sepi Itu Indah Ke ?
kalo ga salah nanti malam adalah gerhana terlama ya… CMIIW lebih dari 100 menit
kebesaran Tuhan
jom kite menunaikannya
Curahan rasa akmalhilmi @ ..BUDIEY INGIN MENJEMPUT PEMBACA BERTUAH KE UNIVERSAL NIGHT & SHOWCASE 2011
thanks sebab bgtau. if tak, memang tak menahu pun. hohohoho
Curahan rasa Lizz @ ..Ada Yang Serik Bercinta Ke?
Comments are closed.