Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tiada apa yang boleh dikatakan selain bersyukur kepada ALLAH kerana Majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015 telah selesai dengan jayanya. Terima kasih kepada watak utama yang telah menjadikan impian blogger menjadi satu kenyataan iaitu :
- Penaja utama : Yeo’s Malaysia
- Penaja bersama : Jopana.my, Bakarlah BBQ Rental, The Sumbs, eQurban.com dan Jam Tawaf Denaihati
- Rakan media : Kumpulan Media Karangkraf
- Juru gambar rasmi : The Photolicious
- Rakan Usahasama : Perbadanan Putrajaya
- Rakan Strategik : Abangensem.com, Pendekarberkuda.org, Profhariz.com, Khirkhalid.com, Sohoque.com, Mrspuex.blogspot.com, Namiacinta.com, Blogretis.com, Dengarisaya.blogspot.com, Norfanil.com, Nurseira.com, Melastikbintang.com dan Halimbrothers.com.
- Panel Forum : Aqif Azizan, Tuan Hj Masrukhin dan Mbak Anazkia
- Sukarelawan : Rakan-rakan blogger, UKM, MFI, AIM dan Darul Maghfiroh
- Jemputan : Rakan Blogger Indonesia
- Penganjur yang menjadikan semua kenyataan : Team Denaihati Network
Terima kasih kepada semua sukarelawan yang bertungkus lumus untuk membantu menguruskan dan memastikan perjalanan SBBYeos2015 berjalan lancar. Tidak terbalas segala masa dan tenaga yang dicurahkan.
Terima kasih kepada rakan-rakan blogger Indonesia sudi datang dari jauh untuk memeriahkan SBBYeos2015 kalau 2014 hanya berdua tetapi kali ini berlima.
Terima kasih kepada Tuan Ahmad Yani dari Kumpulan Media Karangkraf kerana sudi melancarkan Jam Tawaf Denaihati. Harga pasaran RM300 boleh order di Kedai Denaihati.
Mohon maaf kepada Abang Ensem antara penaja bersama yang paling awal tetapi url blog tidak tercetak di t-shirt dan banner. Ini memang kesilapan kami harap jangan marah dan berkecil hati nanti hilang ensemnya.
Terima kasih kepada tiga panel yang memang best berkongsi ilmu yang pasti jadi bekalan terbaik untuk rakan blogger untuk go next level. Jangan takut untuk menjadi blogger bertaraf dunia mulai dari sekarang. Katakan boleh pada diri kita sendiri.
Terima kasih kepada sahabat Saudara Khairul Anuar exco MSMW sudi datang dan sponsor tiga naskhah buku nukilan beliau untuk hadiah cabutan bertuah. Yang bertuah mendapat buku beliau Saudara Kamil Salleh yang datang dengan anak perempuannya. Ramai yang dah tanya macam mana nak contact Bro Sensasi2020 ni, almaklum anak yang dibawa tu cantik.
Tahniah kepada pemenang Treasure Hunt dan Cabutan hadiah paling bertuah iPhone 6 dan Samsung Note Edge. Tak lupa juga kepada yang dapat GoPro Hero 4 dan semua hadiah-hadiah yang lain. Rezeki siapa sangka.
Terima kasih juga kepada Hilal Azmi yang bawa crew Astro Awani interview kawan-kawan blogger dan juga Denaihati katanya untuk program inspirasi.
Berikut antara gambar-gambar menarik SBBYoes2015 yang dapat aku sendiri curi snap dan curi daripada Google dan FB jangan marah ya.
Mohon ampun dan maaf untuk semua kekurangan dan kesilapan kerana kami team Denaihati Network hanya manusia kerdil yang pasti banyak kelemahannya.
Terima kasih ALLAH kerana memudahkan segalanya.
Terlalu banyak telah ditulis oleh blogger al kisah Sepetang Bersama Blogger 2015 dengan gambar-gambar yang menarik serta extreme. Jom kita semua baca kisah yg best ini.
- Sayonara #SBBYeos2015 Sampai Berjumpa Lagi
- Sepetang Bersama Blogger 2015
- Sepetang Bersama Blogger 2015 l 13 Jun 2015
- Sepetang Bersama Blogger 2015 memang santai & sempoi
- Treasure Hunt di SBB2015
- Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015
- Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015
- Live update sepetang Bersama Blogger 2015
- Memori Sepetang Bersama Blogger 2015 anjuran Denaihati
- Sepetang Bersama Blogger 2015
- Sepetang Bersama Blogger 2015
- Anak sokong ayah untuk berblog
- Kepada rakan blogger yang sudah menulis tetapi tidak tersenarai sila PM entri anda ke fb Denaihati
124 Comments
Menarik sangat. Harap 1 hari nanti dapat sertai program seperti ini.
Curahan rasa Kewangan Graduan @ ..Tips Berjimat Ramadhan
Wah meriah sungguh ! Insyaallah next year kalau ada saya nak joinlah macam ni. Nak GoPro sebenarnya ha ha.
Curahan rasa rahimah @ ..Bercuti Ke Turki ? Jangan Beli Aiskrim Mereka Jika Anda Jenis Panas Baran.
Go Pro merupakan handphone betul-betul ohsem..memamg best kalau pakai tu..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Review Alcatel Onetouch Pixi3
gopro memang osem, harganya pun ‘wangi’ jer…ntah bila lah boleh beli huuuu
Curahan rasa siti hazreen @ ..Dah Dapat Matrikulasi, Takkan Tolak Kot?
