Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tiada apa yang boleh dikatakan selain bersyukur kepada ALLAH kerana Majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015 telah selesai dengan jayanya. Terima kasih kepada watak utama yang telah menjadikan impian blogger menjadi satu kenyataan iaitu :
- Penaja utama : Yeo’s Malaysia
- Penaja bersama : Jopana.my, Bakarlah BBQ Rental, The Sumbs, eQurban.com dan Jam Tawaf Denaihati
- Rakan media : Kumpulan Media Karangkraf
- Juru gambar rasmi : The Photolicious
- Rakan Usahasama : Perbadanan Putrajaya
- Rakan Strategik : Abangensem.com, Pendekarberkuda.org, Profhariz.com, Khirkhalid.com, Sohoque.com, Mrspuex.blogspot.com, Namiacinta.com, Blogretis.com, Dengarisaya.blogspot.com, Norfanil.com, Nurseira.com, Melastikbintang.com dan Halimbrothers.com.
- Panel Forum : Aqif Azizan, Tuan Hj Masrukhin dan Mbak Anazkia
- Sukarelawan : Rakan-rakan blogger, UKM, MFI, AIM dan Darul Maghfiroh
- Jemputan : Rakan Blogger Indonesia
- Penganjur yang menjadikan semua kenyataan : Team Denaihati Network
Terima kasih kepada semua sukarelawan yang bertungkus lumus untuk membantu menguruskan dan memastikan perjalanan SBBYeos2015 berjalan lancar. Tidak terbalas segala masa dan tenaga yang dicurahkan.
Terima kasih kepada rakan-rakan blogger Indonesia sudi datang dari jauh untuk memeriahkan SBBYeos2015 kalau 2014 hanya berdua tetapi kali ini berlima.
Terima kasih kepada Tuan Ahmad Yani dari Kumpulan Media Karangkraf kerana sudi melancarkan Jam Tawaf Denaihati. Harga pasaran RM300 boleh order di Kedai Denaihati.
Mohon maaf kepada Abang Ensem antara penaja bersama yang paling awal tetapi url blog tidak tercetak di t-shirt dan banner. Ini memang kesilapan kami harap jangan marah dan berkecil hati nanti hilang ensemnya.
Terima kasih kepada tiga panel yang memang best berkongsi ilmu yang pasti jadi bekalan terbaik untuk rakan blogger untuk go next level. Jangan takut untuk menjadi blogger bertaraf dunia mulai dari sekarang. Katakan boleh pada diri kita sendiri.
Terima kasih kepada sahabat Saudara Khairul Anuar exco MSMW sudi datang dan sponsor tiga naskhah buku nukilan beliau untuk hadiah cabutan bertuah. Yang bertuah mendapat buku beliau Saudara Kamil Salleh yang datang dengan anak perempuannya. Ramai yang dah tanya macam mana nak contact Bro Sensasi2020 ni, almaklum anak yang dibawa tu cantik.
Tahniah kepada pemenang Treasure Hunt dan Cabutan hadiah paling bertuah iPhone 6 dan Samsung Note Edge. Tak lupa juga kepada yang dapat GoPro Hero 4 dan semua hadiah-hadiah yang lain. Rezeki siapa sangka.
Terima kasih juga kepada Hilal Azmi yang bawa crew Astro Awani interview kawan-kawan blogger dan juga Denaihati katanya untuk program inspirasi.
Berikut antara gambar-gambar menarik SBBYoes2015 yang dapat aku sendiri curi snap dan curi daripada Google dan FB jangan marah ya.
Mohon ampun dan maaf untuk semua kekurangan dan kesilapan kerana kami team Denaihati Network hanya manusia kerdil yang pasti banyak kelemahannya.
Terima kasih ALLAH kerana memudahkan segalanya.
Terlalu banyak telah ditulis oleh blogger al kisah Sepetang Bersama Blogger 2015 dengan gambar-gambar yang menarik serta extreme. Jom kita semua baca kisah yg best ini.
