Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sekali lagi Malaysia digegarkan dengan Bersih kali ini versi Bersih 4.0 lanjutan daripada Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0. Kuala Lumpur dibanjiri dengan gelombang kuning warna tema Bersih 4.0 walaupun diharamkan oleh KDN. Bersih kali ini semangatnya lain macam ketika Perdana Menteri DS Najib Razak dihantui dengan berbagai isu dari 1MDB hinggalah dana politik 2.6 billion serta kemerosotan matawang Ringgit berbanding USD yang agak ketara.
Klik sini utk belajar cara Jana income dalam USD
Kali ini Bersih 4.0 berlansung 30 jam daripada 29/8 sehingga 30/8 membanjiri sekitar Dataran Merdeka mencari keadilan. Bersih 4.0 lebih bersemangat apabila mendapat sokongan moral dari mantan PM, Tun Mahathir yang turun 30 minit di Dataran Merdeka. Rakyat Malaysia sudah maklum Che Det menentang Najib bukan kerana menyokong Pembangkang tetapi untuk memastikan kelansungan Barisan Nasional memerintah Malaysia. Tun tak yakin jika Najib masih menjadi PM boleh memberi kemenangan kepada BN pada PRU14. PKR, DAP dan GHB telah mengambil pentas Bersih 4.0 kerana itulah sebenar tujuannya dengan sedikit sokongan daripada PAS.
Orang politik ada perjuanganya dan yang fanatik politik akan memberi berbagai alasan untuk menyokong perjuangan mereka. Bagi aku yang penting bagaimana kita dapat menjadi insan yang memberi manafaat kepada dunia dengan apa cara sekali pun. Paling penting tindakan kita mendapat redha ALLAH. Semuga Bersih 4.0 yang dihadiri beratus ribu rakyat berbagai golongan akan berlansung aman damai tiada kekecohan yang akan mencemar keharmonian negara yang terlalu mahal nilainya. Dalam sejarah Islam tiada formula ramai semestinya menang.
Asbab daripada Bersih 4.0 persiapan pasukan eQurban yang sepatutnya menyertai #FiestaBlogshop Medan Pasar Kuala Lumpur tertangguh sedikit. Team terpaksa masuk di awal pagi untuk mengelakkan bertembung dengan kesesakan yang amant sangat. Tapi mungkin ada hikmahnya manalah tahu beratus ribu penyokong Bersih 4.0 akan menyerbu booth eQurban untuk buat tempahan qurban lembu dan kambing di Kemboja dan Mekah. Akhirnya kejayaan manusia di sini ALLAH adalah mereka yang istiqomah beramal mengikut perintah ALLAH ikut sunnah Rasulullah SAW.
Jemaah Bisnis Denaihati pulak membuat pilihan tidak menyertai Bersih 4.0 tetapi berkampung di Hotel Bangi Putrajaya untuk belajar ilmu FB ads bagi menjayakan #Projek2015 bagi melahirkan seberapa ramai usahawan online yang berjaya. Ini cara kami memberi sumbangan kepada ummah.
191 Comments
lain orang lain cara fikirnya, apa apa pun saya sokong program ekonomi yang sedang Denaihati buat
Curahan rasa myrujukan @ ..Cara Beli Barang Di Lazada Malaysia
Saya pun lebih menyokong cara yang begitu. Meningkatkan ekonomi agar hidup kita lebih terjaga.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Bila Sekeping Gambar Membuka Minda
Saya tertanya-tanya juga, apakah kesudahan atau keputusan yang terhasil daripada perhimpunan bersih kali ini. Adakah terdapat perubahan besar dalam pentadbiran negara atau masih sama.
Curahan rasa haffizul iskandar @ ..Pokok zaqqum.
Harapnya ada input yang positif daripada perhimpunan ini, bukan suka-suka sahaja.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Langkah Mudah Tangani Hidung Berdarah Ketika Hamil Agar Ibu Tidak Panik
tak sangka ramai yang datang bersih, bekam PM tun pun turut hadir
great effort from bersih 4~ kipidap
Regards,
(A Growing Teenager Diary Malaysia)
Curahan rasa Reload Food @ ..Celebrate Mother’s Birthday @ Great Nature Vegetarian Restaurant (大自然素食餐厅) Klang Experience
bila tengok gambar2 BERSIH 4.0 yang dikongsikan di media sosial (bukan media perdana) memang terasa sangat semangat 1 Malaysia..
