GaySec memohon maaf kepada Arlene Tan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, 1Malaysia sudah tahu GaySec memohon maaf kepada Arlene Tan diatas kesilapan mendedahkan identiti sebenar Makcik Hajjah Sitt AlWuzara yang suatu ketika dahulu begitu agresif menghina Islam melalui Blog, Facebook dan Twitter. Ramai masih terbayang grafik wanita separuh bogel yang sedang duduk di atas Kaabah.

Statement daripada GaySec :

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

kami mengaku informasi yg kami terima dari pelbagai sumber (anonymous) ini tidak disemak terlebih dahulu dimana akhirnya informasi tersebut telah membawa kepada rujukan yg salah terhadap mangsa (Arlen Tan) dan bukan target kami yg
sebenarnya.

Dikesempatan ini kami ingin memohon maaf kepada Arlen Tan dan pihak2 penyokong beliau. Kami amat berasa kesal atas apa yang berlaku. Namun begitu kami amat berharap agar Arlene boleh mendapatkan kaunseling dari Jabatan Agama Islam
mengenai kekeliruan agama yg dihadapinya.

Berkenaan dgn ops3 ini pula..kami tidak akan melepaskannya(release) secara umum. Dimana ianya tidak bersifat peribadi pada individu2 tertentu, tetapi lebih menjurus kepada pertubuhan sesebuah organisasi dan pergerakan tertentu.
Apakah ada kena mengena dgn isu2 yg berbaur keagamaan pada masa kini? Jangan beri kami jawapan anda..simpan dan jgn berikan sebarang spekulasi sendiri. Biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.

Dengan penuh rasa rendah diri sekali lagi kami memohon maaf pada Arlene Tan atas bala yg diterima olehnya berpunca dari kecuaian kami.

Terima kasih kepada Fanpage Pendedahan Ekslusif Siapa Sebenarnya Sitt Al Wuzara yg mana kami boleh sifatkan mereka mengenali siapa sitt yg sebenarnya?

kerja kami boleh menjadi semakin mudah namun bagi mengelakan berlakunya lagi sebarang kesilapan, kami memerlukan masa yg panjang.

Kami akan cuba menebus kesalahan dan kecuaian kami dengan melakukan beberapa #Operasi demi untuk menentang laman sesawang yang menghina agama islam sepanjang bulan puasa ini. Insyallah.

Satu perkara yang kami perlu ingatkan kepada pihak umum adalah, kami lakukan ini semua bukan kerana kami mahukan `populariti` ataupun untuk mendapatkan `duit`. Jika kami lakukan untuk mendapatkan populariti, dah lama kami menyebarkan perkara ini kepada pihak yang mampu membuatkan kami jadi lebih `popular` atau `dikenali`, dan jika kami mahukan duit, mungkin sudah lama kami jual segala informasi, pangkalan data(database) yang kami miliki selama ini kepada pihak yang tidak bertanggungjawap untuk mendapatkan duit dan kekayaan, jika anda berfikir kami sedemikian, bermakna anda salah, kami tidak mengejar populariti dan duit, kami hidup dan wujud di dunia siber ini hanyalah untuk semata-mata menegakkan tahap keselamatan sesuatu laman sesawang atau sistem di malaysia ini. Jika anda tidak boleh terima dengan apa yang kami lakukan, anda boleh menyuarakan kata-kata anda pada kami. Insyallah kami akan cuba fikirkan.

Sekali lagi, maaf daripada kami kepada peminat gaysec, pihak umum dan terutama sekali Arlene Tan, kami manusia biasa, semua orang mesti akan melakukan kesilapan.

Pengajaran daripada isu pendedahan Makcik Hajjah Sitt AlWuzara :

1. Bagi aku tidak salah blogger untuk menyiarkan berita terutama berita panas sebegini demi kepentingan umum tetapi mestilah disertakan dengan sumber dan jangan ditokok tambah dengan maki hamun, ugutan dan analisa mengikut emosi sendiri.

2. Ada usaha oleh orang tertentu untuk merungkai misteri penghinaan Islam yang dibuat sesuka hati maka hikmahnya selepas ini manusia yang ingin menghina Islam akan lebih berhati-hati lagi.

3. Usaha yang dilakukan oleh GaySec sahaja bangus tetapi kali ini mereka telah tersilap dedah dan permohonan maaf adalah jalan terbaik dan semua blogger yang telah menyiarkan berita ini mesti mengambil jalan yang sama untuk menyiarkan permohonan maaf GaySec dan seandainya ada yang telah memaki hamun dan mengugut buatlah kenyataan maaf secara peribadi. Manusia yang paling mulia adalah memohon maaf apabila melakukan kesilapan dan yang lebih mulia memaafkan mereka yang memohon maaf.

4. Dengan peristiwa ini baru aku tahu bahawanya ada Fanpage Murtads Malaysia dan Singapore. Sama-samalah kita berdoa semuga ALLAH SWT beri hidayah kepada mereka dan yang lebih penting berdoa semuga ALLAH SWT tidak tarik hidayah dari kita, keluarga kita, anak-anak, cucu-cicit dan keturunan kita sampai hari kiamat.

5. Aku berdiri teguh dibelakang usaha untuk mengejar mereka yang menghina Islam melalui Blog, Facebook dan Twitter tetapi mesti dilakukan dengan lebih teliti supaya tidak tersalah dedah seperti apa yang berlaku kepada Arlene Tan.

6. Kepada Arlene Tan mohon jutaan maaf seandainya ada komen-komen dari pengunjung blog denaihati yang keterlaluan hanya kerana mereka terlalu marah kepada mereka yang menghina Islam. Semuga ALLAH SWT memberi taufik dan hidayah kepada Arlene Tan.


Spread the love

42 Comments

  1. Itulah yang terbaik. Memohon maaf dan mengakui kesilapan. Dalam masa yang sama cuba menebus kesalahan yang dilakukan. Adakah kita yang mengaku baik dan memaki hamun sesuka hati ni mampu meminta maaf macam gaysec?

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!