- Sayonara #SBBYeos2015 Sampai Berjumpa Lagi
- Sepetang Bersama Blogger 2015
- Sepetang Bersama Blogger 2015 l 13 Jun 2015
- Sepetang Bersama Blogger 2015 memang santai & sempoi
- Treasure Hunt di SBB2015
- Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015
- Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015
- Live update sepetang Bersama Blogger 2015
- Memori Sepetang Bersama Blogger 2015 anjuran Denaihati
- Sepetang Bersama Blogger 2015
- Sepetang Bersama Blogger 2015
- Anak sokong ayah untuk berblog
- Kepada rakan blogger yang sudah menulis tetapi tidak tersenarai sila PM entri anda ke fb Denaihati
124 Comments
meriah sangat nih. tahun depan boleh lah buat lagi kan.
Harapannya macam tu lah… kalau boleh biar tiap tahun ada buat Majlis Sepetang Bersama Blogger…
Curahan rasa Anuar @ ..Syukur Alhamdulillah… Rezeki Kali Pertama datang ke Majlis Sepetang Bersama Blogger 2015
harapnya tahun depan lebih meriah dan lebih ramai yang akan join..harap buat sampai malam la baru best
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
bukan main happy lagi muka peserta. mesti tahun depan nak join lagi
Curahan rasa nikkhazami @ ..Tonton Online Ketuk-Ketuk Ramadan 2015
Ya betul… Kalau tahun depat ada lagi buat SBB2016, In Shaa Allah saya akan join…
Curahan rasa Anuar @ ..Syukur Alhamdulillah… Rezeki Kali Pertama datang ke Majlis Sepetang Bersama Blogger 2015
tu lah kan, kalau ada lagi, harapnya ada lagi lebih besar plak kali ini
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
tak perasan ada senarai entri blog pasal SBB kat bawah artikel ni, boleh blogwalking nanti 🙂
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..5 Tips Sihat Penyediaan Menu Untuk Sahur
Saya harap Admin boleh tambahkan lagi senarai entri tu…. Rasanya dah ramai blogger yang buat entri tentang SBB2015…
Curahan rasa Anuar @ ..Syukur Alhamdulillah… Rezeki Kali Pertama datang ke Majlis Sepetang Bersama Blogger 2015
mungkin banyak sangat kot entrinya, tak sempat nak update kot
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
semoga berpeluang join tahun depan. mesti banyak acara menarik lagi.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Bahaya Visceral Fat Kepada Kesihatan
Raihanah: Moga diberi kesempatan untuk turut serta pada tahun depan. Harap-harap ada ramai yang sudi menaja..
Curahan rasa Sani @ ..Tak Sangka Juara Blogger Treasure Hunt Sepetang Bersama Blogger Yeos 2015
nampak ramai yang join, insyaallah di lain masa saya nak juga join majlis nih
Curahan rasa eBook Bisnes Online @ ..Kuruskan Badan Dengan Teknik Bakar Lemak Pantas
Kan, nampak super happening. Wajib join di masa akan datang nanti~
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Ulangkaji Bab Puasa : Fakta Ringkas & Padat
lain event, lain happeningnya..kali ni outdoor.penat tapi puas rasanya
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Tahun depan mesti acara lagi best. Semoga berpeluang join thn depan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kadar Zakat Fitrah Negeri Kelantan 2015
Betul tu, yang tak dapat join tahun ni, join event tahun depan pula ye!
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Karipap Gergasi Sedap di Jementah Segamat
Nikhazimi : Memang kena pergi ni kalau ada lagi tahun depan. Mungkin acara pun akan ditambah.
Curahan rasa Sani @ ..Tak Sangka Juara Blogger Treasure Hunt Sepetang Bersama Blogger Yeos 2015
Tahniah Bro… Sebab Team bro jadi juara Treasure Hunt SBB 2015… memang berdebar bila menantikan keputusan team kita… Lebih-lebih lagi bila masing-masing belum diumumkan sebagai pemenang hadiah saguhati…
Curahan rasa Anuar @ ..Syukur Alhamdulillah… Rezeki Kali Pertama datang ke Majlis Sepetang Bersama Blogger 2015
Anuar: Terima kasih bro..gua pun tak sangka boleh dapat. Sebab team lain hebat-hebat belaka..
