Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sekali lagi Malaysia digegarkan dengan Bersih kali ini versi Bersih 4.0 lanjutan daripada Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0. Kuala Lumpur dibanjiri dengan gelombang kuning warna tema Bersih 4.0 walaupun diharamkan oleh KDN. Bersih kali ini semangatnya lain macam ketika Perdana Menteri DS Najib Razak dihantui dengan berbagai isu dari 1MDB hinggalah dana politik 2.6 billion serta kemerosotan matawang Ringgit berbanding USD yang agak ketara.
Klik sini utk belajar cara Jana income dalam USD
Kali ini Bersih 4.0 berlansung 30 jam daripada 29/8 sehingga 30/8 membanjiri sekitar Dataran Merdeka mencari keadilan. Bersih 4.0 lebih bersemangat apabila mendapat sokongan moral dari mantan PM, Tun Mahathir yang turun 30 minit di Dataran Merdeka. Rakyat Malaysia sudah maklum Che Det menentang Najib bukan kerana menyokong Pembangkang tetapi untuk memastikan kelansungan Barisan Nasional memerintah Malaysia. Tun tak yakin jika Najib masih menjadi PM boleh memberi kemenangan kepada BN pada PRU14. PKR, DAP dan GHB telah mengambil pentas Bersih 4.0 kerana itulah sebenar tujuannya dengan sedikit sokongan daripada PAS.
Orang politik ada perjuanganya dan yang fanatik politik akan memberi berbagai alasan untuk menyokong perjuangan mereka. Bagi aku yang penting bagaimana kita dapat menjadi insan yang memberi manafaat kepada dunia dengan apa cara sekali pun. Paling penting tindakan kita mendapat redha ALLAH. Semuga Bersih 4.0 yang dihadiri beratus ribu rakyat berbagai golongan akan berlansung aman damai tiada kekecohan yang akan mencemar keharmonian negara yang terlalu mahal nilainya. Dalam sejarah Islam tiada formula ramai semestinya menang.
Asbab daripada Bersih 4.0 persiapan pasukan eQurban yang sepatutnya menyertai #FiestaBlogshop Medan Pasar Kuala Lumpur tertangguh sedikit. Team terpaksa masuk di awal pagi untuk mengelakkan bertembung dengan kesesakan yang amant sangat. Tapi mungkin ada hikmahnya manalah tahu beratus ribu penyokong Bersih 4.0 akan menyerbu booth eQurban untuk buat tempahan qurban lembu dan kambing di Kemboja dan Mekah. Akhirnya kejayaan manusia di sini ALLAH adalah mereka yang istiqomah beramal mengikut perintah ALLAH ikut sunnah Rasulullah SAW.
Jemaah Bisnis Denaihati pulak membuat pilihan tidak menyertai Bersih 4.0 tetapi berkampung di Hotel Bangi Putrajaya untuk belajar ilmu FB ads bagi menjayakan #Projek2015 bagi melahirkan seberapa ramai usahawan online yang berjaya. Ini cara kami memberi sumbangan kepada ummah.
191 Comments
Semoga kita semua rakyat Malaysia dapat hidup dengan aman damai, kaya raya dan saling hormat menghormati. Janganlah sampai kita bergaduh sesama sendiri, akhirnya negara kita diambil alih oleh orang luar. Nauzubillah..
Curahan rasa Mama Olin @ ..10 Tips Pemakanan Sihat untuk Diet
setiap orang ada pendapatnya yang tersendiri….semoga negara kita lebih telus dan lebih adil dalam melaksanakan amanah yang diberi….
