Game merosakkan minda atau membantu kepintaran anak-anak

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kali ini blog Denaihati memaparkan hasil tulisan Anne Khairanie Mohd Ismail yang mengupas isu semasa yang sering menjadi polimik di kalangan masyarakat untuk kita sama-sama selusuri dan perdebatkan. Pasti kita ada pendapat tersendiri dalam isu ini jadi jangan malu untuk berkongsi untuk kebaikan bersama. Joom baca :

Computer Game - Sumber Google

Jika di Tanya kepada saya, semestinya diam sejenak cuba fikirkan game membantu atau sebaliknya. Kalau kita fikir ia positif tidak mustahil keadaan itu akan menjadi positif. Dan kalau kita fikir buruk tidak hairan juga lah ia akan menjadi sebaliknya. Pandangan setiap semua orang ada bezanya kerana ideology adalah pendapat peribadi yang jika difikir adalah ada betulnya. Berbeza kalau ia adalah satu fakta yang sememangnya tidak bole diubah atau di olah menjadi lebih menarik.

Bagi saya baik atau buruk kedua-dua nya harus di nilai sama rata. Kalau kita lihat dari sudut buruk tidak terkejar ibu baba mengikut rentak anak-anak meronta meminta belikan mereka game. Tambahan pula bercambah diluar sana game diperkenalkan. Sedangkan ibu bapa tidak sempat nak update jenama-jenama game dipasaran, tetapi anak-anak sudah sedia maklum semua jenis game di pasaran.

Kalau kita lihat di sudut baik game ini boleh merangsang otak anak-anak dan membantu tumbesaran mereka. Ada game yang berbentuk pelajaran jadi tidak perlu risaulah ibu bapa untuk memaksa anak-anak belajar kerana mereka boleh belajar sesuatu daripada game tersebut.

Di sini saya cuba kupaskan beberapa pandangan dan pendapat sesetengah individu mengenai permainan game ini kepada kanak-kanak.

Pendapat 1 : Mungkin ada yang rasa bermain game ini membazir saja kan. Kalau anda nak tahu, ada juga kebaikan bermain game sebegini. Contohnya bila anda mnyelesaikan puzzle, kita dah pun memaksa otak anda berfikir. Otak juga kena diasah juga sekali sekala, bukan badan saja. Kalau tidak, mudah kena nyanyuk (Alzheimer) nanti. Game pun boleh mnyebabkan tindak balas kita menjadi cepat. Cuba kita bayangkan anda bermain Dioblo. contohnya, tentu mata dan tangan kita kena sentiasa bergerak dengan kehadiran musuh dalam game tersebut. Kalau tidak,matilah pahlawan kita.Tetapi kita pandai2 bahagikan masa untuk bermain, dan tak juga abaikan tanggung kita.

Pendapat 2 : Jangan disalah tafsir dengan permainan video yang terdapat di pasaran pada masa kini. segelintir peminat permainan video ini telah dapat menguasai bahasa inggeris. hal ini kerana, permainan ini dapat merangsang pemikiran seseorang pemain untuk mengambil langkah yang sepatutunya bagi menangani sesuatu masalah yang di timpa. selain itu juga, para peniaga dapat menambah pendapatan untuk menyara hidup yang kosnya semakin meningkat pada kala ini. kesan daripada ini, ia dapat merangsang pertumbuhan ekonomi negara. permainan ini juga dapat mengurangkan stres setelah seharian penat bekerja.

Pendapat 3 : Sebelum ni ramai je yg kata game ni tak bgus untuk kesihatan…terutama orang tua la kan….tapi cuba kita tengok dari sudut yang lain… biasanya dalam setiap games pasti ada “goal”….so, untuk achieve goal tu, kita perlukan concentration yang tinggi …..contoh game dalam facebook “pet society” or mungkin “mafia”(contoh je la…)….utk naik level, kita sanggup berdepan dgn computer pagi, petang, siang malam……. (kalo boleh la…)… ada yg sanggup tak tidur untuk itu….. ada yg sanggup tak makan ….. tak mandi.. dan sebagainya tapi kadang-kadang bagus juga ….sbb utk achieve goal, kite kena ada strategies….. kadang-kadang kita ada cuba satu cara tu, then bila salah, kita sanggup cari cara lain…. janji menang… kadang-kadang tu, rasa tak sabar nak tngok ape level seterusnya atau bilakah endingnya game ini….hahah (seperti yg aku selalu buat)… tapi, sekarang ini, aku cuba applykan untuk harian aku … urmm…”my to-do list”….aku pasti ramai yang dah buat …. tapp aku mula rasakan keberkesanannya dalam hidup aku …. hari itu aku listkan apeje kerja-kerja sekolah, or apa-apa je la yang patut aku buat… sampaikan nak amek “certificate” n excuse letter pun aku tulis….. barulah ternampak betapa banyaknya kerja yang aku tak buat lagi ….aku confuse yang amat… macam man ingin sattlekan semua….so, aku buat macam seolaholah aku sedang bermain game… aku jadikan apa yg ada dalam list aku sebagai “goal” yang aku kena achieve…setiap kali mission “accomplished”, aku akan tick disebelahnya…. memang tak tidur …semalam je, seharian aku di depan komputer….daro tak buat apa-apa, sekarang dah tinggal 10%…. cuba bayangkan….. so, aku fikir semua ini mindset kita jugak….nak buat sesuatu, kena ikut interest kita…. even benda tu kita tak suka nak buat…. so, macam satu pengajaran untuk aku lah.