Rasanya SBB 2015 akan terpahat di ingatan sebab ianya memang berlainan dari yang sebelum ini.Dan bagi saya pastinya akan ingat sebab kena karang blogpost ala-ala live update dengan 350 perkataan sebagai salah satu pelengkap task yang diberikan….Semoga dipermudahkan urusan untuk meneruskan lagi majlis SBB pada tahun hadapan
Curahan rasa Hazman Fadzil @ ..Ramai peserta SBB 2015 makan bertambah dengan hidangan BAKARLAH BBQ & RENTAL
Ye lah, jarang blogger taip entry guna smart phone. Tak leh feel lelebih gitu ~
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Ulangkaji Bab Puasa : Fakta Ringkas & Padat
Tahniah! Dah ade jam sendiri…jam tawaf pula tu…belum pernah rasa lagi air yeogurt tu
Tahniah atas penganjuran kali ini. Tapi sayang seribu kali sayang, tahun ni saya tak dapat hadir .. keluarga lebih memerlukan kali ini.
Apapun, seronok melihat ramai blogger Malaysia join SBB ni.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Promosi Buffet Ramadhan Oleh Blogger Bantu Tingkatkan Jualan
patutlahah macam ada kekurangan sedikit event kali ini kerana top blogger kita tak dapat datang hu..hu…
Curahan rasa mrhanafi @ ..Review Alcatel Onetouch Pixi3
SBB kali ni memang best! enjoy sangat especially time Treasure Hunt…panas2 sanggup panjat bukit…hehehhee…tq Team Denaihati yang menganjurkan event yg awesome ni…
and Tq jugak untuk jam Tawaf…rezeki en.suami… 🙂
Curahan rasa Alyza Fisol @ ..Mary Kay Limited Edition Beauty That Counts NouriShine Plus Lip Gloss
nampak jambu je yang pakai baju pink tu, ada rasa nak lawan abang ensem ke hehehe
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Tips Asas Untuk Bekalan Usahawan
Denaihati memang Ohsem!Memang Menarik dan menghiburkan. Best tips and blogger info
Curahan rasa Dalysha @ ..90% WANITA TIDAK TAHU! Petua Orang Lama Bagaimana Tegangkan Kulit Muka dengan Mudah
terbaik dan memang terbaik..baca dan tengok gambar pun seronok..ho..ho..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Review Alcatel Onetouch Pixi3
memang best kan?… harap tahun depan ada lagi… Boleh kita join ramai-ramai….
Curahan rasa Anuar @ ..Majlis Perkahwinan Dr Anwar Fazal dan Dr Fatin Liyana Asri
Betul tu, tengok gambar pun dah happening. Apa lagi kalau hadir sendiri 🙂
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Ulangkaji Bab Puasa : Fakta Ringkas & Padat
Bertuah dapat sertai SBBYeos2015. Semua peserta sporting terutama di treasure hunt. terima kasih sebab bagi peluang jadi sukarelawan untuk SBBYeos2015.
Curahan rasa cikpinz @ ..Cikpinz di Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015
semangat berpasukan dan setiakawan insan bernama blogger tidak dapat dipertikaikan..tahniah untuk semua
Curahan rasa mrhanafi @ ..Review Alcatel Onetouch Pixi3
Wah.. dapat air jus beso2 gitu kalu.. mau kenyang berpanjangan tuh… lawa aa botol2 tuh.. nak 1 boleh ke en.dH?? 😉
Curahan rasa SuperNifz @ ..National Conference Shaklee 2015
kalau nak hadiah menarik..wajib pergi tu untuk tahun yang akan datang
Curahan rasa mrhanafi @ ..Review Alcatel Onetouch Pixi3
Seronok sangat SBB kali ni… Mencabar sungguh….
Sampai demam2 lah… Hehehheeh..
Curahan rasa AyueJean @ ..Memori Sepetang Bersama Blogger 2015 #SBBYeos2015
Wah sampai demam-demam… hehehe… Hari tu saya sampai rumah (Sabak bernam) pukul 10 malam… Letih sangat terus tidur.. Esoknya bangun pagi, masuk pertandingan catur pula…. huhuhu
Curahan rasa Anuar @ ..Majlis Perkahwinan Dr Anwar Fazal dan Dr Fatin Liyana Asri
yer ada gambar kita kat dalam ni hehehe…. Terima kasih kepada Team DH kerana berjaya menganjurkan program hebat ini…
Curahan rasa Mahamahu @ ..Hari Kedua Perdana Trail Menjejaki Budaya, Warisan Dan Sejarah Kelantan
ya..memang seronokkan tengok gambar sendiri..lebih -lebih lagi jadi tatapan ribuan peminat blog denaihati
Curahan rasa mrhanafi @ ..Review Alcatel Onetouch Pixi3
Tahniah… Sebab dapat nombor dua dalam acara Treasure hunt.. Group korang memang hebat…
Curahan rasa Anuar @ ..Majlis Perkahwinan Dr Anwar Fazal dan Dr Fatin Liyana Asri
Dah PM entri SBB 2015 di blog saya… Harap entri tersebut diterima..
Curahan rasa Anuar @ ..Majlis Perkahwinan Dr Anwar Fazal dan Dr Fatin Liyana Asri
Mana gambar muka pendekar berkuda tak nampak ? adakah beliau malu-malu kuda ? hahhaha
Curahan rasa ishak @ ..Flexijoint berfungsi untuk menambah minyak pada sendi
Comments are closed.