Curahan rasa Sani @ ..Tak Sangka Juara Blogger Treasure Hunt Sepetang Bersama Blogger Yeos 2015
Assalamualaikum ni bukan spam cuma nak promo kalau sesiapa yang mahu jadi blogger dengan mudah tak payah nak buat blog anda boleh juga daftar dan menulis di blog gagahboro jika berminat anda boleh daftar Disini
Curahan rasa faris aiman @ ..Ceramah Ustaz Fawwaz Md Jan tentang pesanan untuk meyambut puasa
Bilalah agaknya ada rezeki untuk join event dari Denai Hati ni.
Curahan rasa Pakar Merawat Sihir @ ..Kelebihan Bulan Ramadhan
PMS: Insya Allah ada rezeki tahun depan boleh lah joint program SBB ya..
Curahan rasa Sani @ ..Tak Sangka Juara Blogger Treasure Hunt Sepetang Bersama Blogger Yeos 2015
Terima kasih Abang Denaihati. Seronok sangat walaupun tak puas hati…hahaha…
Sila buat lagi selagi saya belum dapat ipone 🙂
Curahan rasa Alin Marlini @ ..Swiss Garden Resorts Residence Kuantan (Last Part)
Alin: Saya pun nak juga iphone macam halimbrother. Tentu seminggu dua membelek iphone aje kerjanya..
Curahan rasa Sani @ ..Tak Sangka Juara Blogger Treasure Hunt Sepetang Bersama Blogger Yeos 2015
hehe..niat tu kena betulkan..dah 2 kali pergi SBB ni memang sama la niat..nak menang adiah..tapi satu adiah pun takde..elok jgn simpan niat le.ahaha
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
meriahnya SBB tahun ni.. gempak habis harap berpeluang join satu hari nanti.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Berniaga Di Instagram
InsyaAllah, Amin. Moga SBB 2016 akan datang lebih meriah dan gempak.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Ulangkaji Bab Puasa : Fakta Ringkas & Padat
Pertama kali dapat mendengar perkongsian ilmu dan pengalaman CEO eQurban, Tuan Hj Masrukhin.. Banyak ilmu manfaat yang dapat saya timba semasa di SBB2015…
Curahan rasa Anuar @ ..Kos Aqiqah lebih Murah bersama eQurban
Anuar: Betul tu banyak perkongsian. Bukan setakat untuk diri kita sendiri , ia juga bagaimana kita dapat memberi kepada orang lain..
Curahan rasa Sani @ ..Tak Sangka Juara Blogger Treasure Hunt Sepetang Bersama Blogger Yeos 2015
Sedihnya tak dapat join, InsyaAllah tak kan lepaskan peluang di masa akan datang.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Ulangkaji Bab Puasa : Fakta Ringkas & Padat
Mek Ila: Saya harap ramai yang sudi jadi penaja untuk tahun depan barulah boleh direalisasikan..
Curahan rasa Sani @ ..Tak Sangka Juara Blogger Treasure Hunt Sepetang Bersama Blogger Yeos 2015
wah bestnye…kalau ade lagi tahun depan nk join lah…tahun ni tak dapat nak join 🙁
Curahan rasa hpmurah2u @ ..The Importance of Mobile Games
Memang nampak meriah sungguh. Rugi siapa yang tak dapat hadir tu…
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Ulangkaji Bab Puasa : Fakta Ringkas & Padat
wah tuan muda aqif azizan pun ada datang buat perkongsian ilmu dalam SBB kali ni.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..5 Tips Sihat Penyediaan Menu Untuk Sahur
Ikhwan: Ada lah dia bagi 5 tips bagaimana nak bangun kan blog niche yang boleh buat duit untuk pasaran antarabangsa..
Curahan rasa Sani @ ..Tak Sangka Juara Blogger Treasure Hunt Sepetang Bersama Blogger Yeos 2015
Comments are closed.