Satu tatapan yang menarik daripada seorang ayah terhadap anak-anak sekarang. Mari kita semua teliti dan hayati apa yang diperkatan oleh beliau.

Memang betul ada rasionalnya pendedahan awal teknologi boleh meningkatkan pemahaman anak-anak kepada sains dan teknologi, seperti mana yang telah negara Jepun amalkan. Tetapi jika teknologi itu hanya sekadar mahir dalam bidang permainan game semata-mata. Adakah ia satu kebaikan kepada anak-anak zaman sekarang? Saya risau bila terlalu banyak disogokkan dengan teknologi berbentuk hiburan seperti itu, proses tumbesaran mereka, terutamanya dari sudut mental dan emosi akan menjadi kurang sempurna berikutan ‘proses pematangan yang terlalu awal’.

Bukan itu sahaja, mereka turut berisiko untuk menjadi seorang yang pendiam dan suka menyendiri sekiranya terlalu asyik dengan permainan game sahaja.. Malahan ada di antara kes kemurungan yang saya dengar, dilaporkan berpunca daripada perkara remeh di atas.

Atas dasar itu saya selalu memberi ruang kebebasan sepenuhnya untuk anak-anak saya bermain dan bergaul dengan rakan sebaya (dengan pemantauan), agar mereka tidak terlalu dibebani ‘kebahagiaan dunia’ dan ‘keindahan teknologi’ semata-mata. Bagi saya proses tumbesaran secara alami, sebenarnya jauh lebih penting berbanding cara pembelajaran yang dipraktikkan oleh negara matahari terbit tersebut.

Kadang-kadang saya sendiri turut merasa kasihan melihat anak buah dan anak lelaki saya yang berumur 7 tahun bermain seorang diri atau berdua di taman permainan. Bukan disebabkan perangai mereka berdua seperti kera sumbang, tapi kerana semakin ramai kanak-kanak seusia mereka menjadi tahanan di rumah sendiri. Iyelah nak pergi rumah jiran sebelah, tembok sebesar menara menjadi penghalang (teknologi juga bukan?), nak bagi keluar, anak tidak mahu sebab terlalu asyik dengan permainannya. Kalau nak minta ibu bapa temankan pula, mereka sibuk mengejar harta dunia. Jadi nak kawan dengan siapa?

Bayangkanlah bagaimana agaknya kanak-kanak yang saya maksudkan itu bersosial sekiranya masa mereka lebih banyak dihabiskan dengan dunia game dan pembelajaran yang tiada penghujungnya suatu hari nanti. Bolehkah mereka mengawal perasaan dan tindakan sekiranya dipujuk oleh rakan sebaya dengan hanya berbekalkan pendedahan persekitaran yang rapuh sedari kecil lagi? Tepuk dada tanya selera.

Sekarang kita semua maklum semua orang punyai pendapat dan ideology yang berbeza. Cuma bezanya tahap mana kita semua boleh menerima sesuatu pendapat itu atau kita abaikan sahaja.walau apapun bagi saya kita harus bersifat sederhana dalam sesuatu penggunaan atau apa sahaja. Kita harus mempuanyi tahap pengawalan kepada anak-anak untuk mengelakkan mereka tersasar jauh. Oleh itu dengan coretan ini kita sama-sama boleh menilai sejauh mana permainan game ini memberi kesan buruk atau positif terhadap anak-anak zaman sekarang.

137 Comments

      1. namun dari beberapa temuan membuktikan bahwa game dapat merusak sistem saraf otak anak sehingga dapat menurunkan kecerdasan, konsentrasi, memicu perilaku agresif, autis dan penyakit lainnya seperti kerusakan mata, obesitas, gangguan pertumbuhan dan sosial.
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..Selamat Hari IbuMy Profile

        1. Banyak penelitian Juga membuktikan bahwa materi game yang diminati anak-anak adalah kekerasan bercampur dengan pornografi. Materi game yang positif tidak menarik buat anak-anak
          Curahan rasa Bang Iwan @ ..Selamat Hari IbuMy Profile

  1. Pendapat yang menarik dan masih boleh di kupas dari segi +ve dan -ve. Bagi aku apa jenis game yang dimain oleh anak2 arus dipantau dan juga dari segi masa bermain mesti dihadkan. Ini bagi memastikan anak2 lebih berdisiplin. Oleh kerana skrg byk kes penculikan ia menyebabkan ibubapa takut menyuruh anak2 bermain diluar. Alternatif nya adalah game.
    Curahan rasa Aarman @ ..Hairan Benarkah Haiwan Ini Aneh !My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!