Curahan rasa Oja Samid @ ..Promosi Shaklee September 2015
Dengar-dengar RM dan ok sikit berbanding hari-hari yang lepas. Semoga apa yang dilakukan oleh BERSIH berbaloi
Curahan rasa Bahrain @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Kesungguhan golongan ini berjuang melalui konsep BERSIH patut dilihat dari sudut lain..mereka tak takut apajua halangan dan cabaran mendatang..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Bina Blog Gaya Kehidupan Blogger
Bersihkan hati dan jiwa.
Che Det pergi untuk mengetahui denyut nadi rakyat yang terkesan
Curahan rasa faizalpj @ ..Steak Wagyu Menu Sambut Hari Lahir Di Restoran Me’nate Steak Hub
bersihkan hati dan jiwa lebih penting sebenarnya. buat perubahan kepada diri sendiri sebelum mengubah keadaan..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Bina Blog Gaya Kehidupan Blogger
apa pun yang disampaikan dalam BERSIH, masih perlu dilihat keseluruhan mesej kerana ianya pasti perlu diteliti satu demi satu.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan Gred U29
Kalau ada pihak yang memahami memang bagusla ..cuma dalam keadaan yang gentir begini perubahan corak kepimpinan bukan sesuatu yang bijak.
Curahan rasa mrhanafi @ ..Bina Blog Gaya Kehidupan Blogger
memang nampak seronok bila umat islam bersolat secara berjamaah, namun mudah mudahan ianya dapat dikekalkan bukan semasa BERSIH sahaja.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan Gred U29
Solat berjemaah adalah tuntutan dalam Islam…jika semua orang Islam bersatu maka mudah doa kita dimakbulkan
Curahan rasa mrhanafi @ ..Bina Blog Gaya Kehidupan Blogger
BERSIHkan hati itu lebih utama :). Betul DH, dalam sejarah Islam ramai tidak semestinya menang 🙂
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..PENGEDAR SAH SHAKLEE YANG AKTIF DI SABAH, SARAWAK DAN SELURUH MALAYSIA
Soal menang atau kalah adalah lumrah dalam setiap perjuangan..saya berharap kemenangan berpihak kepada kebenaran
Curahan rasa mrhanafi @ ..Bina Blog Gaya Kehidupan Blogger
banyak pandangan tentang bersih 4.0, ramai kaum cina, kurang orang melayu, tiada campur tangan pihak polis dan yang pasti ada komplen dari pihak kerajaan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan Gred U29
Saya berharap BERSIH tidak dilakukan secara meluas lagi..banyak cara untuk menyatakan rasa tidak puas hati iaitu PRU 14 nanti
Curahan rasa mrhanafi @ ..Bina Blog Gaya Kehidupan Blogger
bersih 4 ni lain macam auranya. mungkin juga kerana situasi politik tak menentu sekarang ni dan macam macam cerita tentang najib razak
http://goendoeleutik.blogspot.com/2015/08/indonalonet-agen-judi-togel-online.html
Curahan rasa berita kontes @ ..3MPOKER.com Agen Judi Poker Domino QQ Ceme Online Terpercaya
Terima kasih kerana mendoakan kebaikan kepada kami..memang korupsi adalah yang tidak beretika pada peradaban manusia.
http://cahaya.gacoan.web.id/indonalo-net-agen-judi-togel-online-nasional-indonesia/
Curahan rasa Paparoti @ ..QilinPoker.com Agen Poker Domino QQ Ceme BlackJack Terpercaya
bersih 4 ni lain macam auranya. mungkin juga kerana situasi politik tak menentu sekarang ni dan macam macam cerita tentang najib razak
Curahan rasa nikkhazami @ ..Jadual Piala Malaysia Kelantan 2015
Comments are closed.