Curahan rasa berita semasa online @ ..Dave Whitlock Jurutera Kimia Tidak Mandi Selama 12 Tahun
kerajaan ckp jangan gunakan jalan raya sebagai tempat bersuara. tapi hanya cara ini yng boleh dpt perhatian
Curahan rasa nikkhazami @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
sokongan Tun Mahathir memberi inspirasi kepada rakyat jelata supaya lebih telus berbuat kebaikan
Curahan rasa mrhanafi @ ..Panduan Pilih Kedai Gunting Rambut
terkejut jgak tengom tun m sendiri pun turun padang join bersih kali ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
dia nak tengok je tu sebenarnya kot.mungkin ramai yang salah anggap kot
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Sampai sekarang saya masih tak tau lagi, adakah motif BERSIH ni tercapai? Dah 4 kali kot buat perhimpunan dalam skala besar macam ni
Curahan rasa sabree hussin @ ..Kursus Pra Perkahwinan sekitar Lembah Klang untuk pasangan yang ingin berkahwin
macam takde kesannya plak kan.tapi nampak macam makin ramai je yang datang tu
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
isu BERSIH ini ada banyak tanggapan, dari gambar sahaja mungkin tidak mencukupi, penjelasan dari peserta juga amat diperlukan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan Gred U29
perkara pertama orang luar lihat pada negara kita ialah kita mempunyai masalah dan masalah itu kian meruncing
kena trun sendiri dan tengok apa yg berlaku. tak boleh percaya dah dgn media sosial..
Curahan rasa nikkhazami @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Lautan kuning kelihatan. Dalam kita mengeluarkan kata-kata, tetap harus berpada-pada.
Curahan rasa emalin mohd @ ..4 Cara Mengatasi Simptom Pra Menopause Untuk Lebih Selesa Dan Sihat
setuju.. kdang2 mereka ni terlalu ikutkan perasaan sampai lupa pada undang2
Curahan rasa nikkhazami @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Memang hebat sungguh depa-depa nih.. Boleh kumpulakan ramai pulak tuh. perh….
Curahan rasa SuperNifz @ ..Amalan Gaya Hidup Sihat
Risaunya tengok perhimpunan macam ni..semoga Malaysia aman damai, terus makmur
Curahan rasa Nurul @ ..Rahsia ESP jadi Bestseller Product
Risau juga,tapi dengarnya tiada kekecohan berlaku. Harapnya ada improvement selepas ini.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kisah Spageti Bolognese Meat Ball Arif ~
kali ni bersih berlangsung dengan aman tanpa sebarang kekecohan. nasib baik juga.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Tun Mahathir pun datang memberi sokongan kepada penyertaan BERSIH ni..
Bersama-sama rakyat bukan untuk mencari publisiti murahan tetapi sebagai tanda sokongan…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Perbezaan Pengalaman Bersalin Normal dengan Ceasarean
bersih..
satu nilai yang subjektif..
bersih luar dan bersih dalaman..
Curahan rasa Mus @ ..Seaventures Dive Rig Resort, Semporna (Bekas Pelantar Minyak)
Yang tak best pasal BERSIH ni ialah bab kebersihan..
sukar la nak dibendung kalau dah beribu berhimpun..
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Siapa Kata Ibu Bersalin Secara Caesarean Tak Hebat?
Iye lah.. tengok dalah berita, banyak sungguh sampah tuh. Letih pekerja-pekerja DBKL nak nyapu.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Amalan Gaya Hidup Sihat
entah bila perserta bersih akan dapat apa yang mereka mahukan. susah juga sebenarnya
Curahan rasa nikkhazami @ ..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
ada pro dan kontranya untuk bersih kali ini… selain isu majoriti bukan org melayu , ia juga satu isyarat yg jelas buat pm berbuat sesuatu… atau…………….
Curahan rasa muhammad nizam @ ..CARA PEGANG CHOPSTICK DENGAN BETUL
Semoga kita sama-sama istiqomah beramal dan berusaha menjadi manusia yang bermanfaat kepada orang lain..Amiin..
Curahan rasa akudantransformers @ ..Koleksi yang perlu disusun
Memasing punya pandangan dan pendirian yang tersendiri. Tepuk dada tanyalah selera.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Amalan Gaya Hidup Sihat
dalam apa jua yang kita lakukan, harapnya everything mendapat keredaan daripada Allah swt. insya Allah. janganlah dilakukan kerana dendam kesumat, khianat, dan fitnah.
Curahan rasa muja @ ..Raya Aku Yang Semakin Sempurna- Raya Pertama Sebagai Isteri Hoiii
Saya nak bersihkan diri dan minda agar lebih kuat menghadapi dugaan hidup ini..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Best Sarapan Pagi Buat Sendiri
Wah… Nak bersih jugak lah kalau macam tuh. Bersihkan fikiran dari pemikiran negatif.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Amalan Gaya Hidup Sihat
Comments are closed.